Payung Bulgaria Yang Mampu Men3mb4kkan P3luru Ber4cun

542

Kita semua pasti pernah menggunakan payung terutama apabila hujan mulai turun ataupun kepanasan yang melampau demi melindungi diri kita daripada cuaca yang tak menentu ini. Namun, tahukah anda terdapat sejenis payung yang digunakan untuk mencederakan dan mendatangkan k3mat1an pada seseorang. Tidak, saya bukan berkata mengenai penggunaan payung yang digunakan untuk memukul orang sampai dIA m4ti, tetapi kaedahnya sedikit unorthodox dan unik jika difikirkan.

Gambar – 1843 Magazine

Pada tahun 1970-an, badan khusus daripada negara Bulgaria bernama Durjavna Agencia Razuznavane bekerjasama bersama satu badan khas daripada Russia yang bernama Komitet Gosudarstvennoy Bezopasnosti atau lebih kita kenali sebagai KGB mencipta sejenis senjata bernama Bulgarian Umbrella. Payung ini mempunyai keupayaan untuk menembak sejenis peluru yang mengandungi racun bernama ricin.

Sebelum itu, mari kita lihat sedikit mengenai sejenis racun bergelar ricin, yang mempunyai potensi untuk menyebabkan k3mat1an dalam masa beberapa hari. Racun ini berasal daripada minyak kastor yang dihasilkan melalui pemerahan kacang kastor ini. Antara kegunaannya dalam kehidupan masyarakat seharian kini adalah sebakai cecair brek dan hidraulik

Racun yang diperah daripada biji benih tumbuhan bernama Ricinus comunis ini bersifat toksik dan boleh membun**h seseorang itu dengan cara penyedutan (inhalation), sentuhan pada kulit, pemakanan (oral) dan juga suntikan. Dos yang perlu digunakan untuk menyuntik dan penyedutan ini adalah sekitar 22mcg/kg dan untuk oral adalah serendah 1 mg/kg. Terdapat perbezaan kerana asid yang dikeluarkan dalam perut mempunyai keupayaan untuk menyahaktifkan sedikit daripada racun ini.

Cara racun ini berfungsi adalah dengan cara penyahaktifan sintesis protein di dalam tubuh badan. Hal ini menyebabkan kesan racun ini amat perlahan di mana mangsa akan m4t1 pada masa 3 – 5 hari bergantung kepada dos dan cara diberikan. Anda jangan terkejut jika saya katakan minyak kastor juga digunakan untuk masakan, tetapi mengapa orang yang mengambilnya sihat walafiat pula? Hal ini adalah kerana racun ini dinyahaktifkan pada suhu 80 darjah celcius, dan kurang 5% ricin boleh didapati dalam minyak masakan.

Gambar – Truth Megasite

Georgi Markov, seorang journalist yang seringkali mengkritik pengerusi Bulgarian State Council bernama Todor Zhivkof mau7 dalam masa tiga hari selepas dia ditembak ketika menunggu bas di sebuah tempat bernama Waterloo Bridge di London. Dia ketika itu yang sedang menunggu bas langsung tidak perasan dia ditembak dan hasil postmortem menemui kesan merah yang kecil serta bukti kematiannya disebabkan oleh bahan bernama Ricin ini.

Kem4t1an Markov ini menyebabkan beberapa media lain menamakan senjata ini sebagai Markov Umbrella. Terdapat beberapa mangsa lain yang terkena tembakan ricin ini, namun selamat kerana mereka pantas mendapatkan bantuan perubatan memandangkan kesan racun ini amat perlahan.

Sudah pasti anda tertanya-tanya, bagaimana mereka berjaya menembak orang lain dalam jarak yang begitu dekat tanpa diperasan oleh orang lain? Hal ini adalah kerana rekaan senjata ini menggunakan mekanisma pneumatik, sama seperti air rifle/air gun yang bunyinya amat perlahan dan tidak diperasan oleh mangsa walaupun ditembak pada jarak dekat.

Jadi, jika anda terjumpa seseorang yang kata “Jangan kata abang tak payung’, anda perlu berhati-hati kerana takut-takut ‘payung’ yang dimaksudkan itu adalah payung Bulgaria.

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.