Empayar Uthmaniyyah adalah sebuah pemerintahan Islam yang besar, meliputi dari Semenanjung Balkan ke Iraq dan dari Caucasus ke Tanduk Afrika pastinya memiliki pelbagai kumpulan etnik yang melibatkan diri dalam tenter4 Uthmaniyyah, pentadbiran kerajaan, perdagangan dan kehidupan sosial sehari-hari.

Salah satu contoh yang penting ialah seorang askar terkenal yang dikenali sebagai Black Musa, beliau merupakan seorang askar sukarelawan dalam tenter4 Uthmaniyyah yang berasal dari Sudan. Black Musa mendedikasikan seluruh kehidupan, harta benda dan jiwa raganya untuk mempertahankan Daulah Uthmaniyyah semasa Per4ng Dunia Pertama.

Musa pernah menyertai beberapa siri peper4ngan, antaranya adalah Pertempvran Tripoli, Canakkale, Per4ng Balkan, dan Per4ng Dunia Pertama. Cuba menyertai Per4ng Kemerdekaan Turki namun terpaksa melupakan hasrat tersebut kerana masalah kesihatan.

Eşref Sencer Kuşçubaşı Bey

Usaha beliau mula mendapat perhatian ketika beliau menjadi pegawai kanan Komander Eşref Bey di Libya. Eşref Bey juga merupakan Ketua Perkhidmatan Khas Uthmaniyyah yang terakhir, (Teşkilat-ı Mahsusa)

Beliau dilahirkan pada tahun 1880 di Crete dan membesar sebagai anak yatim di Mesir, beliau juga dikenali sebagai Sudanlı Zencı Musa’nın yang bermaksud “Pemuda Hitam Dari Sudan”.

Mula menyertai Perkhidmatan Khas Uthmaniyyah, Teşkilât-ı Mahsusa semasa Per4ng Turco-Itali pada tahun 1911 di Libya, di mana beliau berjuang disamping tokoh-tokoh penting seperti Mustafa Kemal Atatürk, Enver Pasha, Halil Pasha, Nuri Pasha dan sudah tentu komander circassian yang terkenal, Eşref Sencer Kuşçubaşı Bey yang menjadi komandernya.

Eşref Bey, yang dikenali dengan peranan yang dimainkannya dalam mendirikan Republik Turki Thrace Barat yang tidak panjang umur berikutan ancaman Greece dan Bulgaria yang melakukan kemaraan ke sempadan barat kerajaan, adalah lebih daripada sekadar seorang komander bagi Black Musa. Sebaliknya, dia lebih cenderung menganggapnya sebagai seorang bapa.

Teşkilat-ı Mahsusa

Mereka banyak melaksanakan kempen-kempen bersama, kempen mereka yang paling terkenal menjadi kempen mereka yang buat kali terakhir. Selepas Libya, Eşref Bey dan Black Musa membentuk dua skuadron di semenanjung Arab, mereka lah yang bertanggungjawab memecahkan sekatan British terhadap tenter4 Uthmaniyyah di Yaman.

Uthmaniyyah yang sebelum itu telah menyerah kalah, dengan tidak semena-mena mendapati mereka terlibat pula dalam dua per4ng berbeza di Balkan. Di sini lah dia akan memainkan peranan dalam menubuhkan Republik Turki Thrace Barat bersama-sama Eşref Bey di bawah perintah Enver Pasha dan dalam Per4ng Balkan yang kedua, dia akan menjadi salah seorang pahlawan yang membebaskan Edirne dari pasukan Bulgaria.

Tidak lama selepas Per4ng Dunia Pertama bermula, mereka ditugaskan untuk mengiring satu rombongan besar yang membawa 300.000 syiling emas bersama 38 anggota Pasukan Khas lain di bawah kepimpinan Eşref Bey untuk dibayar kepada Kompeni VII. yang di bawah perintah komander Uthmaniyyah-Circassian, Ali Sáid Akbaytugan Pasha dan pasukan Militan Yaman yang merupakan sekutu mereka.

Tidak lah mengejutkan apabila konvoi mereka diser4ng hendap oleh musuh iaitu pasukan bersekutu yang besar berjumlah 20.000 orang yang diketuai oleh Lawrence of Arabia, lantas membawa kepada pertempvran yang berlangsung dalam jangka masa pendek di mana Eşref Bey terceder4 dan berjaya ditawan musuh, namun Musa berjaya meloloskan diri bersama emas yang dibawa ke pos pertahanan Uthmaniyyah yang terpencil di Yaman.

Malangnya, Uthmaniyyah dan Jerman yang bersama-sama dalam pakatan Kuasa Tengah, tewas dalam Per4ng Dunia Pertama. Lebih menyedihkan, walaupun Black Musa berjaya meloloskan diri dari serbuan semasa konvoi dan membawa emas dan bekalan kepada askar di Yaman, Eşref Bey yang terceder4 semasa dalam pertempvran dan dibawa oleh pihak British sebagai tawanan per4ng ke Malta. Semenjak itu, kedua-dua nya tidak pernah bertemu antara satu sama lain lagi.

Selepas berakhirnya Per4ng Dunia Pertama, Black Musa membuat keputusan untuk menyertai perjuangan kebangsaan di Istanbul, di mana ketika itu ibu kota tersebut sedang berada di bawah pendudukan British yang sedang seronok membahagi-bahagikan wilayah-wilayah Uthmaniyyah setelah mereka mengalahkan Kuasa Tengah dalam Per4ng Dunia Pertama.

Walau bagaimanapun, Black Musa bersendirian dan tidak mengenali sesiapa pun di Istanbul, bahkan beliau tidak mempunyai wang dan tempat berteduh.

Suatu hari ketika dia keluar dari masjid selepas menunaikan solat Zuhur, Ali Sáid Akbaytugan Pasha yang mengenali Musa melalui misi konvoi mengiring emas yang dibawa untuk pasukannya semasa bertahan di Yaman dahulu, ternampak kelibat Musa dari jauh.

Ali Sáid Pasha yang merasa sedih melihat Musa yang berada dalam keadaan sukar dan serba kekurangan, menawarkan diri untuk membantu Musa memohon kelulusan untuk pencen dari perkhidmatan tenter4 negara agar beliau boleh berehat dan menggunakan wang pencen untuk menampung hidup.

Namun, Musa enggan dan menolak dari mengambil pencen, dengan mengatakan bahawa dia tidak sepatutnya mengambil wang yang pada asasnya hak milik rakyat yang miskin ketika negara baru sahaja kalah per4ng.

Justeru, Ali Sàid Pasha memutuskan untuk membantu Black Musa mencari sebarang pekerjaan, dan akhirnya berjaya membawa Musa mendapatkan pekerjaan dengan kedudukan sebagai porter (penjaga pintu atau pembawa barang) khusus di sekitar daerah Karakoy, kota Istanbul.

Setelah beberapa hari berlalu, seorang komander penjaj4h British yang dikenali sebagai Jeneral Harrington telah melihat Musa lalu bertanya kepada masyarakat sekitar, lantas beliau diberitahu tentang cerita-cerita kepahlawanannya di medan per4ng.

Harrington, dikenali sebagai seorang panglima per4ng yang amat menghargai bakat tempvr dan keberanian walaupun orang itu adalah di pihak musuh, merasa kagum dengan Black Musa lalu memutuskan untuk menawarkan Black Musa kedudukan dan jawatan bersama tenter4 British.

Musa menolak tawaran Harrington mentah-mentah dengan mengatakan :

“Anda tidak boleh sewenang-wenangnya membuat tawaran sebegitu rupa kepada semua orang, tidak semua orang semurah harga itu. Saya masih mempunyai negara, saya adalah rakyat negara Daulah Uthmaniyyah, saya memiliki panji-panji yang dihiasi corak bulan sabit dan bintang, dan saya masih mempunyai seorang komander iaitu Komander Eşref Bey. Perjuangan kami menentang penjaj4han kalian pun masih belum selesai.”

Musa meneruskan perjuangannya dengan bekerja sebagai porter pada siang hari, kemudian beliau meneruskan khidmat baktinya untuk perjuangan nasional pada waktu malam, beliau bertugas sebagai penyeludup senj4ta dan amunisi kepada pasukan penentang di Anatolia.

Akibat kerja keras yang berlanjutan siang dan malam, sedikit sebanyak mempengaruhi kesihatan Musa yang sudah sedia terluka di jiwanya dek kerana menyaksikan pendudukan penjaj4h British di Istanbul dan kerinduannya untuk menemui mentornya Eşref Bey sekali lagi.

Tidak lama kemudian, Black Musa disahkan menghidap penyakit tuberkulosis yang teruk, iaitu sejenis penyakit bakteria berjangkit yang terbentuk oleh perkembangan nodul (tubercles) dalam tisu, terutamanya di bahagian paru-paru, yang memaksa dia meninggalkan pekerjaannya.

Beliau kemudiannya mengambil keputusan untuk bersara atas dasar tidak mahu menjadi beban kepada rakan-rakan seperjuangannya. Beliau menghabiskan sisa-sisa hidupnya dengan memberikan tumpuan kepada kehidupan yang tenang melalui meditasi dan menghabiskan masa beramal ibadat di sebuah pondok Muslim di Uskudar, Istanbul yang turut menjadi tempat Black Musa menghembuskan nafas terakhirnya pada tahun 1919.

Apabila dia meninggal dunia, barang-barang yang ada bersamanya ketika ditemui adalah sebuah beg kecil, dan satu-satunya harta paling berharga yang dimilikinya pada waktu itu adalah senaskah al Quran, sekeping peta Empayar Uthmaniyyah, foto Komander Eşref Bey dan kain kafan.

Komander Eşref Sencer Kuşçubaşı Bey, yang sebelum itu ditawan dan dipenjarakan oleh pihak British di Malta dibebaskan pada tahun 1920, namun tidak berpeluang untuk menemui Black Osman lagi. Semenjak dari itu, Eşref Bey kemudian mengangkat senj4ta menentang bangsa Greek dan menyertai perjuangan nasionalis.

Beliau kemudiannya bersama-sama dengan rakan sepermainannya, Ethem Bey, diisytiharkan sebagai pengkhianat dan keluar dari Turki namun mendapat keampunan dan beliau menetap di Izmir hingga akhir hayatnya pada tahun 1964.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.