Imjinwaeran,” juga dikenali dengan nama Pe-r4ng Tujuh Tahun adalah satu peristiwa yang merujuk kepada pencero-b0han Jepun terhadap Joseon (Korea) yang diperintahkan oleh Toyotomi Hideoyoshi, shogun yang menyatukan kembali Jepun pada hari-hari penutupan Sengoku Jidai (zaman Negara-negara Berper4ng Jepun ketika negara itu terpecah di antara para panglima feudal yang berper4ng sesama mereka), pada tahun 1592 hingga 1598.

Dalam usaha untuk menyebarkan pengaruhnya dan juga menangani masalah bilangan tenter4 yang terlalu besar dengan hasil harta rampasan yang tidak mencukupi untuk diagihkan pada akhir dekad k0nflik pahit di Jepun tersebut, Toyotomi Hideyoshi nekad untuk menye-r4ng empayar Ming-zhao yang sedang merosot secara beransur-ansur walaupun masih sangat kaya (China di bawah Dinasti Ming).

Memandangkan geografi Semenanjung Korea yang berada sangat dekat dengan Jepun, Toyotomi Hideyoshi meminta kebenaran pemerintah Dinasti Joseon, dinasti yang berkuasa di Semenanjung Korea, untuk membuka laluan bagi pasukan t3nter4 Jepun melintasi Kerajaan Joseon untuk tiba ke sempadan Dinasti Ming.

Namun, oleh kerana Korea merupakan salah satu kerajaan yang telah lama bersekutu dengan Dinasti Ming, pihak istana Joseon pada awalnya hanya mengabaikan utusan Toyotomi Hideyoshi dan kemudian, Raja Seonjo dari Joseon menolak secara terang-terangan.

Toyotomi Hideyoshi akhirnya memerintahkan pasukan ekspedisinya untuk mence-rob0h sempadan semenanjung Korea secara paksa dan dengan demikian memulakan kempen perlvasan wilayahnya walaupun terdapat beberapa bantahan yang diusulkan oleh beberapa penasihat utamanya sendiri termasuk Tokugawa Ieyasu (yang kemudian akan mengkhianati pewaris kuasa Toyotomi Hideyoshi, Hideyori, untuk menubuhkan Keshogunan Tokugawa).

Toyotomi Hideyoshi

Angkatan tenter4 ekspedisi Toyotomi Hideyoshi memiliki dua kelebihan utama. Pertama, senap4ng arquebus yang canggih buatan dari Portugis dan anggota tenter4 veteran yang kuat dan berkelengkapan sempurna yang diketuai oleh jeneral-jeneral bengis dan pernah berkhidmat semasa zaman Sengoku Jidai.

Di Korea pula, pihak Joseon sebaliknya tidak bersedia. Jauh sebelum itu, walaupun terdapat tanda-tanda amaran mengenai ancaman se-r4ngan dari Jepun, dan terdapat usul dari pegawai kerajaan, Seong-ryong supaya dilaksanakan reformasi ketenter4an dan pembinaan kubu, istana Joseon tidak mengambil sebarang tindakan.

Tenter4 Diraja Joseon bukanlah tandingan satu gerombolan samurai veteran dan Joseon mengalami kerugian yang sangat besar dalam konfr0ntasi secara terbuka dengan pasukan tenter4 Jepun. Pahlawan Jepun melakukan pen-jar4han dan pemb-vnuhan tanpa sebarang belas kasihan, menjadikan banyak kota-kota kerajaan Joseon hanya tinggal sisa reruntuhan yang hangus.

Walau bagaimanapun, Korea tidaklah diganyang sepenuhnya. Selain mendapat bantuan dari Maharaja Wanli Dinasti Ming, yang kemudian akan datang terlibat secara terbuka dalam Pe-r4ng Imjin, pihak Korea masih mempunyai beberapa panglima dan pejuang yang ternama dan digeruni.

Perjuangan untuk bangsa Korea untuk meneruskan hidup secara tidak langsung turut mendorong kepada penghasilan beberapa senj4ts paling maju yang pernah dibuat (termasuk Geobukson yang terkenal, ‘kereta perisai’ bersenj4ta meriam yang pertama di dunia, dan kereta r0ket Hwacha) pada masa itu dan penggunaan taktik ger1la.

Ser4ngan balas gabungan Ming-Joseon terhadap pencer0bohan Jepun

Walaupun Jepun memperoleh banyak kejayaan awal, mengasak jauh hingga mencapai ke pusat utam Kerajaan Joseon, pasukan Korea yang kemudiannya menjadi gabungan pasukan bersekutu Korea-China, berjaya menghentikan ser4ngan Jepun. Dan pada tahun 1598, pencerob0han Jepun akhirnya berjaya dihancvrkan.

Walaupun kemenangan Korea dan ancaman ser4ngan Jepun terhadap China berjaya dihentikan, per4ng ini telah mengakibatkan kemvsnahan yang besar terhadap semenanjung Korea. Sebagai kesan akibat dari kerugian yang sangat besar ini, pemerintah Joseon terpaksa memulakan segalanya dari awal kembali, zaman kemakmuran yang dinikmati Dinasti Joseon telah lebur.

Legasi dinasti ini akan memastikan kemandirian bangsa Korea untuk kekal hidup namun hanya sekadar sebagai sebuah “kerajaan pertapa” sehingga akhirnya dinasti itu runtuh sepenuhnya di bawah kuasa imperialisme Jepun  pada tahun 1910. Era inovasi teknologi, dinamisme ekonomi dan intelektual kerajaan Joseon terganggu dengan teruk hingga proses pengasingan dari dunia asing dan tersebarnya fahaman konservatisme yang ekstrim mula berlaku.

Gambaran persiapan pe-r4ng oleh tenter4 Joseon

Perbelanjaan untuk menghadapi per4ng yang besar juga telah menghabiskan harta Dinasti Ming yang sudah sedia berkurangan. Empayar Ming bahkan tidak lagi mampu membiayai kos pertahanan menentang ancaman bangsa Jurchen. Jurche , yang kemudian mejenamakan bangsa mereka sebagai “Manchu,” memimpin angkatan tenter4 mereka dari ibu kota mereka di Shenjing (sekarang Shenyang) ke ibu kota Ming di Beijing setelah melancarkan pemberontakan besar, ser4ngan bertali arus serta keruntuhan moral dan integriti yang besar dalam pemerintahan Ming telah mendorong Maharaja Dinasti Ming yang terakhir untuk membvnuh diri. Bangsa Manchu berjaya menawan ibukota sebelum menubuhkan Empayar Da-Qing (Dinasti Qing) pada tahun 1644.

Di Jepun, kerugian besar juga telah mengecilkan kekuatan Toyotomi Hideyoshi.  Penerus atau pengganti kepada Hideyoshi, iaitu Toyotomi Hideyori, akhirnya digulingkan oleh Tokugawa Ieyasu, yang menubuhkan Tokugawa Bakufu (keshogunan) secara rasmi pada tahun 1603, hanya tiga tahun setelah dia mengalahkan pesaingnya dan bekas sekutunya dalam pertempvran Sekigahara dan hanya lima tahun setelah Toytomi Hideyoshi mengalami kegagalan di Semenanjung Korea.

Walaupun kesan dari Per4ng Imjinwaeran secara tidak sengaja membawa kepada isolasi dan kemerosotan bangsa Korea, per4ng ini memberi kesan yang lebih jauh. Ia bukan hanya menjadi pemangkin utama dalam membentuk perubahan yang akan mengubah landskap politik Asia Timur, tetapi ia juga menghalang Jepun dari awal membina kubunya di daratan benua di mana mereka mungkin berupaya memanfaatkannya untuk meluaskan sempadan ke seluruh Asia Timur, sekaligus memungkin mereka menjadi kuasa paling terkuat yang akan mencabar kuasa Sekutu semasa Per4ng Dunia Kedua. Namun kegagalan mereka berjaya mempertahankan  keseimbangan kuasa di rantau ini untuk beberapa abad akan datang.

RUJUKAN:

Stephen Turnbull, Wayne Reynolds : The F1ghting Ships Of The Far East.

Jacques Gernet, J.R. Foster, Charles Hartman: A History of Chinese Civilization.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.