Riwayat paling lama yang pernah menceritakan pergerakan manusia ke Benua Antartika adalah yang ditemui pada tradisi-tradisi masyarakat Polinesia di Lautan Pasifik. Mereka meriwayatkan dari generasi ke generasi bagaimana pemimpin agung mereka seperti Hui Te Rangiora berlayar dari Pulau Roratonga menghala ke selatan untuk ke Aotearoa(New Zealand) namun telah tersasar lalu mencapai ke kawasan yang tidak pernah ditempuhi.

Dia menamakan tempat itu sebagai ‘Tanah Putih Terapung”

Beaglehole dipetik mengenai ekspedisi ini:

“It may have been about our year 750 that the astonishing Hui-Te-Rangiora, in his canoe Te Iwi-o-Atea, sailed from Rarotonga on a voyage of wonders in that direction (South): he saw the bare white rocks that towered into the sky from out the monstrous seas, the long tresses of the woman that dwelt therefin, which waved about under the waters and on their surface, the frozen sea covered with pia or arrowroot, the deceitful animal that dived to great depths – ‘a foggy, misty dark place not shone on by the sun’. Icebergs, the fifty foot long leaves of bullkelp, the walrus or sea-elephant, the snowy ice fields of a clime very different from Hui-Te-Rangiora’s own warm islands – all these he had seen”

Te Rangiora dapat difahami juga telah menamakan tempat tersebut sebagai Tai Uka a Pia yang bermaksud “Laut Berbusar Serbuk Pohon Pia” daripada rupabentuk flos ais di situ. Pengembaraan ini sesungguhnya menjangkau belahan bumi yang tidak pernah dibayangkan oleh imaginasi manusia sebelumnya, kawasan di mana “bebatuan menjangkau ke laut, pada tempat yang melepasi Rapa.”

Kisah penemuan Antartika ini dapat juga ditemukan pada kisah Te Waka O Tamarereti yang juga merupakan seorang penghulu masyarakat Polinesia. Beliau bergerak dalam satu pelayaran yang panjang ke “Tanah Putih” dengan perahu ‘Te Rua O Maahu’ nya bersama-sama dengan 70 belia bangsawan dan dua ‘Tohunga’ yakni pendeta untuk ke selatan, ke bumi yang dihuni kuasa-kuasa ghaib dan roh nene moyang dan dewa-dewa. Mereka berpeluang menyaksikan ‘teraan api’ di langit yang mereka percaya sebagai tanda kekuasaan Tuhan dan ia tidak lain tidak bukan adalah fenomena aurora.

“Te Rua o Maahu, a magnificent ocean going canoe was built of Totara and ornamented with plumes of feathers and paua shell. Seventy young Chiefs and two tohunga accompanied Reti along with food provisions and fire staffs which could be lit easily. The boat travelled through Te Aumiti now known as the French Pass in Marlborough, a treacherous suction current and headed south directly for Te Kahui Rua-Maahu, the point which the southern cross circles. Eventually after much time passing and anxious sentiment about the welfare of the expedition from the people home on land, the Waka was sited off shore.”

– Hare Hongi, The Voyage of Adventure, Ancient Maori Discovery of the South Pole.

Malangnya Reti berhadapan dengan saat yang getir tatkala menghampiri satu kawasan pesisir apabila angkatannya rosak teruk dan karam. Reti mati dalam kejadian tersebut dan kisah epik pengembaraannya bisa pulang ke Polinesia untuk diperturunkan kepada generasi-generasi seterusnya berkat peranan seorang tohangi dan beberapa anak kapal pelayaran yang terselamat. Sehingga ke hari ini Reti diabadikan oleh mereka pada Bima Sakti yang menjadi laut tempat dia berlayar dengan perahunya terdiri daripada bintang-bintang buruj Scorpius dan Orion.

Kisah-kisah tradisi Polinesia ini kebiasaannya dianggap sebagai mitos atau legenda semata-mata sehinggalah kebelakangan ini ramai cendekiawan dapat membuktikan keupayaan mandiri masyarakat tersebut untuk berlayar dari Timur ke Barat dengan teknologi maritim yang terkehadapan.

Tambahan daripada itu, eksplorasi yang dilaksanakan oleh masyarakat Polinesia dari seawal 1500SM hingga 500SM dapat dibuktikan dengan penyebaran Kebudayaan Lapita khususnya yang dijumpai sejauh pulau-pulau yang berdekatan dengan Benua Antartika. Masyarakat Lapita dipercayai merupakan leluhur kepada masyarakat Polinesia pada hari ini.

Apa yang menarik minat kita juga adalah ekspedisi Te Rangiora ini dikatakan berlaku pada tahun 650 masihi seterusnya mendahului sebarang rekod pergerakan manusia ke Antartika seperti pada ekspedisi James Cook(1773), ekspedisi Von Bellingshausen(1820) dan John Davis(1821). Dalam konteks negara bangsa moden seperti Aotearoa(New Zealand) kita justeru dapat memerhatikan perhatian yang diberikan oleh kerajaan dalam menuntut hak keatas Antartika dan wilayah maritim di sekitarnya melalui cara menghidupkan semula memori silam masyarakat Polinesia yang menguasai lautan serantau.

-Tuan Merbok II

Rujukan

1. McFarlane, Turi(2007), Maori Associations with the Antarctic
2. Haverkamp, Abby(n.a.), Maori and Antarctica
3. Smith, Stephenson Percy(1898), Hawaiki: the whence of the Maori: with a sketch of Plynesian history, being and introd. to the native history of Rarotonga.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Nabil Nadri atau nama penanya Tuan Merbok merupakan pencinta sejarah, arkeologi dan budaya. Penulisannya yang banyak datang dalam bentuk artikel atau posting ringkas menyentuh pelbagai subjek menarik terutamanya berkaitan Alam Melayu dan Dunia Islam. Pencarian nasab dan salasilah diri menjadi obsesi yang mewarnai aktiviti beliau kebelakangan ini disamping usaha beliau menjejak ratusan artifak Batu Aceh yang terdapat di Tanah Melayu. Nabil Nadri merupakan graduan Sarjana Muda dari Jabatan Sejarah dan Ketamadunan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (2014-2016) dan kini sedang dalam peringkat melanjutkan pengajian Sarjana dalam bidang Sejarah di universiti yang sama

Leave A Reply