Beberapa minggu lepas, seorang pemandu keretapi Jepun menyaman syarikatnya selepas dia dikenakan potongan gaji sebanyak 56 yen. Ini selepas dia didakwa mencetuskan kelewatan selama seminit kepada operasi keretapi JR West pada Jun 2020.

Dalam tuntutannya di mahkamah, si polan mendakwa hukuman yang dikenakan memberi tekanan kepada kesihatan mentalnya. Lantas, dia mengenakan saman berjumlah 2.2 juta yen terhadap majikannya.

Pada Jun 2020, si polan dijadualkan untuk membawa keretapi kosong ke Okayama di selatan Jepun. Tetapi dia membuat kesilapan apabila tiba di platform salah sementara menanti giliran mengambil alih tugas pemandu sebelumnya. Apabila dia berjaya membawa keretapi ke platform sebenar, ia mengakibatkan kelewatan dua minit untuk pertukaran pemandu.

Kelewatan ini termasuk kelewatan meletakkan keretapi di depot penyimpanan selama seminit. Akibatnya, JR West pada awalnya mengenakan potongan gaji sebanyak 85 yen. Tetapi selepas si polan memfailkan aduan di Pejabat Pemeriksa Standard Buruh Okayama, syarikat mengurangkan potongan gaji kepada 56 yen.

Bagaimanapun, si polan enggan menerima hukuman tersebut atas alasan kelewatan itu tidak mengganggu jadual perjalanan atau penumpang sepanjang insiden berlaku. Tetapi syarikat mengaplikasikan prinsip ‘tidak hadir, tiada gaji’ – merujuk kepada pekerja lewat atau tidak hadir tanpa sebab. Berang dengan jawapan yang diterima, si polan membawa kes tersebut ke Mahkamah Okayama untuk tindakan saman.

Isu ini secara tidak langsung mendedahkan pergantungan tinggi syarikat-syarikat keretapi terhadap Sistem Kawalan Laluan Berkomputer (PRC). PRC dilihat cara terbaik untuk memastikan keretapi Jepun termasuk keretapi berkelajuan tinggi sentiasa menepati masa.

Tetapi malangnya, ia juga mengurangkan peluang untuk melatih pekerja untuk mengendalikan sistem secara manual sekiranya PRC rosak atau tidak dapat beroperasi. Ini didedahkan dalam satu laporan berkenaan sistem keretapi Jepun pada 2017.

Selain kelewatan akibat kesilapan manusia, bencana alam juga boleh menyebabkan kelewatan pada jadual perjalanan keretapi. Tetapi kelewatan atas sebab begini jarang berlaku seperti insiden gempa dan tsunami pada 2011.

Mungkin sudah tiba masanya syarikat-syarikat keretapi Jepun untuk mengurangkan pergantungan kepada PRC dan melatih pekerja untuk mengoperasikan sistem keretapi secara manual. Sekurang-kurangnya, ini dapat melatih pekerja agar lebih cekap dan sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan termasuk kemungkinan PRC tidak berfungsi.

Di samping itu, sudah tiba masanya syarikat tidak terlalu obses dengan ketepatan masa. Benar, ia mewakili antara sifat rakyat Jepun yang terpuji. Tetapi jika impaknya memberi kesan kepada kesihatan mental pekerja, obsesi sebegini hanya mengundang lebih banyak petaka pada masa akan datang. Dan malangnya di Jepun, ia hanya dikesali apabila tragedi melanda.

RUJUKAN

BBC News. (2021, 10 November). Japan train driver sues over 49 cents in docked wages.

Spinks, R. (2021, 17 November). Japan’s infamous dedication to punctuality meant they apologized for a train being 20 seconds early. Quartz.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.