Pembahagian Kategori Dalam Tema Jihad

0
722
views

Setelah tragedi bersejarah yang berlaku pada 11 September 2001, umat Islam mula terpalit dengan kontroversi buruk dengan penggunaan istilah ‘pengganas’. Semenjak kejadian itu, pengganas mula dikaitkan dengan nama agama Islam sahaja. Puak pengganas mula melancarkan agenda mereka masing-masing dengan mengibarkan bendera kalimah tauhid agama Islam untuk menyebarkan dakyah mereka. Secara tidak langsung, jihad yang digunakan sebagai alasan untuk pengganas melancarkan serangan ke atas musuh mereka. Jihad yang sinonim dengan agama Islam menjadi buruk dan perkataan ini dilihat sebagai suatu stigma yang negatif menimpa umat Islam.

Dengan itu, para ilmuwan dari Barat dan Islam mula menyambung menelaah dan menerangkan kembali dengan sebenarnya penggunaan istilah JIHAD di dalam kajian mereka masing-masing.

JIHAD.

• Dalam tema besar ini, kajian tentang jihad dibahagikan kepada tiga bahagian utama yang meliputi:

1. Pembelajaran tentang perang dan jihad.

2. Pembelajaran tentang perang yang diperbolehkan (just war) dan perdamaian.

3. Pembelajaran tentang anti-kekerasan dan membangun perdamaian.

• Untuk bahagian yang pertama, pembelajaran tentang jihad dan perang, terdapat beberapa orang ilmuwan Barat mahupun Islam telah mengkhususkan perkataan ini berdasarkan penelitian mereka iaitu:

1. “Dijelaskan bahawa jihad dipandang sebagai langkah utama umat Islam dalan menyelesaikan masalah dalaman mahupun luaran”.

(Pipes, 1992)

2. “Ianya suatu kelompok atau organisasi Islam kontemporeri sebagai sebuah produk kefanatikan terhadap agama Islam”.

(Lewis, 1993)

3. “Kebangkitan gerakan-gerakan Islam radikal di Mesir, Aljazair, Palestin dan negara-negara Islam lain sebagai salah satu perkembangan feudalisme yang menjadikan istilah jihad sebagai suatu kekerasan untuk mencapai matlamat mereka”.

(Emerson, 2003)

4. “Jihad adalah sebagai sebuah kemudahan yang relevan untuk menciptakan kebebasan Islam dalam menghadapi isu-isu sensitif yang berkembang pada saat ini”.

Waqaf Saham

(Sachedina, 1996)

• Untuk bahagian kedua ini, kajian lebih difokuskan kepada nilai-nilai ‘universal’ Islam sebagai agama yang adil dan damai. Bahagian ini juga menghimpunkan kajian terhadap perang yang dibolehkan untuk mencapai kedamaian melalui keadaan yang terpaksa dan terbatas. Beberapa ilmuwan dalam kajian ini menerangkan dalam catatan mereka iaitu:

1. “Penggunaan kekuatan Islam untuk mencapai kedamaian dan keadilan dari sudut perspektif keamanan dan politik kekuasaan”.

(Carmody, 1988)

2. ” ‘Just war’ hanya dibolehkan untuk mencapai kemajuan dan kebaikan dalam masyarakat umum”.

(Khadduri, 1995)

3. “Islam, perdamaian dan perang mestilah tujuan utamanya untuk Tuhan. Dengan kata lain, perang dalam Islam untuk mencapai kedamaian”.

(Sayyidina, 1976)

4. “Perdebatan seputar tema jihad di pihak Barat adalah menilai Islam sebagai agama yang disebarkan dengan pedang atau melalui perang suci. Sementara sarjana Islam berpendapat menunjukkan jihad itu sebagai suatu pertahanan dan lebih mendalam maknanya”.

(Esposito, 1988)

5. “Sejumlah jenis perang diperbolehkan, malahan ianya diwajibkan oleh Tuhan dan segala bentuk kekerasan dilarang tegas. Penggunaan kekuatan harus diimbangkan dan ianya hanya terbatas dalam pelanggaran hubungan diantara sesama manusia”.

(Hashmi, 1996)

• Pada bahagian ketiga ini, kajian lebih diutamakan kepada tema ‘peace building’ dan ‘non-violence’. Kajian menerangkan nilai-nilai agama Islam seperti adil, ihsan dan rahmah untuk membina masyarakat yang damai. Kajian ketiga ini (bertindak balas kepada dua bahagian yang telah diterangkan) menjelaskan walaupun agama Islam membolehkan penggunaan kekuatan dalam situasi tertentu, nilai anti-kekerasan juga merupakan tujuan utama untuk mencapai keadilan yang lebih efektif.

1. “Dikenalpasti nilai-nilai dalam ajaran agama Islam seperti amal, yaqin dan mahabbah merupakan nilai utama Islam yang berlawanan dengan penilaian stereotipikal terhadap Islam sebagai agama kekerasan”.

(Khan, 1969)

2. “Nilai yang turut membantu terbinanya sebuah kedamaian dan budaya ‘non-violence’ adalah dengan tradisi syura, ijtihad dan ijma”.

(Said, 1981)

3. “Kaum Muslim menghadapi krisis ini kerana kurangnya mereka dalam kajian intelektual dan pendekatan langkah yang baharu dalam mengkaji semula serta menyesuaikan kembali Islam dalam dunia baru”.

(Sachedina, 2000)

– TAMAT –

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here