Pada 1 Julai 2020, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengeluarkan kenyataan bahawa Mesyaurat Khas telah bersetuju untuk membuka semula Institusi Pengajian Tinggi (IPT) kepada pelajar tempatan dan antarabangsa.

Beliau turut menambah bahawa pembukaan IPT berserta prosedur operasi standard (SOP) akan diumumkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam masa yang terdekat. Dengan pengumuman itu, rata-rata penuntut menarik nafas lega kerana kesengsaraan belajar di rumah akan berakhir tidak lama lagi.

Majoriti penuntut ingin pulang ke kampus untuk melanjutkan pelajaran berbanding ingin meneruskan pembelajaran secara maya di kediaman masing-masing. Perkara ini kerana, selama lebih kurang tiga bulan ini, mereka telah mengalami pembelajaran secara maya dan merasakan langkah ini tidak begitu efektif

Sebilangan pelajar merasakan belajar di rumah tidak memberikan suasana untuk belajar tetapi lebih kepada suasana untuk berehat. Dengan tanggapan sebegitu, ia menyebabkan para pelajar tidak dapat memberikan fokus seratus peratus terhadap pelajaran mereka. Bahkan, ada yang menyertai kelas secara maya ini di atas katil yang kita semua tahu merupakan tempat untuk kita berehat

Para pensyarah juga turut merasakan kekangan mengajar secara maya kerana tidak dapat berinteraksi secara terus dengan para pelajar. Kadang-kadang masalah capaian internet juga menjadi penghalang buat mereka untuk menyampaikan ilmu. Dengan pembukaan IPT tidak lama lagi, para pelajar dan pensyarah dapat meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara lebih efektif seperti sedia kala.

Pengumuman ini turut memberikan nafas lega serta sinar kepada para pelajar yang mana bidangnya memerlukan amali di makmal dan sebagainya. Selama tiga bulan belajar secara maya, proses amali ini turut tidak ketinggalan untuk dilaksanakan secara maya. Para pelajar merasakan mereka tidak dapat pengalaman sebenar serta input yang jelas dengan hanya melakukannya di depan skrin komputer.

Tidak lupa juga, ada segelintir pelajar sudah tidak bersemangat untuk meneruskan pelajaran mereka secara maya dan berharap agar semester ini akan berakhir dengan segera. Mereka hilang minat kerana banyak kekangan yang perlu mereka hadapi seperti masalah capaian internet, masalah ketika proses PdP dan sebagainya. Mereka seperti acuh tidak acuh serta mengambil pendekatan untuk bersikap sambalewa terhadap tugasan yang diberikan yang menyusahkan banyak pihak.

Maka dengan alasan-alasan ini, majoriti penuntut IPT ingin dan berharap agar pembukaan IPT ini akan dilakukan dalam tempoh yang terdekat. Tetapi, jika kita telusuri di laman laman sosial terutamanya laman sosial Twitter, terdapat segelintir penuntut yang melahirkan rasa kurang senang dengan pengumuman itu.

Mereka mengatakan bahawa tindakan kerajaan amnya dan KPT khasnya yang tidak konsisten dengan polisi yang dikeluarkan bakal menyusahkan banyak pihak. Perkara ini kerana, pada awalnya kebanyakkan IPT mengeluarkan kenyataan bahawa penuntut bakal menghadapi pembelajaran secara maya dirumah sehingga akhir tahun ini. Di dalam kenyataan itu turut mengatakan bahawa universiti akan dibuka semula seawal awalnya pada bulan Januari tahun 2021.

Dengan kenyataan sebegitu, penuntut yang menyewa rumah di sekitar kawasan universiti telah melakukan pembatalan kontrak dengan pihak tuan rumah. Jika, pembukaan universiti dilaksanakan dalam tempoh yang terdekat, maka segelintir pelajar akan menghadapi masalah dari segi penginapan. Mereka perlu mencari semula tempat tinggal ataupun rumah sewa yang masih kosong di sekitar kampus mereka dalam tempoh yang pendek.

Tidak kurang juga, para pelajar telah menghabiskan wang mereka baru-baru ini kerana perlu kembali ke kampus untuk mengosongkan bilik mereka di asrama. Jika mereka tinggal berdekatan dengan kampus mungkin lah tidak rasa bebanan itu namun jika mereka berada jauh beratus kilometer dari kampus seperti pelajar dari Sabah dan Sarawak maka perkara ini amat membebankan.

Jika pembukaan dilakukan dalam tempoh kurang dari sebulan, maka mereka perlu mengeluarkan sejumlah wang yang banyak untuk pulang ke kampus kembali. Pihak IPT perlu memberikan ruang masa untuk para penuntut menstabilkan kembali kewangan mereka.

Dengan hujah-hujah di atas, saya secara peribadinya menyokong tindakan pihak KPT untuk membuka kembali Institusi Pengajian Tinggi diseluruh Malaysia. Jika anak kecil berumur setahun jagung dapat meneruskan pembelajaran mereka secara terus, mengapa penuntut IPT yang rata-rata berumur 18 tahun ke atas tidak dapat diberikan kelonggaran itu.

Namun, pihak yang berwajib perlu mendengar rintihan serta keluhan yang diutarakan oleh para penuntut ini. Pihak KPT perlu merangka satu jalan dan alternatif terbaik untuk membantu para pelajar yang menghadapi masalah masalah yang tertentu.

Diharapkan juga pihak KPT tidak menukar polisi dan mengeluarkan kenyataan saat akhir secara terburu-buru kerana perkara ini akan mendatangkan banyak masalah kepada pelbagai pihak. Tidak lupa juga, isu pengurangan yuran juga perlu diselesaikan dengan segera kerana semester baharu bakal bermula tidak lama lagi. Tempoh yang paling tepat untuk membuka kembali IPT adalah ketika semester baharu bermula iaitu sekitar bulan Oktober.

Salam Berilmu Untuk Berjasa dan Berbakti

#KitaJagaKita

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Jangan hirau warna bendera, Kerana itu penyebab huru hara, Jangan kisah pengikut siapa, Asalkan dia pembela bangsa. Hairul Faizi bin Hairulnizam merupakan seorang anak muda yang berusia 19 tahun. Meminati bidang penulisan yang berkaitan dengan fakta dan sejarah. Berpegang teguh kepada semangat berilmu untuk berjasa digarapkan sekali dengan misi untuk mendidik bangsa. Bercita cita untuk membawa aura penulisan yang lebih menarik untuk menambat hati anak muda . Di barisan hadapan sebagai pembela, Ilmu di dada menabur jasa, Semakin memuncak cita-cita, Semakin tunduk pada yang Esa.

Comments are closed.