Pada 9 Disember 2019, dunia dikejutkan dengan letusan Gunung Berapi di White Island, New Zealand. Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Adern menyatakan tiada tanda-tanda hidupan berikutan letusan tersebut. Setakat ini, 13 orang disyaki mati, lima orang dipastikan telah mati, dan lapan orang masih hilang di pulau itu.

Antara mangsa yang terkena letusan itu adalah pelancong dari New Zealand, Australia, Jerman, China, Malaysia, Amerika dan United Kingdom. Pihak polis menyatakan bahawa terdapat sejumlah 47 orang pelancong termasuk seorang warga Malaysia berada di pulau tersebut semasa letusan itu berlaku. (Westcott, Humayun, & Britton, 2019)

White Island, yang juga dikenali sebagai Whakaari, merupakan gunung berapi yang paling aktif di negara itu.Namun demikian, pulau yang dimiliki secara peribadi itu merupakan tempat pelancongan yang paling kerap dikunjungi.

Gunung Berapi itu meletus , membebaskan abu dan asap. Sehingga kini, pasukan servis kecemasan tidak boleh melakukan pencarian di kawasan tersebut kerana keadaan di situ yang berbahaya, dengan kepulan-kepulan asap dan abu gunung berapi yang semakin meningkat di kawasan tersebut.Kejadian itu menunjukkan bahayanya melancong di kawasan gunung berapi (News, 2019) (Klemetti, 2019)

Risiko Melancong di Kawasan Gunung Berapi

Fenomena pelancongan gunung berapi telah menyaksikan ribuan pelancong cuba untuk mendekati tapak letusan gunung berapi untuk mendapat pengalaman secara langsung bagi menyaksikan, mendengar dan merasakan haba bagi pemandangan semulajadi itu.Kajian dari Royal Geographical Society (Persatuan Geografi Diraja)  telah memberi amaran akan risiko pelancongan Gunung Berapi tersebut.Kajian itu menyatakan bahawa para pelancong tidak memahami betapa seriusnya risiko tersebut.Ahli Geografi University Cambridge, Dr. Donovan memberi amaran bahawa pelancong-pelancong itu bakal mewujudkan masalah yang berbahaya di samping proses menyelamatkan mereka yang agak sukar.

Terdapat banyak kemalangan dan kecederaan yang boleh terjadi dan risiko kesihatan apabila  berada di jarak yang dekat dengan gunung berapi yang aktif termasuklah hentaman batu, terkena lahar gunung berapi yang panas, dan apabila berada dekat dengan letusan api, maka ia boleh membahayakan paru-paru  akibat dari gas beracun yang dihasilkan.Selain itu, gunung-gunung berapi ini sangat tidak boleh dijangka, letusan yang biasa boleh berlaku pada suatu ketika diikuti dengan letusan kuat tidak lama selepas itu.

Lava merupakan bahan luahan gunung berapi yang terlampau panas. Aliran ini boleh menjangkau lebih 1000 darjah Celcius , kepanasan yang boleh meleburkan kuprum. Suhu dan sifat kimianya membentuk kepekatan lahar, yang mengawal kelajuan aliran tersebut.Namun begitu, ada juga aliran lava yang begitu laju menjangkau 24 kilometer per jam , lebih laju dari kepantasan yang dicapai oleh mangsa ketika berlari dari letusan itu.

Gunung berapi juga membebaskan gas-gas beracun, seperti karbon dioksida, karbon monoksida, sulfur dioksida dan hidrogen klorida. Sebahagian gas ini, seperti sulfur dioksida, adalah bersifat terlampau menghakis dan boleh mengakibatkan kegatalan dan ketidakselesaan pada kulit, mata dan sistem pernafasan.Ada juga kejadian yang mana gas-gas ini mengakibatkan kematian sepertimana yang berlaku pada kejadian Gunung Berapi di Afrika pada tahun 1986, mengakibatkan ramai orang dan ternakan mati akibat sesak nafas.

Dan juga risiko tersebut boleh memberi kesan kepada pasukan penyelamat dan Unit Tindakan Kecemasan. Para pelancong yang memilih untuk pergi melebihi kawasan yang ditetapkan semasa letusan berlaku memaksa pasukan penyelamat merisikokan kesihatan dan keselamatan mereka untuk kerja-kerja penyelamatan, dan pertambahan bilangan pelancong mengakibatkan pelan keselamatan menjadi semakin lambat. (Cerchiai, 2018)

Panduan Keselamatan Apabila Melancong di Kawasan Gunung Berapi

Tidak seperti gempa bumi, gunung berapi selalunya menunjukkan tanda-tanda awal seperti gegaran dan kepulan gas yang keluar dari kawah.Dan bagi kebanyakan kawasan gunung berapi yang berada di kawasan petempatan,  saintis akan membuat tinjauan secara kerap bagi setiap perubahan yang berlaku bagi membolehkan mereka memahami bila letusan itu bakal berlaku.

Oleh itu, jika kita merancang untuk melancong, pastikan kita mendapatkan maklumat dari agensi kawalan tempatan bagi mengetahui zon yang sesuai untuk dilawati , laluan-laluan evakuasi, dan risiko-risiko berada di siu.Selain itu, sediakan kit kecemasan termasuk bekalan seperti makanan, minuman, perlindungan pernafasan dan perlindungan mata.Walaupun bercadang untuk melawat sehari sahaja, pastikan pemakaian kasut yang sesuai, bekalan kit kecemasan dan air yang banyak. (Haas, 2019)

Artikel dikirimkan oleh Syaqiq Al-Azdi bin Abd Razak untuk The Patriots.

Rujukan

Cerchiai, A. (2018, December 30). Volcano Tourism. Retrieved from The Points Guy: https://www.google.com/amp/s/thepointsguy.com/news/volcano-tourism/amp/

Haas, M. W. (2019). Volcano Safety Tips. Retrieved from National Geographic: https://www.nationalgeographic.com/environment/natural-disasters/volcano-safety-tips/

Klemetti, E. (2019, December 9). Deaths at New Zealand’s White Island Show the Dangers of Volcano Tourism. Retrieved from Discover Mgazine: https://www.discovermagazine.com/planet-earth/deaths-at-new-zealands-white-island-show-the-dangers-of-volcano-tourism

News, B. (2019, December 10). New Zealand volcano: PM Ardern says questions must be ‘asked and answered’. Retrieved from BBC News: https://www.google.com/amp/s/www.bbc.com/news/amp/world-asia-50723352

Westcott, B., Humayun, H., & Britton, B. (2019, December 8). New Zealand White Island Eruption. Retrieved from CNN News: https://edition.cnn.com/2019/12/08/asia/new-zealand-white-island-eruption-intl-hnk/index.html

 

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Usuluddin (Hadith) dari Universiti Sultan Azlan Shah. Sangat berminat dalam penulisan isu-isu semasa.

Comments are closed.