Pembangunan Ekonomi Dan Pelaburan Sabah (SEDIA)

0 89

Adakah anda tahu di Negeri Sabah ada satu pihak yang akan memantau tentang pembangunan ekonomi di negeri di bawah bayu itu?  Pihak tersebut ialah Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi Dan Pelaburan Sabah (SEDIA).

Latar Belakang

Koridor Pembangunan Sabah (SDC) telah dilancarkan pada 29 Januari 2008. Tujuannya adalah untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat dengan cara mempercepatkan kadar pertumbuhan ekonomi, menggalakkan jurang antara bandar dan luar bandar di samping memastikan pengurusan sumber negeri Sabah di uruskan secara lebih efektif.

Program program di bawah SDC disokong oleh tiga (3) prinsip utama yang akan mendukung pembangunan di Sabah, iatu keperluan untuk merakam aktiviti ekonomi bernilai tinggi, memastikan pertumbuhan yang efektif melalui pemuliharaan alam sekitar dan mahukan ekonomi yang seimbang serta stabil.

SEDIA telah ditubuhkan untuk mempercepatkan pelaksanaan SDC hasil kelulusan Dewan Undangan Negeri Sabah melalui Enakmen Lembaga Pembangunan Sabah 2009 pada 15 Januari tahun tersebut.

Fokus awal SEDIA adalah mempertingkatkan indeks kesesuaian untuk mendiami Sabah dan jadikan Sabah sebagai lokasi yang aktif dengan perniagaan.  Jadi, mereka melakukan penaiktrafan infrastruktur untuk mengurangkan kos tetap untuk menjalankan perniagaan.

Sasaran mereka pada tahun 2025 nanti, SDC ingin mempertingkatkan tiga (3) kali ganda Keluaran Dalam Negara Kasar Sabah (KDNK) per kapita dan sebanyak empat (4) kali ganda melalui perlaksanaan program yang telah diberi keutamaan.

Dan hasilnya, secara purata, lebih 900 000 pekerjaan baru dijangkakan akan dijana semasa tempoh pelaksanaan SDC.

Tinggalkan pesanan

Alamat email anda tidak akan disiarkan.