Pelajar lepasan sekolah atau universiti di Malaysia ni kebanyakannya kurang ‘nilai tambah’ untuk diterima sebagai tenaga kerja profesional kerana pembelajaran berasaskan pengalaman semasa di bangku sekolah mahupun di IPT kurang. Hal ini terjadi kerana pelajar terlalu didedahkan dengan Pembelaan berorientasikan Peperiksaan, bukan pembelajaran berasaskan pengalaman.

Justeru itu, matlamat asas KSSR dan KSSM ialah untuk mengubah set minda pelajar sekolah untuk menjadi lebih asertif dan kompeten dalam menghadapi dunia abad ke-21 yang memerlukan pembelajaran berteraskan pengalaman yang biasa kita dengar sebagai 4C dan 1V.

4C dan 1V ialah collaboration, communication, critical thinking, creativity dan value. Melalui garapan kurikulum berasaskan pembelajaran abad ke-21 dan pentaksiran ditukarkan daripada pentaksiran berteraskan sumatif kepada formatif, ia dapat membantu meningkatkan pemikiran pelajar untuk belajar secara berterusan semua nilai tambah, bukan hanya menghafal mata pelajaran semasa peperiksaan sahaja.

Justeru, guru-guru perlu memperkenalkan banyak kaedah pembelajaran berteraskan Pembelajaran Abad ke-21 atau 21st Century Learning Design (21CLD) dalam usaha membantu mengubah kerangka pendidikan daripada berpusatkan guru kepada berpusatkan pelajar dan sumber.

Sebagai contoh, 21CLD menekankan 6 dimensi pembelajaran aktif berpusatkan pelajar dan sumber iaitu Collaboration, Knowledge Construction, Use of ICT for Learning, Skilled Communication, Real-World Problem Solving and Innovation dan Self Regulation.

Menerusi kaedah 21CLD, tiada lagi objektif pembelajaran berteraskan guru buat itu, guru buat ini… Tetapi ia banyak memberikan pengalaman kepada pelajar untuk mencari dan menguji pengetahuan mereka berteraskan kepada topik yang dipelajari.

Secara umumnya, semua orang boleh mencari maklumat di internet atau pelbagai medium lain, tetapi cara menapis dan mencerakinkan maklumat itu perlu ada dalam diri pelajar kita supaya mereka tidak memplagiat tanpa sengaja artikel atau hasil karya orang lain. Selain itu, kemahiran memahami dan membuat interpretasi maklumat amat penting bagi menjamin kualiti ilmu yang mereka dapat daripada internet.

Keperluan 21CLD ini bukanlah untuk kemudahan guru mengajar (hanya beri arahan sahaja kepada pelajar), namun ia adalah ruang dan peluang kepada pelajar membuat penerokaan ilmu dengan dikawal oleh guru sebagai fasilitator sahaja.

Dengan kemahiran 21CLD yang digilap dalam diri pelajar, mereka akan dijelmakan dalam bentuk produk yang asertif dan berdaya saing dalam pasaran pekerjaan.

Sebagai contoh, untuk menjayakan syarikat pelbagai media The Patriots Holding, mereka memerlukan pasukan pekerja yang boleh berkolaborasi dengan baik, iaitu pekerja yang boleh bekerja dengan berkongsi tanggungjawab bersama, boleh membuat dan menerima keputusan bersama yang jitu dan memastikan diri bekerja secara saling kebergantungan (interdependent) untuk menjadikan produk mereka dapat tempat di pasaran.

Selain itu, pengetahuan yang digilap dengan kaedah Knowledge Construction (Pembinaan Pengetahuan) dengan kebolehan mengaplikasikan pengetahuan yang dipelajari ke dalam situasi semasa amat diperlukan. Hal ini sangat penting kerana produk dan pasaran sentiasa berubah-ubah dan pekerja yang mahir dalam mengaplikasikan pengetahuan mereka ke dalam situasi lain amat laris di pasaran pekerjaan.

Pembelajaran 21CLD yang menekankan Use of ICT (Penggunaan ICT) di peringkat boleh membina produk ICT untuk kegunaan pengguna sasaran mampu meningkatkan lagi nilai tambah kepada pekerja tersebut. Sebagai contoh, The Patriots tadi mengusahakan pula aplikasi Job Tepi untuk memudahkan pengguna mencari produk perkhidmatan seperti tukang mesin rumput, baiki pendingin hawa mahupun tukang paip, dan dalam masa yang sama penyedia servis tersebut dalam meningkatkan perniagaan mereka.

Dalam syarikat pelbagai media The Patriots, skilled communication (Kemahiran Berkomunikasi) amat diperlukan di peringkat tertinggi yang mana memerlukan sokongan bukti dan disasarkan kepada golongan sasaran tertentu, selain daripada perlukan pelbagai media komunikasi bagi memastikan maklumat yang disebarkan mendapat kesahan fakta dan dipercayai oleh pembaca atau penonton laman web syarikat ini.

Penggunaan pelbagai kaedah berkomunikasi seperti penulisan, infografik, Podcast dan sebagainya dapat membantu syarikat ini mempromosikan budaya intelektual dalam kalangan masyarakat tertentu di Malaysia dan mempelbagaikan kaedah penyampaian berdasarkan audiens tertentu. Oleh itu, kemahiran menguasai komunikasi ini menjadikan mereka cemerlang di Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya, seterusnya meningkatkan lagi jualan produk buku mereka.

Pengalaman pelajar dalam 21CLD dimensi yang seterusnya iaitu Real-World Problem Solving & Innovation dapat merealisasikan penyertaan dan jasa mereka kepada masyarakat setempat contohnya, walaupun masih di bangku sekolah.

Pengalaman seorang guru MIE Expert di Terengganu membuat kerangka pembelajaran abad ke-21 menerusi Penyelesaian Masalah Dunia Sebenar berasaskan kepada penyelidikan penyu dapat membantu pihak kerajaan negeri memulihara habitat penyu dan meningkatkan populasi pendaratan penyu di sana.

Pembelajaran secara Real-World Problem Solving ini menjadikan guru dan sekolah tersebut diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Bayangkan pelajar yang berdaya saing ini dan ada nilai-nilai empati dalam masyarakat dilahirkan di sekitar kita. Mereka boleh merealisasikan harapan negara untuk memajukan negara di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), seterusnya memajukan infrastruktur, ekonomi mahupun sosial setempat.

Dalam bidang pekerjaan juga, pelajar yang memiliki kemahiran Real-World Problem Solving diperingkat tertinggi mampu meyakinkan pihak ketiga untuk mengimplementasikan idea inovasi mereka, seterusnya produk reka bentuk dan inovasi mereka dapat memacu pembangunan syarikat mahupun kerajaan tempatan.

Produk The Patriots lain seperti Kebun Kita juga adalah salah satu bentuk Real-World Problem Solving yang mana dapat membantu syarikat ini mempelbagaikan lagi bidang ekonomi mereka dan bukan hanya tertumpu kepada media cetak dan elektronik semata-mata.

Dimensi yang terakhir pula ialah Self Regulation (pengawalan kendiri) yang mengajar pelajar kita untuk bertindak sendiri berasaskan projek jangka panjang (melebihi 4 minggu). Mereka diberikan peluang untuk membuat perancangan dan pelaksanaan projek tersebut tanpa diarahkan oleh guru, tetapi mereka perlu mendapatkan maklumbalas tentang projek mereka bagi meningkatkan lagi mutu tugasan yang mereka lakukan.

Dengan kemahiran ini, pekerja boleh bekerja secara sendiri dengan sedikit panduan dan membuat perancangan serta kawalan kepada projek yang diusahakan itu. mereka mampu membantu syarikat memperoleh keuntungan di takat maksima, di samping mengembangkan lagi bakat mereka di syarikat tersebut.

Sebagai contoh, pekerja yang bekerja sebagai penulis artikel tahu merancang artikel yang perlu ditulis secara kendiri, tetapi perlu mendapatkan maklumbalas artikel mereka daripada ketua editor bagi menjamin mutu artikel yang disiarkan.

Kesimpulannya, Pembelajaran Abad ke-21 amat penting bagi menggilap pelajar masa hadapan yang akan memenuhkan pasaran pekerjaan abad ke-21. Mereka dapat memacu ekonomi, politik dan sosial negara ke arah negara yang mapan dan berpendapatan tinggi. Inilah generasi yang akan membentuk negara kita pada masa akan datang. Justeru, kaedah pembelajaran kita perlu diubah, biar selari dengan kehendak pasaran masa hadapan.

*Penulis ialah seorang guru MIE Expert Sesi 2020/2021 dan Guru MCE


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Nornizam Jamal merupakan seorang guru di sebuah sekolah menengah yang mempunyai minat dalam menulis. Penulisan beliau lebih cenderung kepada Sejarah Melayu, Marcapada Dunia, Isu-isu pendidikan dan Sains

Comments are closed.