Peaky Blinders Sebenar Dalam Sejarah

1,236

Pra-tempah hanya di Shopee

Sebut saja Peaky Bl1nders, ramai sudah membayangkan drama bersiri BBC itu yang menampilkan Cillian Murphy (Inception, trilogi The Dark Knight) sebagai Tommy Shelby. Secara ringkas, drama ini mengisahkan perihal organisasi j3n4yah yang dianggotai oleh keluarga Shelby selepas P3r4ng Dunia Pertama (WWI). Begitupun, sejarah sebenar Peaky Bl1nders sebenarnya tidaklah seglamor seperti digambarkan.

Figure 1: Tommy Shelby (Cillian Murphy, tengah), John Shelby (Joe Cole, kiri) dan Arthur Shelby (Paul Anderson)

 

Pertama sekali, lihat dulu asal-usul nama organisasi berkenaan. Mengikut jawapan pencipta siri Steven Knight, Peaky Bl1nders diambil sempena p1s4u cukur yang disembunyikan pada topi mereka dan boleh digunakan sebagai s3nj4ta bila ia diperlukan. Walaupun idea ini nampak kreatif di kaca televisyen, ramai menganggap asal-usul sebegini sebagai fiksyen.

Ini kerana p1s4u cukur pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 dianggap sebagai barang mewah untuk populasi ketika itu. Dan sebut pasal p1s4u cukur, hanya Gilette saja memperkenalkan sistem penggantian p1s4u cukur yang selamat pada tahun 1903 di Amerika Syarikat. Apabila Gilette membuka operasi mereka di Britain pada tahun 1908, Peaky Bl1nders sudah tidak wujud lagi.

Jadi, apa asal-usul nama Peaky Bl1nders? Jessica Brain dari Historic UK mempunyai beberapa teori. Antara teori tersebut ialah nama Peaky Bl1nders diambil sempena bahagian atas topi mereka yang menonjol atau menggunakan topi sebagai samaran identiti mereka. Tidak mustahil nama Bl1nders itu diambil daripada perkataan slanga Blinder yang bermaksud orang yang menonjol.

Dan seperti versi fiksyen Peaky Bl1nders, versi sebenar kumpulan ini juga gemar berfesyen dan suka memakai pakaian yang ditempah. Selain dianggap sebagai status, ia juga membolehkan mereka dikenali sebagai ahli kumpulan oleh orang awam, kumpulan pesaing dan polis. Sementara pasangan mereka juga suka memakai pakaian elegan termasuk sapu tangan berwarna-warni dan barang kemas buatan mutiara.

Tidak seperti Tommy Shelby yang mempunyai cita-cita berkecimpung dalam dunia politik, versi sebenar Peaky Bl1nders lebih kepada s4ms3ng jalanan. Begitupun, dari segi keg4n4san terhadap orang awam, pesaing dan polis, apa yang dilakukan mereka setanding atau lebih daripada apa yang dilakukan Tommy atau abangnya, Arthur Shelby (Paul Anderson).

Jika tidak terlibat dalam perg4dvhan jalanan dan aktiviti r0mp4kan, kumpulan ini tidak teragak-agak meny3r4ng polis seperti dialami Konstabel George Snipe. Pada tahun 1890-an, Snipe menahan seorang lelaki bernama William Colerain, 23, di pusat bandar Birmingham atas tuduhan menggunakan bahasa kesat selepas melihat dia dan rakan-rakannya dalam keadaan mabuk dan sibuk berg4dvh.

Malangnya, penahanan Colerain mengakibatkan rakan-rakannya itu berang dan m3ny3r4ng konstabel berkenaan. Salah seorang daripada mereka, George “Cloggy” Williams memvkul kepala Snipe dengan bata dan mengakibatkan konstabel itu c3dera parah di bahagian kepala. Walaupun sudah dibawa ke hospital, Snipe kembali ke negeri cacing pada awal pagi keesokan harinya.

Williams yang ditahan kemudiannya didakwa di mahkamah atas tuduhan membvnvh secara tidak sengaja. Dan bagi memastikan mana-mana s4ms3ng sedar risiko dihadapi sekiranya berkonfrontasi dengan pihak polis, pemuda berusia 19 tahun itu dihantar ke sebuah wilayah jajahan British sebagai tahanan dan dijadikan sebagai buruh banduan seumur hidup.

Jika tidak polis, kumpulan s4ms3ng ini akan bertelagah sesama sendiri, kadang-kadang lebih teruk daripada apa yang disaksikan dalam versi fiksyen Peaky Bl1nders. Ini diakui sendiri oleh Knight menerusi perkongsian pengalaman bapa saudaranya yang pernah melihat kelibat versi sebenar Peaky Bl1nders berg4dvh besar di atas sebuah jambatan berpuluh-puluh tahun yang lalu.

Keg4n4san perg4dvhan mereka mendorong pencipta siri tersebut berusaha mengurangkan elemen g4n4s yang dinyatakan agar ia boleh disiarkan di BBC. Malah, Knight mendedahkan pelakon yang memegang watak Elizabeth “Polly” Gray, Helen McCrory tidak mahu berada di set semasa sesetengah penggambaran adegan perg4dvhan kerana menganggap ia terlalu g4n4s.

Rujukan terawal pihak media berkenaan Peaky Bl1nders ialah kes s3r4ngan s4ms3ng Thomas Mucklow ke atas seorang pemuda bernama George Eastwood pada 23 Mac 1890. Mucklow meny3r4ng lelaki itu di sebuah bar hanya kerana memesan bir halia tanpa alkohol.

Eastwood mengalami kec3d3raan parah akibat kes tersebut dan akhbar London Daily News mengenalpasti Mucklow dan rakan-rakannya sebagai “Small Heath Peaky Bl1nders”. Menurut sejarawan Carl Chinn, ini merupakan rujukan pertama Peaky Bl1nders oleh pihak media ketika itu.

Figure 2: Contoh gambar tahanan dengan rekod j3n4yah mereka. Sumber: Muzium Polis West Midlands

 

Tidak seperti Tommy yang dilihat mempunyai akal sebagai dalang j3n4yah, kebanyakan ahli Peaky Bl1nders merupakan s4ms3ng biasa dengan rekod j3n4yah bersifat remeh seperti mencvri basikal, mem3cah masuk kedai atau menipu. Dan ada sesetengah ahli menyertai kumpulan sebegini seawal usia 12 tahun.

Dan paling penting, versi fiksyen Peaky Bl1nders meng0rbankan kumpulan s4ms3ng sebenar yang amat dig3runi dalam tempoh mereka berkuasa di Birmingham. Pada tahun 1920-an di mana keluarga Shelby dikatakan mula membina empayar mereka, Birmingham pada ketika itu dikuasai oleh Billy Kimber menerusi kumpulan Birmingham Boys.

Chinn menyifatkan Kimber sebagai seorang lelaki bijak yang pandai berlawan, personaliti menarik dan sedar kepentingan membina pengaruh dengan kumpulan-kumpulan s4ms3ng di London. Kumpulan ini bertahan selama hampir sedekad sebelum digantikan oleh Charles Sabini pada tahun 1930-an.

Kedua-dua ketua s4ms3ng itu membuat kemunculan dalam Peaky Bl1nders sebagai pesaing kepada keluarga Shelby. Versi fiksyen Kimber dilakonkan oleh Charlie Creed-Miles dan membuat kemunculan pada siri pertama. Sementara peranan Sabini pula digalas oleh pelakon filem Lara Croft: Tomb Raider dan Edge of Tomorrow, Noah Taylor dan membuat kemunculan dalam siri kedua.

Menjelang tahun-tahun sebelum WWI, Peaky Bl1nders mula hilang taring dan ini bukan saja didorong oleh kemunculan kumpulan-kumpulan baru. Sebaliknya, tindakan tegas pihak berkuasa dan hukuman keras oleh mahkamah mendorong ramai ahli meninggalkan mereka dan jika ada pun yang masuk ialah golongan berhati kering.

Keinginan Peaky Bl1nders mencari pelapis baru tidak dibantu dengan lebih ramai kanak-kanak mendapat akses persekolahan dan ada alternatif menghabiskan masa secara bermanfaat seperti bertinju di kelab-kelab tinju. Alternatif sebegini mengelakkan ramai anak muda daripada terjebak dengan aktiviti j3n4yah termasuk menyertai Peaky Bl1nders.

Tahun-tahun itu mendorong mereka berhijrah ke kawasan desa dan menyembunyikan masa silam mereka daripada diketahui oleh generasi keluarga mereka yang seterusnya. Tetapi nak harap keluarga Shelby melakukan perkara sama? Er, itu kena tunggu pengakhiran cerita mereka kerana mengikut perancangan Knight, Peaky Bl1nders akan ditamatkan selepas siri ketujuh.

RUJUKAN:

Yaqoob, J. (2019). Peaky Bl1nders season 5: Behind-the-scenes secrets from most anticipated series yet. Daily Mirror

Solly, M. (2019). Who Were the Real ‘Peaky Bl1nders’?. Smithsonian Magazine.

Philip, Sarah. (2019). Peaky Bl1nders’ true story – What happened to the real-life gang?. Digital Spy.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.