Sebuah jenama tudung. Bukan sebuah jenama baju dalam atau seluar dalam, apatah lagi jenama bikini artis Hollywood. Ia hanya jenama tudung yang disasarkan kepada orang awam sahaja, termasuk kepada golongan makcik-makcik bawang goreng. Neelofa memberikan jawapan ke atas kesemua kecaman ‘netizen’ dengan tidak mengendahkan segala kritikan. Ada pula yang mempertahankan tindakan Neelofa sebagai “dakwah.” Justeru, kami terpanggil untuk mengulas isu yang agak melawan arus dengan imej page dan portal ini.

Adakah anda semua tahu fungsi tudung yang sebenar-benarnya ke atas golongan wanita yang dimuliakan oleh Allah swt?

• Firman Allah swt di dalam kitab suci al-Quran:

وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ

Katakanlah kepada wanita yang beriman : Hendaklah mereka menahan pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya…

(al-Nuur : 31)

• Aurat wanita adalah di SELURUH BADAN kecuali MUKA dan TAPAK TANGAN.

Dalil: Ibnu Abbas r.a menafsirkan ayat di atas yang berbunyi:

“…kecuali yang (biasa) nampak daripadanya…”

Di sini, ia membawa maksud sebagai muka dan tapak tangan.

• Khimar (tudung).

Perkataan khimar ini ada disebutkan di dalam al-Quran dalam surah al-Nur ayat 31. Allah swt berfirman:

وَلْيَضْرِبْنَبِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ.

Khimar bermaksud kain yang digunakan untuk menutup kepala. Disebutkan di dalam tafsir al-Qurtubi, bahawasanya sebab ayat ini diturunkan, kerana wanita pada masa itu memakai tudung dengan mengikatnya dan melabuhkannya ke belakang, oleh itu ia menampakkan leher dan telinga. Kemudian Allah memerintahkan supaya tudung tersebut dilabuhkan ke atas tempat potongan leher supaya ianya menutupi dada mereka. Oleh itu, dari ayat ini serta sebab turunnya ayat ini, jelaslah seorang wanita Muslimah itu WAJIB memakai tudung dengan sempurna dengan tidak menampakkan leher, telinga dan dada.

• Jadinya, kita sudah melihat dan mengetahui apa fungsi tudung di dalam agama Islam, ia bukan hanya semata-mata hanya menutupi aurat di kepala, bahkan menutupi bentuk dada termasuk BUAH DADA.

• Bolehkah berdakwah di dalam kelab malam atau tempat maksiat?

Antara gerak kerja dakwah Imam Hassan Al Banna yang lain adalah mengunjungi kasino, bar dan pusat hiburan. Peringkat awal dakwahnya, beliau juga dikecam oleh masyarakat, tetapi lama kelamaan pendekatan ini diterima dan ramai pengikut-pengikutnya yang terdiri dari pengunjung-pengunjung kasino dan bar. Pengisian dan penekanan dakwah Hasaan Al Banna cukup memikat para pendengar, yang akhirnya mereka meninggalkan maksiat dan menjadi pengikut setia anggota Ikhwan al-Muslimin.

Adakah Imam Hassan al-Banna berjoget sekaki dengan para ahli maksiat untuk menunjukkan sedang berdakwah bersama mereka?

Tidak.

• Pernah dengar kisah Rasulullah saw pergi berdakwah di sebuah pasar bernama Ukaz, Mekah? Di kawasan ini, berkumpulnya para penyair yang mendendangkan irama-irama lantunan kata-kata yang memuji dewa sembahan mereka, bahkan syaitan, wanita dan harta benda.

Di kawasan ini juga para penyair dan para tokoh Quraisy jahiliah meneguk arak dan berkumpul memeriahkan pesta maksiat.

Rasulullah saw pernah datang ke sini, dan melantun beberapa ayat Makiyyah suci Quran di hadapan mereka ini tanpa berasa gerun. Hanya membaca ayat Quran, bukannya baginda turun sekali ke dalam kancah bersyair memuji keagungan syaitan.

• Tidak salah kau nak pergi ‘dakwah’ di kelab malam, mahupun di depan pelacur sekalipun, yang penting kau WAJIB menjaga ikhtilat, tidak berlebih-lebihan atau keras dalam menyampaikan dakwah, dan tidak turut serta dengan golongan maksiat dalam menyertai pesta menari ataupun seumpamanya.

• Tapi kalau iman kau senipis kulit Targinade, lebih baik kau jangan masuk ke tempat maksiat dengan alasan untuk berdakwah kerana ianya akan menyebabkan beberapa hal yang tidak diingini.

• Dalam pengajian Rasmul Bayan dijelaskan tentang menjauhi tempat-tempat yang haram (Ijtinab amakin al-muharramat):

Menjauhi tempat-tempat yang haram adalah sebuah keharusan kerana ia mengandungi bahaya yang banyak (akhthar al-iqtirab min amakin al-muharramat), iaitu:

1. Itsarat asy-syahawat (menimbulkan gejolak syahwat). Hal ini dapat mengakibatkan dua hal negatif:

a. Idthirab an-nafs (kegoncangan dan kegelisahan jiwa).

b. Al-wuqu’ fi al-ma’ashi (terjatuh kepada kemaksiatan).

2. Su’u zhann al-akharin: Menimbulkan prasangka buruk orang lain.

3. Al-wuqu’ fi an-nazhar al-muharram: Terjatuh kepada perbuatan melihat yang diharamkan oleh Allah swt.

4. Idh’af al-iman wa ‘adamu karahiyat al-ma’ashi: Melemahkan iman dan kehilangan kebencian kepada kemaksiatan.

5. ‘Urdhatun li su-il khatimah: Terancam meninggal dunia dalam su’ul khatimah.

6. Mashdar lintisyar al-ma’ashi fi al-mujtama’: Tempat maksiat menjadi sumber tersebarnya maksiat tersebut ke tengah masyarakat.

Ya, walaupun kita tahu ia merupakan salah satu gimik inginkan kepopularitan murahan dan pihak lain ada yang mengatakan ia sebuah kerja ‘dakwah’ Rasulullah saw, tetapi bagi saya, ia sebuah cara yang menjual agama dengan cara yang salah.

Bukan nak menghukum, tapi tindakannya memang salah. Dari segi undang-undang agama yang melanggar perintah kekal milikNya.

Mengulas dari sudut pemasaran pula, entah apa value proposition yang cuba ditonjolkan dengan market positioning sedemikian rupa.

Jika ditolak tepi jauh-jauh tentang asal usul kegunaan produk, ditolak tentang isu aurat, moral hatta syari’e, ditolak juga sensitiviti masyarakat, ia tetap mensasarkan satu kumpulan sasaran dan satu niche yang hampir mustahil wujud.

Ia seakan melancarkan produk susu formula di kelab penyusuan ibu secara eksklusif, misalnya, atau melancarkan jenama rokok terbaharu di hospital sebagai contoh lain.

Tidak menepati tujuan asalnya, tidak kiralah apa sekalipun tujuan asal tersebut. Memetik pendapat pensyarah pengajian Media di UiTM Ahmad Farami, perbuatan melancarkan produk syar’i dengan aksi-aksi twerking (goyang gerudi?), di tempat yang dikenali sebagai pusat maksiat adalah sebuah percanggahan nilai yang dikenali sebagai brand image incongruity.

Jika isu harga sewaan tempat, isu tema menjadikan tempat tersebut sebagai pilihan utama, boleh sahaja menjadikan tempat tersebut lebih sesuai dengan produk tersebut, contohnya menjadikan majlis tersebut hanya untuk para wanita sahaja, diberi pencahayaan yang cukup dan tidaklah pula dicemari dengan penari-penari yang menari dengan penuh keghairahan (seumpama) sedang mabuk misalnya.

Di negara-negara Arab misalnya, memang ada majlis pelancaran abaya atau jubah dibuat dalam suasana penuh glamor dan sensasi, tetapi hanya dipertontonkan kepada kumpulan sasaran mereka sahaja, iaitu wanita.

Kerana itulah di Savile Row, Mayfair, London misalnya, deretan kedai jahit menjual bespoke suits tidak menerima sebarangan pelanggan, tidak juga menjahit sekadar untuk sesiapa yang berduit semata-mata.

Kerana itulah misalnya mengapa Ferrari atau Maybach tidak melayan pelanggan hanya berdasarkan berapa banyak wang yang seseorang itu ada.

Ia kerana pegangan atas prinsip, konsep dan kelas yang penjual produk atau perkhidmatan ini sediakan. Reputasi mereka bukanlah untuk dijaja secara picisan atau sekadar pinggiran jalanan.

Janganlah dek kerana sewanya konon murah, produk sendiri dipandang murahan.

Berkenaan penyokong di luar sana pula, tindakan ahli perniagaan lelaki mengaku perempuan kau nak sokong, tindakan ahli perniagaan menunjuk riak kau nak sokong, ahli perniagaan menggunakan tempat maksiat untuk promosikan sesuatu yang fungsinya menutup aurat pun kau nak sokong. Apakah kau memang dilahirkan untuk puas dan redha dengan segala benda yang sudah di HARAM-kan termaktub di dalam Quran ke?

Akhir kalam saya hanya menempekkan sebuah hadis baginda untuk peringatan kita bersama.

Rasulullah Saw bersabda:

“مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ”.

(رواه مسلم عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه)

“Siapa di antaramu melihat kemungkaran, maka ubahlah (cegahlah) ia dengan tangannya, jika tidak sanggup maka dengan lisannya, dan jika tidak sanggup maka dengan hatinya (tetap membencinya) dan itulah selemah-lemah iman.”

( Riwayat Muslim dari Abu Sa’id Al-Khudri r.a)

Wallahu’alam.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Comments are closed.