Seorang yang cerdik mampu meloloskan diri daripada apa-apa jua situasi buruk. Semua orang tahu kisah Sang Kancil dan Buaya, yang mana ilmu dan ilham menjadi segalanya.

Tetapi dalam sejarah Perancis, ada seorang penghibur yang sebenarnya sama seperti Sang Kancil. Kisah ini berlaku semasa pemerintahan Raja Louis XII (1498-1515).

Louis XII

Sebelum menjadi raja, Louis hanyalah seorang penguasa feudal (feudal lord) yang bangkit menentang monarki Perancis dibawah Charles VIII.  Kebangkitan ini mendapat sokongan England, Rom dan Sepanyol (kerajaan Castile).

Sebagai raja pula, Louis membuat permohonan pada Paus Alexander VI supaya boleh berce.rai dengan isterinya Joan.

Kemudian baginda berkahwin dengan Anne (balu sepupu sendiri) supaya dapat mengukuhkan penyatuan Brittany dan Perancis.

Pemerintahan Louis memang bermakna untuk bangsa Perancis. Baginda merevolusikan sistem undang-undang negara.

Pengurangan cukai amat membantu rakyat… tetapi kerajaan menanggung kerugian dalam belanjawan. Louis mempunyai solusi: kurangkan duit pencen puak bangsawan dan putera-putera asing.

Baginda juga pandai bermain politik dengan semua keluarga diraja Perancis. Pada masa itu, Keluarga Diraja Bourbon memiliki pengaruh yang baik. Tetapi mereka tidak berbuat apa-apa, walaupun selepas Louis melebihkan kuasa mahkamah untuk mengurangkan gejala kor.upsi.

Kemahiran Louis dalam seni per.ang pun tidak dapat ditandingi. Tetapi sepandai-pandai Louis, rupanya ada orang yang lebih pandai… dan orang tersebut ialah penghibur istana.

Memperkenalkan Nicolas Ferrial

Kerajaan dulu akan mengupah orang sebagai penghibur istana. Mereka ini dipanggil “jester”, “court jester” atau “fool”, berpakaian warna cerah dengan topi aneh (bak kata orang Utara, macam orang bangang).

Jester.

Sesiapa yang membaca Game of Thrones mesti kenal Ser Dontos Hollard, yang dijadikan seorang penghibur istana dibawah titah Raja Joffrey Baratheon. Tetapi penghibur Perancis jauh sekali seperti Ser Dontos.

Nama beliau ialah Nicolas Ferrial yang bekerja sebagai triboulet (jester dalam bahasa Perancis).

Ferrial memang popular dalam kalangan bangsawan. Ayat-ayat dimainkan dalam persembahan agak selamba. Macam contohnya, Ferrial bercerita dalam bentuk dialog, “Tuanku! Tolong patik! Ada bangsawan µgµt nak gant.µngkan patik!”

Lalu Si Raja pun berkata, “jangan risau, wahai Triboulet. Kalau dia gan.tµng awak, kepala dia akan tergolek 15 minit kemudian.” Tetapi Ferrial membalas. “Tuanku, lagi elok panc.µng dia 15 minit awal!” Lawak yang agak cringe (jujurnya tak lawak pun), tetapi sudah cukup untuk menghiburkan orang-orang istana.

Kejadian Punggung

Nicolas Ferrial menjadi penghibur istana semasa pemerintahan Louis XII dan Francis I. Untuk pengetahuan semua, Louis dan Anne dikurniakan beberapa cahaya mata.

Yang sulung ialah Claude yang mewarisi takhta Brittany (daripada ibundanya). Claude pula berkahwin dengan Francis I, yang menjadi Raja Perancis.

Macam biasa, Ferrial bercerita, membuat lawak bodoh dan bertanya soalan cepumas semata-mata untuk menghiburkan orang ramai.

Tetapi Raja Perancis (tidak pasti Louis atau Francis) telah memberi am.aran keras: jangan sesekali melibatkan Permaisuri. Apa-apa jua lawak dibenarkan… asalkan bukan pasal Anne atau Claude.

Ferrial telah melang.gar syarat ini, dengan lawak selepas melakukan sesuatu yang pelik dan gila. Ferrial pergi menepuk punggung Raja Perancis.

Raja Perancis pun murkalah. Baginda terus mahu menjatuhkan hµkµman bµnµh. Tetapi kemudian, baginda bertenang (mungkin selepas Ferrial dipenj.arakan). Dan Raja Perancis menyeru Ferrial untuk menuntut ampun.

Namun permohonan maaf ini perlu dibuat dalam konteks menghinakan. Ferrial perlu memikirkan maaf yang lebih menghina berbanding perbuatannya (menepuk punggung Raja). Itu syarat yang ditawarkan.

Secara spontan, Ferrial berkata, “ampunkan patik, Tuanku. Patik tidak sedar itu Tuanku sebenarnya! Patik ingat itu Permaisuri!” Apa lagi… Raja Perancis bertambah murkalah.

Sudahlah kena tepuk punggung, Ferrial pergi cakap begitu pula. Sekarang Ferrial dijatuhkan hµkµman bµnµh. Dan Raja Perancis terkenang balik perkhidmatan Ferrial selama bertahun. Lalu Ferrial diberi pilihan cara untuk mati (contohnya gan.tµng, dipan.ah, dipancµng dan sebagainya).

Ferrial sekali lagi dengan spontan berkata, “bon sire, par sainte Nitouche et saint Pansard, parons dela folie, je demande à mourir de vieillesse.”

Bergegar istana diraja selepas Ferrial berkata begitu, dengan ketawa Raja Perancis yang terbahak-bahak. Dan Raja Perancis pun bersetuju dan membebaskan dengan syarat Ferrial dibuang negara.

Apa yang Ferrial kata sebenarnya? “Ya Tuanku, demi Saint Nitouche dan Saint Pansard, dewa-dewa gila, patik memilih untuk dibµnµh usia tua.”

Cerdik. Sama ada Ferrial pernah menepuk punggung Permaisuri Perancis, itu kalian sendiri fikirlah.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.