Berita terbaru tentang keputusan Tan Sri Tommy Thomas, Peguam Negara menggugurkan pendakwaan terhadap 12 suspek LTTE amat mengejutkan, mengecewakan malah membimbangkan.

Membaca kenyataan penuh Tan Sri Tommy Thomas terhadap pengguguran itu menambah lebih kebingungan daripada pencerahan.

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kenyataan-penuh-peguam-negara-tommy-thomas-berhubung-perbicaraan-ltte-231349

28 poin yang diberikan Peguam Negara secara rumusannya dapat dibahagikan kepada 2 hujah utama:

  • LTTE sudah tidak beroperasi dan digugurkan dari senarai pengg4nas oleh Kesatuan Eropah”.

Pembvnuhan Rajiv Gandhi merupakan punca utama pengharaman LTTE di India yang kedaulatannya tergugat dengan status Tamil Nadu.

Menyusuli India ialah Amerika Syarikat (1997), United Kingdom (2001), Kesatuan Eropah (2006), Canada (2006) dan Sri Lanka (1998-2002, 2009). Canada siap mengharamkan penggan4s-penggan4s LTTE daripada memohon suaka dan warga tetap lagi.

https://web.archive.org/web/20090605200227/http://reports.fja.gc.ca/eng/1993/1994fca0318.html/1994fca0318.html.html

Hujah Tommy Thomas berkaitan Kesatuan Eropah sebenarnya sangatlah pincang. Pada 17 Mei 2006, Kesatuan Eropah telah mengharamkan LTTE kerana organisasi pengg4nas itu menyekat pluralisme dan demokrasi.

https://www.thehindu.com/todays-paper/european-union-bans-ltte/article3140655.ece

Itu ialah titik pertama. Pada Oktober 2014 pula, Mahkamah Keadilan Eropah membatalkan sekatan anti-kegan4san terhadap LTTE. Katanya siasatan terhadap LTTE tidak mencukupi untuk melengkapkan keputusan keadilan mengikut undang-undang.

https://in.reuters.com/article/sri-lanka-ltte-eu/update-1-eu-court-overturns-tamil-tiger-sanctions-but-maintains-asset-freeze-idINL6N0SB3PZ20141016

Tetapi lima bulan kemudian, sekatan dan pengharaman yang mereka batalkan dikembalikan serta merta.

http://www.dailymirror.lk/67563/eu-reimpose-ban-on-ltte-dy-minister

Pada Julai 2017, Mahkamah Keadilan Eropah sekali lagi membuat keputusan terhadap LTTE. Mereka mengeluarkan nama LTTE daripada senarai hitam kegan4san kerana LTTE tidak lagi melaksanakan ser4ngan selepas kekalahan teruknya.

https://www.reuters.com/article/us-eu-palestinians-hamas/top-eu-court-keeps-hamas-on-eu-terror-list-refers-case-back-idUSKBN1AB0VE

Disini jelas bahawa penyingkiran LTTE daripada senarai hitam Kesatuan Eropah bukanlah atas asbab kebersihan organisasi itu sendiri. Sebaliknya statusnya yang tidak aktif ialah punca.

Andainya ia kembali aktif, Kesatuan Eropah akan kekal bertindak dengan senarai hitam. Kerana LTTE masih kekal sebagai pertubuhan pengg4nas dibawah undang-undang Kesatuan Eropah.

http://www.dailymirror.lk/article/LTTE-remains-a-terrorist-organisation-EU-133606.html

 

  • Memiliki poster, gambar atau sebarang bahan mengenai LTTE tidak bermaksud menyokong gerakan tersebut.
Kredit: Malaysiakini

Benarkah hanya poster dan gambar sahaja yang dijadikan bukti pihak PDRN dalam membuat penangkapan? Mari kita susuri fakta dan kronologi penangkapan.

ADUN Gadek pada 28 November 2018 telah menghadiri program perwira LTTE di Melaka dan menyampaikan ucapan berunsurkan sokongan terhadpa kumpulan LTTE. Beliau didapati mengedarkan risalah serta bahan-bahan berkaitan LTTE dalam program tersebut.

Program tersebut turut dihadairi ADUN Seremban Jaya yang menyampaikan ucapan berunsurkan sokongan terhadap LTTE sambil mengedarkan bahan-bahan berkaitan kumpulan tersebut.

Seorang peniaga barang lusuh yang berumur 28 tahun di Rawang ditahan. Suspek merupakan penganjur majlis hari perwira LTTE di Kuala Lumpur setiap tahun.

Dia juga memiliki dan mempunyai bahan-bahan berkaitan kumpulan pengg4nas LTTE. Suspek juga pernah disabit kesalahan mencederakan pesuruhjaya tinggi Sri Lanka di KLIA pada 4 September 2016 dan didenda RM10,000.

Individu keempat pula merupakan seorang lelaki berusia 38 tahun yang bekerja sebagai ejen insurans di Kuala Lumpur.

Dia disyaki merancang untuk melancarkan ser4ngan terhadap suruhanjaya tinggi Sri Lanka di Kuala Lumpur dan turut memiliki sambil menyimpan bahan-bahan berkaitan pengg4nas antarabangsa LTTE.

Suspek kelima dari Sungai Siput berusia 37 tahun, seorang lelaki yang bekerja sebagai pemandu teksi. Beliau pernah menyertai perjumpaan sulit di Sungai Siput bagi tujuan merekrut dan penyebaran propaganda kumpulan pengg4nas LTTE di Malaysia.

Beliau turut menyimpan dan memiliki bahan yang berkenaan dengan LTTE. Juga terlibat dalam insiden sedemikian ialah menced3rakan pesuruhjaya tinggi Sri Lanka di KLIA pada September 2016 dan didenda RM10,000.

Suspek keenam dari Kulim Kedah – seorang lelaki berusia 27 tahun juga juruteknik. Suspek menyokong dan memiliki bahan-bahan berkaitan dengan LTTE.

Suspek ketujuh ditangkap di Sungai Buloh, Selangor – seorang lelaki berusia 57 tahun. Suspek bekerja sebagai peniaga kedai makan, dan didapati menyokong mempromomosilkan kumpulan pengg4nas LTTE menerusi media sosial.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/10/10/7-ditahan-cubaan-hidupkan-ltte-di-malaysia-kata-polis/

Demikian merupakan rumusan ringkas tentang golongan yang ditangkap. Baki individu lain ditangkap juga pada tahun lepas dan didapati mempromosikan kumpulan pengg4nas LTTE. Mereka antaranya:

Kredit: Bernama

Suspek pertama ditangkap di Telok Panglima Garang, merupakan lelaki berusia 52 tahun dan bekerja sebagai guru di sekolah menengah sekitar menengah di Banting, Selangor.

“Suspek terlibat menyokong, mempromosi LTTE melalui sosial media dan memiliki bahan LTTE,” katanya dalam sidang media khas di Bukit Aman, di sini, pada Ahad.

Suspek kedua ialah seorang lelaki 38 tahun yang bekerja sebagai Pegawai Eksekutif di Perbadanan Teknologi Hijau Melaka.

“Suspek pada 28 November tahun lepas merupakan penganjur program sambutan Hari Perwira LTTE di Melaka dan telah mengedarkan risalah-risalah dan item berkaitan pengg4nas LTTE.”

Suspek ketiga berumur 43 tahun ditahan di Durian Tunggal, Melaka dan bekerja sebagai Ahli Majlis Perbandaran Melaka.

“Suspek juga pada 28 November tahun lepas bertindak sebagai penganjur program sambutan Hari Perwira LTTE di Melaka dan telah mengedarkan risalah-risalah dan item berkaitan pengg4nas LTTE,” tambahnya.

Suspek keempat ditahan di Bukit Mertajam, Pulau Pinang merupakan pekerja kilang berusia 26 tahun dan disyaki menyokong serta mempromosi LTTE melalui media sosial.

Manakala, suspek kelima berusia 29 tahun yang bekerja sebagai penyelia keselamatan ditangkap di Bukit Mertajam, Pulau Pinang kerana disyaki mempromosi LTTE melalui media sosial serta memiliki bahan dan menyimpan bahan kumpulan pengg4nas.

Kesemua tangkapan dibuat kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Bab 6a di bawah kesalahan berkaitan kegan4san dan Kanun Keseksaan.

https://www.google.com/amp/www.astroawani.com/berita-malaysia/ltte-lima-lagi-suspek-ditahan-termasuk-guru-219936%3famp=1

LTTE ialah sebuah pertubuhan yang sudah tidak lagi berfungsi, menurut Peguam Negara. Namun seluruh dunia termasuk Australia dan Kesatuan Eropah masih menyenaraikan LTTE sebagai organisasi pengg4nas yang masih aktif. Malah India sendiri masih menganggap LTTE aktif dan terus disenarai hitam sehingga 2024!

https://m.timesofindia.com/india/india-says-ltte-still-active-extends-ban-for-5-more-years/articleshow/69334378.cms

Tahun lalu kerajaan India memperbaharui senarai aktiviti pengg4nas dan senarai hitam ke atas LTTE untuk tempoh lima tahun lagi. Di Australia, LTTE masih disenarai hitam. Sama seperti India, Australia juga terus memperbaharui senarai hitam mereka ke atas LTTE pada tahun lalu.

“The LTTE listing was most recently renewed by the Minister for Foreign Affairs in 2019. Consequently, it remains a criminal offence under Australian law to use or deal with assets owned or controlled by the LTTE, or to provide assets to the LTTE, whether directly or indirectly.”

https://dfat.gov.au/geo/sri-lanka/Pages/sri-lanka-country-brief.aspx

Kesatuan Eropah pada bulan lalu, masih menyenaraikan LTTE sebagai sebuah organisasi pengg4nas yang masih aktif.

http://www.dailymirror.lk/breaking_news/LTTE-remains-in-EUs-renewed-terr0rist-list/108-181214

Adalah tidak adil untuk menarik semula pendakwaan ke atas 12 yang dituduh menyokong LTTE di Malaysia tanpa mengambil kira faktor global status LTTE yang pada anggapan banyak negara lain, sebagai masih aktif.

Keputusan Peguam Negara pada hari ini amat mengejutkan dan pada pandangan kami, TIDAK WAJAR. Sepatutnya kes diteruskan di mahkamah dan biarlah hakim memutuskan kes ini berdasarkan merit kes pendakwaan dan pembelaan.

Peguam Negara tidak sepatutnya menjadi pemutus untuk kes berprofil tinggi seperti ini dan apabila ia melibatkan kepentingan awam, apatah lagi jika ia melibatkan sebuah organisasi pengg4nas yang telah mer4gut ratusan nyawa.

Kepentingan awam perlu didahulukan daripada kepentingan 12 orang tertuduh ini. Keputusan Peguam Negara pada hari ini amat mengecewakan kerana kes ini tidak dapat didengar berdasarkan merit di dalam mahkamah.

Kami juga percaya pihak PDRM mempunyai bukti asas yang kukuh untuk meneruskan kes ini dan tindakan PDRM adalah berdasarkan kepentingan awam dan tidak berniat untuk menganiaya mana-mana pihak dalam situasi seperti ini.

Sama ada LTTE masih aktif atau tidak, biarlah ia ditentukan di mahkamah. Sementara kuasa-kuasa signifikan dunia menganggap LTTE masih aktif, Peguam Negara Malaysia berpendirian ia tidak aktif; tanpa mendengar keterangan saksi-saksi dalam mahkamah terlebih dahulu.

Tindak tanduk Peguam Negara boleh mendatangkan keraguan awam terhadap badan kehakiman dan perundangan Malaysia. Oleh yang demikian, adalah wajar jika Tan Sri Tommy Thomas meletak jawatan dan beri laluan kepada Peguam Negara yang baharu untuk meneruskan pendakwaan kes ini.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.