Paul Charles Morphy merupakan seorang tokoh besar dalam dunia catur. Lahir pada 22 Jun 1837, Morphy dilihat sebagai Juara Dunia Catur yang tidak rasmi, atas sebab yang akan diterangkan nanti.

Morphy lahir di New Orlens, Amerika. Keluarga Morphy adalah antara keluarga yang berpengaruh di situ, dengan bapa Morphy, Alonzo Michael Morphy, merupakan peguam utama di Louisiana. Mak Morphy juga dari golongan elit, jadi kehidupan di rumah Morphy adalah seputar catur dan muzik sebagai aktiviti mereka pada waktu lapang.

Paul Morphy tidak pernah mendapat pendidikan yang formal dalam catur. Dia tidak pernah diajar bermain catur oleh ahli keluarganya. Sebaliknya, Morphy mempelajari catur dengan melihat ayah dan pak ciknya bermain catur.

Menurut cerita, Morphy pernah melihat perlawanan catur antara mereka, dan pada waktu itu ayah dan pakciknya seri. Morphy, yang masih lagi kecil pada waktu itu, mengatakan bahawa pakciknya sepatutnya menang, menyusun semula buah catur dan menunjukkan urutan kemenangan pakciknya.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Termenganga semua orang dalam rumah itu.

Setelah dari itu, Morphy mula menunjukkan minat terhadap catur, dengan bermain catur secara aktif di kawasan tersebut. Morphy menang mudah, dan menjadi salah seorang ‘pemain handalan’ di New Orlens.

Pada usia 12 tahun, Morphy bertemu dengan seorang lawan yang kuat, iaitu Johann Löwenthal, salah seorang pemain catur professional berketurunan Yahudi. Pada asalanya Löwenthal tidak berminat untuk bermain dengan Morphy, namun kerana mengenangkan ayah Morphy yang berpengaruh, Löwenthal mengikut kehendak keluarga Morphy.

Löwenthal kalah dua kali dengan Morphy, dan seri satu (menurut cerita, Löwenthal sebenarnya kalah ketiga-tiga perlawanan). Löwenthal kemudiannya bermigrasi ke England, dan menjadi pemain catur professional di sana.

Dengan kemenangan kepada seorang pemain professional, Paul Charles Morphy diiktiraf sebagai prodigi catur dalam keluarganya.

Morphy kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa, seperti golongan elit yang lain, bersekolah sehinggalah Morphy berjaya mendapat ijazah sarjana (Master of Arts) pada tahun 1855. Morphy meneruskan pelajarannya dan mendapat Ijazah dalam bidang Undang-Undang (Legum Baccalaureus; LLB) pada tahun 1857.

Kau bayangkan betapa elitnya hidup Morphy. Dapat Master dan Ijazah Undang-Undang pada umur 20 tahun!

Morphy pada asalnya ingin menjadi peguam. Namun disebabkan dia masih lagi belum cukup umur untuk mempraktikkan ijazah undang-undangnya, maka Morphy mempunyai masa lapang yang agak panjang, dan dia kembali semula dalam arena catur.

Kejohanan catur pertama yang Morphy sertai adalah Kongres Catur Pertama Amerika. Dengan ajakan dari pakciknya, Morphy menyertai kejohanan ini, dan bakat Morphy mula mendapat perhatian orang ramai. Morphy mengalahkan kesemua lawannya, dan dia dijulang sebagai Juara Catur Amerika untuk tahun 1857.

Meskipun Morphy merupakan seorang juara di Amerika, lawannya bukanlah terdiri dari pemain catur yang kuat. Justeru Persatuan Catur Amerika Syarikat mula mencari pemain-pemain yang berbakat untuk menjadi lawan kepada juara baru mereka.

Mereka juga memanggil pemain dari benua lain, seperti Eropah dan Russia, untuk menentang Morphy. Bahkan juara dari Eropah, Howard Staunton turut diundang secara terus.

Masalah utama adalah, pemain dari Eropah tidak melihat perjalanan ke Amerika Syarikat itu sebagai sesuatu yang berbaloi. Morphy ingin berlawan dengan juara-juara kami? Maka persilakan datang ke mari.

Morphy kemudiannya bergerak menuju ke Eropah, dengan harapan mampu berlawan dengan Staunton dan pencatur-pencatur hebat yang lain. Antara pencatur yang pertama yang Morphy jumpa sewaktu di Eropah adalah Johann Löwenthal, pemain catur professional yang Morphy kalahkan.

Morphy bergerak ke serata Eropah. Dari England, dia bergerak ke Perancis, Jerman dan Russia, dan dia juga berjaya melawan ramai pemain catur yang kuat. Morphy mengalahkan mereka dengan amat mudah. Antara nama-nama besar yang menjadi makanan Morphy adalah Henry Bird (pengasas Bird Opening), Thomas Barnes (pemain catur utama British) dan La Bourdonnais (pemain catur utama Perancis).

Meskipun begitu, Howard Staunton kelihatannya cuba melarikan diri dari menghadapi Morphy. Perlawanan catur antara Staunton dan Morphy tidak pernah terjadi.

Setelah mengalahkan ramai pencatur-pencatur yang hebat, secara tidak rasmi, Morphy kemudiannya ditabalkan sebagai “Juara Dunia” di London. Sekembalinya Morphy di Amerika, Morphy menjadi selebriti masyarakat pada waktu itu, dengan pujian “Paul Morphy, si Juara Dunia”.

Setelah selesai pengembaraan Morphy, Morphy merasakan bahawa telah sampai masanya untuk dia memulakan kerjayanya sebagai seorang peguam dan mengakplikasikan apa yang telah dipelajarinya.

Hidup sebagai pemain catur professional pada zaman Morphy bukanlah sama seperti zaman sekarang. Zaman sekarang, pemain catur ditaja oleh jenama-jenama besar, namun pada zaman Morphy, pemain catur mencari makan dengan berjudi, dan keluarga Morphy, mempunyai nama yang agak terkenal, tidak begitu menyukai Morphy bekerja sedemikian rupa.

Sekembalinya Morphy di Amerika, dia mengumumkan bahawa dia bersara dari bermain catur secara professional. Sewaktu cuba untuk mengembangkan kariernya sebagai peguam, Amerika berada dalam Perang Sivil, dan hal ini sedikit sebanyak mengganggu kariernya.

Pernah sekali, diceritakan bahawa seorang klien enggan mendapatkan khidmat Morphy kerana dia “tidak mahu pemain catur dalam kesnya”. Melihat kepada kerjayanya yang tidak berjaya, Morphy bertuah kerana keluarganya kaya, dan dia menghabiskan sisa hidupnya dengan harta keluarganya, dan tidak pernah lagi bermain catur secara professional.

Pada 10 Julai 1884, sewaktu berumur 47 tahun, Paul Morphy meninggal dunia di rumahnya akibat stroke. Dia merupakan juara dunia, namun akhir hidupnya, dia bukan siapa-siapatanpa caturnya.

Antara perkara yang anda mungkin perlu tahu, sekiranya anda peminat catur adalah, Morphy banyak mengadakan Perlawanan Serentak (Simultaneous Match) dengan khalayak ramai. Selain itu, Morphy juga selalu berlawan dalam keadaan handicap, kadangkala tanpa kuda, bishop atau rooknya.

Morphy merupakan seorang pemain catur yang bermain dengan menggunakan gerak hati (impulsive playstyle). Gaya permainan Morphy adalah berbentuk berani dan open-board play, yang kadangkala dikenali sebagai Romantic Chess, stail permainan yang penuh dengan pengorbanan dan pergerakan yang aktif.

Kebanyakan Juara Dunia zaman sekarang turut mengakui kehebatan Morphy. Sebagai contoh, Bobby Fischer meletakkan Morphy sebagai antara Sepuluh Pemain Catur Terbaik Sepanjang Zaman. Garry Kasparov pula mengatakan bahawa Paul Morphy merupakan Bapa Catur Moden.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Salah satu ayat Morphy yang terkenal, yang menunjukkan bahawa Morphy sebenarnya berasa agak terkilan kerana mengenali catur dalam hidupnya, sebab kenapa Paul Charles Morphy merupakan “The Pride and Sorrow of Chess”:

“The ability to play chess is the sign of a gentleman. The ability to play chess well is the sign of a wasted life.” – Paul Morphy

P/s: Sekiranya anda tidak begitu mahir dalam catur, anda boleh menonton salah satu perlawanan catur Morphy yang terkenal, iaitu “The Opera Game”, salah satu perlawanan catur paling terkenal dalam sejarah.

Dalam perlawanan ini Morphy menunjukkan kebijaksaannya menentang dua orang pemain catur lain sambil sewaktu dia sedang menonton opera. Turut terjadi dalam perlawanan ini adalah Morphy mengorbankan Ratunya (Queen) untuk mendapatkan checkmate.

Link video –

RUJUKAN:

The Morphy Saga (Agadmator Youtube Channel) – https://www.youtube.com/watch?v=EV-bSA0RHGI…

“Paul Morphy, The Pride and Sorrow of Chess”, David Lawson, 1976.

“Fischer’s Top Ten” – https://web.archive.org/…/Chess/Trivia/Fishers10.html

“The Life and Chess of Paul Morphy” – http://www.edochess.ca/batgirl/index.html

“Paul Morphy Best Game” – https://www.chessgames.com/perl/chesscollection?cid=1015028


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Universe in a Nutshell, salah satu video yang membuka minda pemikir muda ini untuk mula meminati fizik. Setelah menamatkan pengajian di peringkat Sarjana, dia kini sedang berusaha untuk merakyatkan sains kepada pelajarnya dan masyarakat umum. Minat utamanya adalah fizik moden, termasuk relativiti dan teori kuantum, di samping falsafah, ekonomi dan tasawuf

Comments are closed.