Pembebasan Kota Mekah

820
views

11 Januari, pada tahun 630 masihi, bersamaan 20 Ramadan tahun 8 Hijrah, Nabi Muhammad dan tentera baginda telah mara ke Mekah, untuk membuka kota suci tersebut.

Peristiwa Pembebasan Kota Mekah atau ‘Fathul Makkah’ (فتح مك) ini sekaligus membebaskan Kota Mekah dari cengkaman pembesar Quraisy yang merupakan penguasa Mekah.

Para pembesar Mekah ini sebelumnya sudah memungkiri Perjanjian Hudaibiyah yang dimeterai dua tahun sebelum itu. Kesempatan atas janji yang tidak ditepati oleh pentadbir Mekah itu dijadikan alasan oleh Baginda Rasullullah untuk mengerahkan sehingga 20,000 tentera Islam menuju ke Mekah.

Namun, kehebatan dan karisma baginda Rasulullah selaku pemimpin yang berkarisma dan bijaksana baginda berjaya mendapatkan Kota Suci Mekah itu untuk orang Islam tanpa menumpahkan darah.

Kasih sayang baginda ke atas penghuni Mekah dizahirkan sebaik baginda dan tenteranya masuk ke Kota Mekah. Dengan usaha Abu Sufyan, seorang pembesar Mekah yang bersikap berkecuali terhadap konflik yang berlaku namun lebih cenderung kepada perdamaian antara Mekah dan Madinah cuba berunding dengan Baginda Rasulullah.

Muhammad akhirnya bersetuju bahawa dalam Pembebasan Mekah, Rasulullah berkata, ”Siapa yang masuk rumah Abu Sufyan, maka dia selamat. Siapa yang meletakkan senjata, maka dia selamat dan siapa yang masuk ke dalam rumahnya, maka dia selamat.”

Mekah sejak itu dibebaskan dan menjadi milik mutlak umat Islam sehingga hari ini.

*Gambar adalah lukisan sekitar abad Ke-16 yang menggambarkan bagaimana tentera Islam, usai pembebasan Kota Mekah dari cengkaman kafir Quraisy memusnahkan berhala sembahan orang kafir yang ada di dalam Kota Mekah, termasuklah di sekitar dan sekeliling Kaabah.