Dalam mencari strategi pelaburan terbaik, orang ramai akan fokus kepada 2 perkara, pulangan dan masa. Ramai mencari strategi pelaburan yang mampu memberikan pulangan tertinggi dalam masa paling singkat.

Tayang untung 100% dalam 3 hari, beribu-ribu orang daftar nak belajar strategi tersebut. Kalau seminggu boleh dapat 100%, sebulan dah 400%, setahun dah 4,800%. Logik ke?

Jeff Bezos pernah bertanyakan soalan ini kepada Warren Buffet, “Strategi pelaburan sangat mudah. Anda orang kedua terkaya dunia dan ia sangat mudah. Kenapa orang tidak tiru anda?”

Buffet: “Sebab tiada orang nak kaya lambat.”

Ya, itulah hakikatnya. Manusia ni tamak dan tidak sabar. Semua benda nak cepat. Kesabaran adalah sifat yang semakin hilang dalam dunia moden ini.

Jadi tidak peliklah bila ramai yang tertipu dengan skim cepat kaya. Kalau pelabur terkaya dunia pun hanya mampu capai 20%+ sahaja pulangan setiap tahun, apa yang membuatkan anda mampu mengatasi angka tersebut?

Sebagai orang awam, yang tidak banyak ilmu pengetahuan tentang selok belok pelaburan, apakah strategi pelaburan yang terbaik? Jawapannya adalah menjadi pelabur pasif.

Pasif adalah kata lawan kepada aktif. Jika pelabur aktif kerap berjual beli dalam pelaburan, maka pelabur pasif kurang berjual beli.

Pelabur pasif adalah orang yang malas. Mereka tidak fokus kepada bila nak berjual beli dalam pelaburan. Strategi utama mereka adalah beli dan simpan, fokus kepada jangka masa panjang.

Lazimnya pelabur pasif akan membeli dana indeks di mana strategi ini adalah cubaan untuk menyamai pulangan pasaran berbanding mengalahkan pasaran.

Sebagai contoh jika anda melabur RM1000 dalam indeks KLCI pada tahun 1984 dan simpan sehingga 2014, nilai pelaburan anda akan meningkat kepada RM5000 tanpa anda perlu membuat apa-apa.

Tak perlu kaji syarikat apa nak beli. Tak perlu buat analisa teknikal. Tak perlu menghadap skrin laptop setiap hari. Dengan buat benda ni sahaja anda dah boleh dapat pulangan sekitar 8-9% setiap tahun. Okay tak?

Kalau tanya saya sangat-sangat okay. Pulangannya lebih tinggi daripada ASB (sekarang ASB hanya mampu beri sekitar 5% sahaja), tapi strateginya sangat mudah.

Selain itu, dengan kurangnya aktivit berjual beli, anda boleh mengurangkan kos pelaburan.

Beli saham ada caj broker lebih kurang 0.3-0.7%, beli amanah saham ada caj 1-2% kalau anda beli online dan 3-5% kalau beli dengan ejen. Jadi kalau anda kerap berjual beli, semakin banyaklah caj yang perlu dibayar. Pelabur pasif akan cuba meminimakan kos pelaburan.

Bagaimana nak jadi pelabur pasif?

Anda boleh membeli Exchanged Traded Fund (ETF) di Bursa Malaysia. Untuk membeli ETF anda perlu ada akaun CDS. Pilihan lain adalah dengan menggunakan robo advisor.

Robo advisor di Malaysia menggunakan ETF dalam portfolio pelaburannya. Contohnya kalau anda melabur dalam Wahed, portfolio anda terdiri daripada ETF di Malaysia dan juga di Amerika Syarikat. Selain ETF saham, ada juga ETF yang track pergerakan pelaburan emas.

Itulah dia strategi bagaimana nak jadi pelabur pasif. Beli ETF dan simpan. Sangat mudah tapi mampu beri pulangan 8-9% setahun.

Sebab itulah ada pepatah yang mengatakan pelaburan aktiviti yang membosankan. Memang bosan pun. Tidak kompleks macam yang dibayangkan orang ramai.

Dah berjaya buat untung, kembangkan harta, kewajipan kita sebagai seorang muslim jangan dilupakan. Zakat harta, pelaburan dan simpanan perlu dibayar bila sudah cukup syaratnya. Inilah saham akhirat kita.

Untuk sebarang maklumat anda boleh ke:  https://www.zakat.com.my/


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Kauthar Rozmal merupakan seorang graduan Matematik dan mempunyai 3 tahun pengalaman dalam sebuah Bank di Malaysia. Mula berkongsi ilmu kewangan peribadi dan pelaburan 4 tahun lalu dan telah dijemput menjadi penceramah di beberapa buah Universiti Awam berkaitan kewangan.

Comments are closed.