Taj Mahal yang adalah salah satu binaan paling megah pada zaman pemerintah empayar Mughal iaitu, Shah Jahan ini disenaraikan sebagai 7 Wonders of the World. Makam ini merupakan binaan makam isterinya yang tercinta iaitu, Mumtaz Mahal. Sebelum terciptanya Taj Mahal, Shah Jahan telah membina sebuah takhta yang melambangkan kegemilangan & kekayaan empayar Mughal.

APAKAH ITU ‘PEACOCK THRONE’ ?

• Takhta ini lebih dikenali sebagai ‘Peacock Throne’ ataupun ‘Takhta Burung Merak’.

• Dibina dibawah pengawasan seorang tukang emas yang paling mahir pada ketika itu iaitu, Babadal Khan setelah diarahkan oleh Shah Jahan.

APAKAH KEISTIMEWAAN TAKHTA INI ?

1) Diperbuat daripada susunan batu-batu permata, mutiara, rubi, zamrud & batu-batu berharga yang lain yang didapati di seluruh dunia.

2) Takhta ini dilapisi 4 bar besar emas murni & mempunyai 4 buah anak tangga.

2) Takhta ini mempunyai tiga buah kusyen iaitu kusyen yang di tengah berbentuk bulat & besar yang menjadi tempat singgahsana pemerintah Mughal & dua kusyen yang disampingnya hanya berbentuk rata.

3) Takhta ini mempunyai 12 batang tiang yang menyokong kanopi.

Kanopi ini dilitupi oleh pelbagai batu permata yang berharga.

4) Di atas kanopi ini terdapat sebuah kubah yang berbentuk separa sfera & di atas puncak kubah ini terdapat patung burung merak yang dibina dari gabungan batu permata yang berwarna-warni.

Menurut seorang pengembara terkenal Perancis, Bernier, di atas kubah itu terdapat dua buah patung burung merak.

Di dada burung merak itu terdapat sebuah batu rubi & digantung dengan batu permata berbentuk buah pir.

Di antara kedua patung burung merak itu terdapat sebuah jambangan bunga keemasan yang diperbuat daripada emas murni.

5) Salah satu batu permata yang terkenal iaitu Kooh-e-Noor ( 186 karat ) terdapat di dalam binaan takhta ini.

Batu permata Kooh-e-Noor asalnya merupakan pemberian hadiah oleh sekutu empayar Mughal, iaitu kerajaan Parsi yang berada di bawah naungan empayar Mughal.

Pemerintah Parsi, Shah Abbas menyerahkan batu permata ini kepada Maharaja Jahangir sebagai salah satu hadiah diplomatik.

Maharaja Jahangir menghadiahkan batu permata ini kepada Shah Jahan (sebelum beliau menjadi maharaja) setelah memenangi pertempuran di Deccan.

• Seorang pedagang berbangsa Perancis, Tavernier yang berpeluang melihat dengan mata kepala sendiri takhta ini pada zaman pemerintahan Maharaja Aurangzeb mengatakan bahawasanya, takhta ini diletakkan dalam Diwan-i-Khas di Benteng Merah, Delhi (ibukota empayar Mughal).

DI MANA LOKASI KEBERADAAN TAKHTA INI ?

• Ketika zaman pemerintahan  Muhammad Shah, empayar Mughal mengalami kemunduran & kelemahan pasukan tentera.

Raja Nadir Shah, pemerintah Parsi yang baharu menaiki takhta setelah menumbangkan kekuasaan empayar Hotaki & menaklukan ibukotanya, Isfahan, Iran.

• Sisa pasukan empayar Hotaki melarikan diri ke wilayah empayar Mughal & meminta bantuan Muhammad Shah untuk mengalahkan kekuatan pasukan Raja Nadir Shah.

• Dalam peperangan Karnal yang berlaku pada bulan Februari 1739M, pasukan tentera Mughal dikalahkan oleh pasukan tentera Parsi pimpinan Raja Nadir Shah.

• Raja Nadir Shah menawan Muhammad Shah & membawa baginda kembali pulang ke ibukotanya, Delhi.

• Raja Nadir Shah yang hanya berkeinginan menghapuskan sisa kekuasaan empayar Hotaki terus memulangkan kembali takhta Mughal kepada Muhammad Shah.

Raja Nadir Shah yang baru sahaja memangku jawatan pemerintah di Iran pada ketika itu tidak berhasrat untuk meluaskan kuasanya jauh dari pusat pemerintahannya & dengan segera Raja Nadir Shah membuat perjanjian damai dengan Muhammad Shah dengan alasan beliau harus kembali ke Iran dengan secepat mungkin.

Raja Nadir Shah sendiri yang menguruskan pertabalan Muhammad Shah sebagai pemerintah empayar Mughal buat kali kedua & Raja Nadir Shah sendiri yang menyarungkan takhta di atas kepala Muhammad Shah.

• Muhammad Shah yang berasa terharu & terhutang budi telah memberikan pelbagai hadiah khazanah berharga milik empayar Mughal kepada Raja Nadir Shah & diantaranya adalah Takhta Burung Merak.

Baginda juga telah memberikan wilayah barat di Sungai Attock yang meliputi wilayah kota Kabul, Gazni, Peshawar, Bhakkar, Thatta & lain-lainnya kepada Raja Nadir Shah.

• Raja Nadir Shah membawa pulang ‘Peacock Throne’ ke Iran setelah selesai segala urusannya di kota Delhi.

• Raja Nadir Shah yang amat menyukai takhta ini , telah menghasilkan maklumat yang terperinci tentang takhta & segala batu permata yang terdapat di dalam binaan takhta ini.

• Raja Nadir Shah telah dibunuh oleh pemberontak Kurdi di Fathabad, Khurasan & ada juga yang mengatakan bahawasanya Raja Nadir Shah telah mati dibunuh oleh jeneralnya sendiri dalam sekitar tahun 1747M.

• Setelah kematian Raja Nadir Shah,kerajaan Parsi mengalami kejatuhan & kekacauan oleh pemberontak.

Istana Raja Nadir Shah telah diserbu & ‘Peacock Throne’ telah dihancurkan satu demi satu.

Segala batu permata yang terdapat pada takhta ini diambil & dicuri.

Seorang jeneral Raja Nadir Shah, iaitu Jeneral Ahmad Durami telah berhasil melarikan batu permata Kooh-e-Noor tetapi batu permata ini akhirnya jatuh ke tangan tentera British & batu permata ini dibawa ke London (masih ada di London pada ketika ini).

• Beberapa pendapat ahli sejarah mengatakan, serpihan daripada kehancuran ‘Peacock Throne’ ini masih wujud di sekitar negara Iran tetapi mungkin ia disembunyikan oleh pihak tertentu.

• Salah satu takhta yang diinspirasikan dari binaan Peacock Throne iaitu ‘Naderi Throne’ ataupun ‘ Qajar Throne’ yang dibina di Iran, mempunyai kaki asli yang diambil daripada ‘Peacock Throne’.

Sumber Rujukan: History of the Life of Nader Shah, King of Persia by William Jones.

– TAMAT –


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

'Creative. Celibate. Crybaby.'

Leave A Reply