Saya faham anda semua paranoid selepas dengar pelbagai jenis khabar angin. Virus bertahan lama di udara dan bertahan lama  diatas sesuatu permukaan, semua khabar angin ni juga saya terima melalui sosial media. Ada yang kata 8 jam, ada yang kata 16 jam, pelbagai teori.

Setelah meneliti beberapa dokumen yang dikeluarkan Center of Disease Control & Prevention (CDC), WHO dan portal berita, saya ringkas dalam artikel ni bagaimana melakukan pembasmian kuman dirumah sebagai langkah berjaga-jaga.

Menggunakan sabun

Sabun ialah benda paling mudah kita dapati untuk melakukan pembersihan memandangkan rumah kita sentiasa mempunyai sabun. Bancuh sabun dengan air kemudian sembur menggunakan penyembur pada permukaan yang  ada.

Sabun telah terbukti dalam banyak kajian boleh membunuh kuman dan bakteria. Mencuci tangan selama 15 saat boleh membunuh 90% kuman dan bakteria pada tangan anda (Hardvard, 2007).

Menggunakan Peluntur

Selain daripada sabun, peluntur juga boleh digunakan. Nisbah bancuhan yang dicadangkan oleh CDC ialah 1/3 sudu/tudung dengan lebih kurang 3.8 liter air (dalam portal CDC 1gelen).

Kalau dekat rumah ada penyembur saiz satu liter tu, campur dengan satu sudu teh sudah. Berhati-hati semasa menggunakan peluntur, sifat peluntur boleh menyebabkan kakisan pada kulit dan berbahaya sekiranya masuk ke dalam mata.

Menggunakan alkohol

Cecair ini ialah cecair sama yang anda guna sebagai hand sanitizer. Kalau ada lebihan, masukkan dalam penyembur dan sembur disekeliling rumah. Dekat farmasi juga ada dijual alkohol wipes, tisu basah yang mengandungi kandungan alkohol. Anda boleh lap pada tempat berkenaan untuk membunuh kuman dan bakteria.

Pastikan anda menggunakan sarung tangan semasa memegang alkohol wipes kerana pendedahan alkohol kepada kulit dalam kuantiti yang banyak ialah berbahaya. Bukan sebab boleh terbakar seperti video yang tular, tapi sifat alkohol yang boleh menyebabkan rengsaan dan kakisan pada kulit. Alkohol belum kering memanglah terbakar, bila dah kering dan meresap ke kulit tak lagi mudah terbakar.

Menggunakan Antiseptic

Jenama paling banyak di farmasi ialah Dettol. Sama seperti peluntur, nisbah bancuhan cecair dettol ialah 1 tudung untuk 400ml air. Cecair antiseptic ialah cecair yang digunakan untuk mencuci luka supaya bakteria dan kuman tidak masuk kedalam tubuh akibat luka terbuka.

Atas tadi semuanya saya tulis menggunakan kaedah semburan. Untuk memudahkan kerja, boleh gunakan kain untuk mengelap bahagian permukaan yang disembur untuk cepat kering. Tapi pastikan kain itu bersih dan cuci kain itu setiap kali anda lap suatu permukaan. Jangan ulang guna kain sama tanpa dicuci. Takut daripada anda mahu membasmi kuman, anda menyebarkan kuman itu ke tempat lain pula.

Pastikan semburan dalam nisbah paling halus supaya cecair itu cepat kering. Awas, sembur menggunakan penyembur, bukan simbah guna baldi. Rosak perabot rumah kalau disimbah guna baldi.

CDC mengesyorkan supaya kita melakukan pembasmian kuman pada bahagian rumah yang kerap disentuh setiap hari. Contohnya tombol pintu, meja makan, suis elektrik, telefon pintar dan papan kekunci, meja dan kepala paip.

Dalam satu dokumen yang dikeluarkan CDC, terdapat 257 bahan kimia terdapat dirumah boleh digunakan untuk melakukan pembasmian kuman.

Sebaiknya setiap kali kita pulang dari kerja atau keluar untuk beli keperluan, pakaian yang dipakai terus dicuci dan mandi. Khuatir berlaku penyebaran virus tanpa kita sedar.

RUJUKAN:

  1. Harvard Health Letter (2007) The handiwork of good health, Harvard Health Publishing. https://www.health.harvard.edu/newsletter_article/The_handiwork_of_good_health
  2. Pesticide Registration, List N: Disinfectants for Use Against SARS-CoV-2. https://www.epa.gov/pesticide-registration/list-n-disinfectants-use-against-sars-cov-2
  3. Disinfecting your home if someone is sick. https://www.cdc.gov/coronavirus/2019-ncov/prepare/disinfecting-your-home.html
  4. Andrea Downey (2020) COVID-19 coronavirus: do you need to disinfect your home?. https://patient.info/news-and-features/covid-19-do-you-need-to-disinfect-your-home#
  5. Neal Buccino (2020) Coronavirus: These products work best to kill the virus, World Economic Forum. https://www.weforum.org/agenda/2020/03/clean-kill-coronavirus-covid19-safety-health/
  6. Interim Recommendations for US Households with Suspected/Confirmed Coronavirus Disease 2019. https://www.cdc.gov/coronavirus/2019-ncov/prepare/cleaning-disinfection.html

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Diploma Pengurusan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, Ranaco Education & Training Institute (RETI). Bidang penulisan sebagai pengisian masa lapang. Minat dalam bidang psikologi pekerjaan dan teknologi bangunan. "Hidup tak pernah adil. Tindak balas kita berbeza." - Azam Abu Bakar, 2019

Comments are closed.