Peluang Menghantar Nama Anda Ke Marikh

1,764

Pihak NASA telah membuka peluang kepada orang ramai untuk mendaftar nama dan membolehkan nama anda di hantar ke Planet Marikh melalui ‘ Mars 2020 ‘ iaitu perayau yang akan dilancarkan ke Marikh dari Bumi pada tahun 2020 yang akan datang .

Untuk mendaftar , sila ke laman:

https://mars.nasa.gov/participate/send-your-name/mars2020

..

*Setelah nama anda didaftarkan , anda akan diberikan

‘ pas berlepas ‘ seperti gambar yang tertera di atas

Untuk pengetahuan semua,  perayau Mars 2020 dijadual dilancarkan dari Bumi menuju ke Marikh pada bulan Julai atau ogos 2020 dan dijangka tiba di kawah

Jezero , Marikh pada bulan Februari 2021 .

Ini bukanlah pertama kali NASA membuka peluang kepada orang ramai untuk menghantar nama mereka ke Marikh  .

Sebelum misi ‘ Mars 2020 ‘ , melalui misi ‘ Insight ‘ , seramai 2429807 orang telah mendaftar nama dan memiliki pas berlepas yang membolehkan nama mereka di hantar ke Marikh .

Nama – nama yang didaftarkan akan  dimasukan ke dalam Cip mikro yang diletakkan pada pendarat Insight .

cip mikro tersebut dibawa ke Marikh melalui pendarat InSight yang telah tiba di permukaan Marikh pada tahun 2018 yang lalu .

Daripada 2429807 ,

9080 nama adalah dari Malaysia

*Gambar ini merupakan cip mikro untuk misi InSight yang telah mendarat di Marikh pada tahun 2018 yang lalu .

Sama konsep seperti misi Insight , melalui misi Mars 2020 , nama anda juga akan dimasukkan  ke dalam Cip mikro dan kemudian diletakkan pada pendarat tersebut

Tarikh akhir pendaftaran adalah pada 30 September 2019 .

Kurang sebulan sahaja lagi masa yang tinggal sebelum peluang ditutup .

JANGAN LEPASKAN PELUANG !

..

Bacaan tambahan :-

Mars 2020 Mission

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.