Pe-rang Salib Terakhir Dalam Sejarah

1,498

Pra-tempah hanya di Shopee

Menjelang pertengahan abad ke-13, situasi di Timur Tengah sedang kacau bilau sepenuhnya. Empayar Seljuk yang memerintah di Asia Barat, mulai runtuh, dan pada tahun 1244 satu entiti baru dari kuasa Turko-Parsi, iaitu Khwarizmi telah menaklvk Jerusalem (Baitulmaqdis), namun masih membiarkan beberapa pejuang Kristian terus hidup.

Saki baki tent3ra Frank (nama panggilan tent3ra Salib di Timur Tengah) cuba membentuk pakatan dengan sisa penyokong Dinasti Ayyubi di Syria untuk mengusir orang Turki, tetapi tent3ra Turki dengan mudahnya berjaya mengalahkan tent3ra gabungan Salib-Ayyubi dalam Pertempvran La Forbie atau juga dikenali sebagai Pertempvran Hiribya pada bulan Oktober 1244. Peristiwa ini mencetuskan Per4ng Salib Ketujuh, yang bermula pada musim panas tahun 1248 dan berakhir dengan kekalahan Raja Louis IX dari Perancis pada tahun 1250.

Untuk memahami peristiwa dalam beberapa dekad selepas Per4ng Salib Ketujuh, adalah perlu untuk kembali ke zaman sebelum Per4ng Salib itu. Ketika Louis IX sedang bersiap untuk melancarkan Per4ng Salib pada akhir tahun 1240-an, Louis IX mencari sekutu dalam perjuangannya melawan umat Islam. Salah satu sekutu yang berpotensi adalah Hashashin, atau dalam istilah barat, Assassin dari sekte Muslim Syiah, atau subkelompok, yang disebut Ismaili.

Golongan Ismailiyah menentang orang-orang Islam Sunni yang ortodoks atau pengikut arus perdana yang memerintah Islam melalui Kekhalifahan di Baghdad. Penentangan Assassin terhadap Islam Sunni begitu mendalam sehingga mereka sanggup menjalinkan pakatan dengan orang-orang Kristian Frank. Tetapi Assassin adalah penganut mazhab fanatik yang tak banyak boleh memberikan manfaat.

Kejatuhan Baghdad dan Kekhalifahan Abbasiyah yang sunni pada tahun 1258 secara tidak langsung turut mengakhiri gerakan Ismailiyah.

Kebangkitan Mongol

Sekutu yang lebih berpotensi adalah suku bangsa nomad dari benua Asia yang suka berper4ng dan sering disebut sebagai bangsa Tatar, atau lebih tepat lagi, bangsa Mongol, yang sedang menyapu ke arah barat pada abad ketiga belas dan mengusir kuasa Seljuk.

Mongol bangkit tanpa memerlukan kebergantungan terhadap kuasa Eropah

Beberapa tahun sebelum itu, bangsa Mongol telah dipimpin oleh seorang ketua yang hebat, Genghis Khan, yang telah mula menyer4ng wilayah-wilayah Turkik seawal tahun 1219. Bagi Louis, tarikan utama orang-orang Mongol yang paling menarik minat mereka adalah, mereka bukan beragama Islam.

Sebaliknya, mereka menyembah banyak tuhan. Louis percaya bahawa dia boleh mengubah kepercayaan Mongol hingga mereka memeluk agama Kristian dan menjalin persekutuan dengan mereka agar mereka boleh bekerjasama untuk mengalahkan Islam.

Dia berpegang pada kepercayaan ini kerana pada waktu sebahagian orang Mongol sudah memeluk aliran Kristian Ortodoks Timur. Mereka ini adalah keturunan dari patriark Ortodoks Timur Konstantinople, yang telah diusir oleh orang Rom pada abad kelima dan telah menetap di Asia.

Raja Louis IX telah mengirim duta besarnya menemui Khan Mongol sebelum Per4ng Salib Ketujuh. Duta-duta itu kembali pada tahun 1247 dan melaporkan bahawa orang-orang Mongol menunjukkan minat untuk bersekutu tetapi lebih berminat untuk menaklvk wilayah. Perikatan seumpama itu menurut mereka, akan mengalihkan perhatian umat Islam sehingga memudahkan orang Mongol menyer4ng wilayah yang dikuasai oleh Muslim.

Kemudian, pada tahun 1248, duta besar Mongol mengunjungi Louis ketika dia berlabuh di pulau Cyprus untuk melakukan persiapan Per4ng Salib Ketujuh. Duta ini mengatakan bahawa pemerintah Mongol bersedia membantu orang-orang Kristian membebaskan Jerusalem dari kawalan orang Islam.

Dalam rangkuman rundingan yang lain, Louis mengirim seorang duta bernama William of Rubruck kepada Mongol ketika mereka sedang dalam perjalanan melaksanakan Per4ng Salib Ketujuh.  Sementara itu, Kepausan juga telah mengirim duta mereka ke Asia untuk melakukan rundingan dengan Mongol.

William kembali dengan berita yang mengecewakan. Pihak Mongol tidak berminat untuk memeluk agama Kristian. Apa yang lebih teruk, mereka menerima hadiah yang dikirim Louis sebagai “bayaran penghormatan” (ufti) dan menyebut kerajaan Louis di Perancis sebagai “kerajaan naungan” Mongol yang baru.

Strategi Louis gagal. Mungkin tiada masalah jika Louis tidak mendesak agar orang Mongol memeluk agama Kristian, sekurang-kurangnya dia mungkin telah berjaya mendapatkan sekutu yang kuat. Namun, Louis terkenal dengan pegangan agamanya yang sangat kuat (dia dijadikan tokoh suci atau saint Katolik pada akhir abad ini) dan cukup terkenal dengan sikapnya yang suka menentang sebarang perikatan bersama dengan pihak bukan Kristian hingga dia terlepas peluang untuk mengalahkan umat Islam dan terlepas kemungkinan mengembalikan Jerusalem ke kawalan Kristian.

Per4ng Salib Kristian melawan Mongol

Sebaliknya, bangsa Mongol hanya didorong oleh keinginan untuk penaklvkan wilayah. Sejarawan hanya dapat membuat spekulasi mengenai apakah kesannya jika berlaku persekutuan di antara Kristian-Mongol.

Louis tinggal di Outremer (istilah orang Eropah untuk “tanah di luar negeri,” atau tanah j4jahan Kristian di Timur Tengah) selama empat tahun selepas berakhirnya Per4ng Salib Ketujuh.  Sepanjang tempoh itu dia menperkuatkan kubu-kubu di beberapa kota yang masih ada di bawah tent3ra Salib, seperti Acre, Tyre, Jaffa, dan Sidon. Dia juga berusaha menghentikan persengketaan yang berterusan di kalangan para baron Salib kerana berebut wilayah dan berbeza pendapat mengenai pewarisan takhta. Namun, akhirnya, dia harus kembali ke Perancis.

Setelah Louis meninggalkan Outremer pada tahun 1254 dalam situasi yang hampir mencetuskan per4ngn saudara di Acre. Pedagang dari Venice dan Genoa, Itali, secara terbuka memperjuangkan kepentingan komersial mereka di kota. The Knights Hospitaller menyokong Genoa, sementara Knights Templar menyokong Venice, dan kadang-kadang pertempvran antara dua perintah kesatria itu meletus.

Tidak ramai pihak yang bercadang mahu ‘membebaskan’ Jerusalem atau Gereja Makam Suci yang menempatkan makam dipercayai milik Jesus, kecuali Louis. Selama tiga belas tahun dia kekal obses dengan kegagalannya untuk merebut kembali Jerusalem.

Pada tahun 1267 dia mengumumkan bahwa dia akan kembali ke Tanah Suci, dan dia ber4ngkat pada bulan Julai 1270 untuk satu kempen yang mungkin boleh disebut sebagai Per4ng Salib Kelapan sekiranya berlaku, namun dia tidak pernah berjaya tiba. Semasa dalam perjalanan, wabak penyakit melanda pasukan Tentara Salib Louis, dan pada bulan Ogos, Louis meninggal dunia.

Sementara itu, Mongol, di bawah seorang panglima bernama Hulagu, membuka jalan masuk lebih jauh ke Timur Tengah.  Mereka telah menyer4ng Poland dan Hungary, dan pada tahun 1243 mereka telah mengalahkan tent3ra Seljuk di Anatolia dalam Pertempvran Köse Dag. Mereka menaklvk sebahagian besar Parsi pada tahun 1256 dan men4wan Baghdad pada tahun 1258 hingga mengakhiri Kekhalifahan Abbasiyah.

Kejatuhan Abbasiyah bermakna jatuhnya juga Zaman Keemasan Islam, ini menyebabkan Kristian Eropah bersorak kegembiraan memandangkan pusat utama umat Islam telah runtuh.

Tent3ra Salib sepatutnya sudah boleh melanggar Jerusalem dengan mudah, tetapi seperti yang dinyatakan sebelum ini, mereka sendiri turut berpecah belah berbanding memanfaatkan kesempatan yang diberikan oleh pihak Mongol kepada mereka. Sementara itu, di Syria, Mongol men4wan kota-kota Syria iaitu Aleppo dan Damsyik pada tahun 1258, menjejaskan bahagian belakang saki baki Empayar Seljuk iaitu Kesultanan Rum.

Kebangkitan Mamluk

Walaupun telah memenangi begitu banyak wilayah, orang Mongol masih belum puas menaklvk. Setelah menguasai Syria, mereka mengalihkan pandangan mereka ke arah Mesir. Hulagu mengirim utusannya ke Kaherah, yang menuntut agar Mesir tunduk kepada Mongol. Tetapi pada waktu ini kekuatan ketent3raan di Mesir berada di tangan sebuah kumpulan tent3ra elit yang berasal dari golongan hamba namun mendaki hirearki hingga menjadi pemerintah, mereka dikenali sebagai Mamluk.

Mamluk adalah golongan hamba terpilih yang memiliki pengalaman per4ng yang tinggi, mereka berasal dari keturunan orang Turki. Sama seperti tent3ra elit Janissari, Mamluk adalah tent3ra elit yang berasal dari anak-anak yang diambil dan dibesarkan sebagai Muslim di bawah disiplin ketent3raan yang ketat tanpa mengetahui siapa bapa kandung mereka, dan mereka semua ada nama Ibn Abdullah di belakang yang bermaksud “anak Abdullah,” merujuk kepada bapa Nabi Muhammad S.A.W.

Sebagai pengawal peribadi sultan Mesir, kaum Mamluk dilatih untuk mengabdikan diri mereka kepada sultan masing-masing dengan penuh ketaatan dan kesetiaan. Oleh itu, apabila seorang sultan meninggal dunia, setiap pengawal peribadi dari kalangan pahlawan Mamluk akan diganti.

 

Gambar hiasan

Semasa Per4ng Salib Ketujuh sultan Mesir digulingkan, atau disingkirkan dari kekuasaan oleh Saif al-Din Qutuz. Sebelum Qutuz cuba menggantikan Mamluk, dia menyedari bahawa mereka adalah kuasa yang memiliki kekuatan tersendiri dan tidak perlu diganti. Mereka adalah pasukan tent3ra yang akan mencari seorang tuan untuk diperjuangkan, dan kebetulan pula kebangkitan Mongol kini memberikan mereka musuh.

Qutuz juga tahu bahawa dia menghadapi ancaman dari Mongol, jadi dia tidak menggantikan pengawal Mamluk, bahkan melantik orang Mamluk menjadi panglima memimpin tent3ra mereka sendiri. Tidak berhasrat mahu tunduk kepada Hulagu, Qutuz dan Mamluk bertindak membvnuh duta Hulagu di Kaherah dan pada tahun 1260 melakukan kemaraan melalui wilayah yang dikuasai tent3ra Salib untuk mencabar kuasa Mongol.

Tent3ra Salib hanya memberikan kerjasama kepada Muslim dengan membuka pintu wilayah mereka sambil menjadi penonton pertempvran dan menilai siapa yang memiliki kekuatan terbesar.

Di sebalik kebangkitan Qutuz, salah seorang pengawal Mamluk bernama Baybar juga telah bangkit berkuasa melalui siri ser4ngan politik, atau pembvnuhan. Baybar membantu Qutuz menjadi sultan, dan bersama-sama mereka berdua melawan kemaraan Mongol.

Pada Pertempvran Ayn Jalut pada tahun 1260, Baybar berpura-pura menyer4ng Mongol dan kemudian berundur. Entah bagaimana tent3ra Mongol boleh mengejar Baybar hingga jatuh ke dalam per4ngkap yang disediakan oleh pasukan utama Mamluk, sedangkan taktik pengunduran palsu itu sendiri dipopularkan oleh Mongol. Dalam pertempvran ini, tent3ra Mongol menghadapi kemvsnahan teruk, lantas mengakhiri ancaman Mongol terhadap Islam dan Kristian di barat.

Baybar meminta Sultan untuk menjadikannya gabenor Aleppo sebagai balasan atas bantuannya. Sultan yang mula curiga dengan cita-cita Baybar telah menolak permintaan itu sehingga Baybar bertindak membvnuh Sultan, menuju ke Kaherah, dan mengisytiharkan dirinya sebagai sultan, sekaligus menubuhkan Kesultanan Mamluk. Dengan kekuatan yang dimilikinya, dia menguasai Mesir, dia kemudian mara menuju ke Aleppo dan Damsyik, dengan mudah merebut kota-kota tersebut. Kini bukan lagi kuasa Mongol atau Muslim yang lain menguasai Syria, sebaliknya ia menjadi milik Mamluk.

Di bawah pemerintahan Baybar, yang lebih formal dikenali sebagai Rukn al-Din Baybars Bunduqdari, yang menguasai Mesir, tent3ra Salib berada di ambang kemvsnahan. Pada tahun 1265, Baybar menyer4ng Caesarea (ibu kota Rom kuno di Palestin) lalu merebut kota itu, dan menghancurkannya.

Baybar

Dia kemudian merampas kota Haifa dan Arsuf (di Israel sekarang). Pada tahun 1266 dia mengepung kubu Tent3ra Salib di Safed, salah satu kubu kuat terakhir Knights Templar, berhampiran Laut Galilea. Templar menyerah apabila mereka dimaklumkan bahawa mereka akan diampunkan dan diizinkan untuk melarikan diri dengan selamat ke Acre, tetapi Baybar telah mengkhianati mereka dengan memerintahkan kepala mereka semua dipengg4l.

Mamluk kemudian melakukan kemaraan ke Toron di pesisir pantai sementara pasukan Mamluk lain bergerak menuju ke Cilicia. Sepanjang perjalanannya, Mamluk menghapuskan setiap kuasa Kristian yang mereka temui.

Pada waktu ini, wilayah yang dikuasai Kristian di Levant (negara-negara di pantai timur Mediteranian) adalah Acre, Jaffa, Antioch, Tripoli, dan beberapa kota kecil lainnya. Baybar bergerak menuju ke Acre pada tahun 1267, tetapi kota ini bertahan dengan begitu ampuh, jadi dia bersetuju untuk melakukan gencatan senj4ta. Pada saat inilah Louis IX di Perancis berusaha melancarkan Per4ng Salib Kelapan untuk menyelamatkan kota itu.

Sementara itu, pedagang Venice di kota itu menjual sumber dan bekalan kepada Baybar seperti bahan kayu dan besi dari Eropah yang dapat digunakannya dalam membina jentera pengepungan. Tak mahu ketinggalan, pedagang Genoa turut menjual hamba kepada Baybar.

Dengan Acre yang berada di bawah situasi gencatan senj4ta, Baybar menuju ke Jaffa pada tahun 1268. Setelah pengepungan yang berlangsung hanya dalam masa dua belas jam, dia berjaya memasuki kota dan memvsnahkannya. Dia kemudian beralih ke Antioch, negeri Salib yang terkaya, di mana pasukannya menj4rah kota dan membvnuh penduduk dan tent3ra Kristian yang menentangnya. Dilengkapi dengan jentera pengepungan besar, dia kemudian men4wan sebuah kubu utama Per4ng Salib, Krak des Chevaliers, yang telah menentang cubaan pengepungan sejak Per4ng Salib Ketiga.

Kejatuhan Acre

Kini, satu-satunya kota yang penting dan masih berada di tangan Kristian adalah Acre. Baybar bagaimanapun telah meninggal dunia pada tahun 1277, sehingga ser4ngan Mamluk yang terakhir di kota itu ditunda selama 14 tahun. Pada tahun 1285 pengganti Baybar untuk memerintah Kesultanan Mamluk, al-Mansur Qalawun, telah berjaya men4wan kubu terakhir Knights Hospitaller di Marqab. Dia kemudian mengepung Tripoli, yang berjaya ditaklvk pada tahun 1289.

Tidak ramai penguasa di Eropah yang mengambil berat tentang perkembangan ini, kerana orang Eropah pada umumnya, telah penat dan bosan dengan kempen Per4ng Salib. Pecahan Empayar Mongol yang masih hidup di wilayah itu mengirim duta kepada raja England, Edward I. Mereka mengusulkan satu pakatan diwujudkan bagk menentang Qalawun, tetapi Edward sibuk memer4ngi Scotland di wilayahnya sendiri.

Raja Philip IV dari Perancis juga tidak menunjukkan minat.  Paus mengirim pasukan Salib Itali pada tahun 1290, tetapi kehadiran mereka terbukti menjadi bencana. Qalawun telah menandatangani gencatan senj4ta lain dengan Acre dan mungkin telah memutuskan untuk membiarkan kota itu tinggal bersendirian, tetapi tent3ra Salib Itali tidak berminat dengan gencatan senj4ta. Mereka datang untuk membvnuh orang Islam. Pada suatu hari kebanyakan dari mereka ini mabuk, lalu mereka menyemb3lih sejumlah petani Muslim yang membawa hasil tanaman mereka ke pasar di Acre. Baron Acre sangat marah, tetapi kerosakan telah pun berlaku.

Qalawun bersumpah akan membalas dendam. Dia mengumpulkan angkatan tent3ranya untuk digerakkan menuju ke kota itu tetapi dia tidak pernah sempat untuk membalas dendam, kerana semasa dalam perjalanan ke Acre dia telah meninggal dunia. Anaknya, al-Ashraf Khalil, berjanji untuk menyempvrnakan apa yang diperjuangkan oleh bapanya. Untuk itu, dia mengumpulkan kekuatan ketent3raan yang luar biasa — enam puluh ribu pasukan tent3ra berkuda, seratus enam puluh ribu tent3ra biasa, dan koleksi jentera pengepungan yang mengagumkan.

Sementara itu, tent3ra Salib berusaha mempertahankan kota Acre dengan sekitar seribu kesatria, empat belas ribu tent3ra biasa dan sekitar tiga puluh ribu orang awam dikerah.

Pengepungan Acre bermula pada 6 April 1291. Ia berlanjutan selama enam minggu, ketika pasukan al-Ashraf menghujani kota dengan bongkah batu dan bom api dan satu demi satu menara tembok yang mempertahankannya diruntuhkan. Sebilangan jentera pengepungan Mamluk melancarkan ser4ngan berpandu dengan bongkah batu seberat seperempat tan.

Pada 18 Mei al-Ashraf melancarkan ser4ngan utama dan merampas kota itu. Di kota inilah yang juga pernah menjadi saksi peristiwa kejam seperti yang terjadi pada 15 Julai 1099, ketika tent3ra Salib memasuki Jerusalem pada akhir Per4ng Salib Pertama dengan membvnuh seluruh umat Islam di kota itu. Kini, dalam pertempvran terakhir, tent3ra Mamluk membantai orang-orang Kristian di Acre. Kesemua Templar yang mempertahankan kota berjumlah sekitar tiga ratus orang dihvkum bvnuh. Kota itu hampir mvsnah sepenuhnya.

Semua kubu yang ada tent3ra Salib telah runtuh dan kini hanya tinggal sebuah kubu istana Templar di kota Ruad, yang bertahan selama dua belas tahun. Per4ng Salib, bagaimanapun, berakhir di Acre, dan apa yang tersisa untuk menandakan di mana mereka berada hanyalah timbunan runtuhan.

Pada abad keempat belas dan kelima belas, satu rundingan pernah berlaku di Eropah mengenai Per4ng Salib baru, tetapi tidak ramai yang datang. Penguasa Kristian di Cyprus mempertahankan gelaran raja Yerusalem, dan Peter I, berjaya mengumpulkan pasukan Eropah untuk menyer4ng Iskandariah di Mesir, pada tahun 1365. Tujuan asalnya adalah untuk men4wan kota itu dan menukarnya dengan Jerusalem.

Islam adalah kuasa terakhir yang memer4ngi T3ntera Salib

Bagaimanapun, tent3ra mereka hanya menj4rah kota itu dan pulang ke tanahair masing-masing. Pada tahun 1396 Raja Sigismund dari Hungary berusaha untuk mengetuai Per4ng Salib, tetapi tent3ranya dibantai oleh tent3ra Uthmaniyah sebelum sempat keluar dari Bulgaria. Pada tahun 1458 Paus Pius II menyeru Per4ng Salib dan bahkan mahu “menyalib” dirinya sendiri, tetapi dia m4ti sebelum dia sempat bertindak atas nazarnya.

Kerana percubaan terakhir ini gagal, Per4ng Salib dikatakan telah berakhir secara rasminya pada tahun 1291. Hampir dua ratus tahun pertumpahan d4rah akhirnya berakhir dengan tidak selesa.

RUJUKAN:

Gabrieli, Francesco. (1969). Arab Historians of the Crvsades. Translated by E. J. Costello. London: Routledge and Kegan Paul.

Forey, Alan. (2001). The Milit4ry Orders, 1120–1312. The Oxford Illustrated History of the Crvsades. Edited by Jonathan Riley-Smith. New York: Oxford University Press.

 

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.