“Jika empat tahun dua hari dahulu saya pergi bertungkat untuk menyampaikan ucapan saya, hari ini saya datang dengan menaiki ambulans.

Walau pun akibat beberapa pembedahan, saya telah kehilangan suara sebanyak dua kali dan hanya sebelah pita suara sahaja yang masih berfungsi, di luar dugaan para doctor, Allah s.w.t telah memberi balik suara saya, antara lain, saya percaya, untuk membolehkan saya menyampaikan ucapan ini.

Maka, dengan izin Alah s.w.t. saya menyampaikan ucapan ini dengan suara saya yang ketiga, demi agama, bangsa dan negara.

Perjuangan kita masih belum selesai. Ada beberapa konvensyen lagi yang perlu diberi perhatian.

Insya Allah, selagi tenaga untuk memegang Ipad masih ada, selagi terdaya untuk berfikir, walau pun sambil melentang, saya akan menulis mengenainya untuk membantu tuan-tuan dan puan-puan memahaminya, seperi yang saya telah lakukan berkenaan ICERD ini dan lain-lain sebelumnya.” 

Tun Abdul Hamid,
Bekas Ketua Hakim Negara,
25/11/2018,
Kongres Tolak ICERD.

Gambar ini diambil selepas Tun Hamid memberi ceramah atas kerusi roda. Beliau tidak dapat duduk lama dan perlu baring. Beliau datang pun dengan ambulans. Beliau menceritakan tadi bahawa beliau sudah menjalani pembedahan sebanyak 6 kali tetapi semua melibatkan bahagian badan di bawah kepalanya.

Beliau berkata selagi mana Allah memberi dia kemampuan berfikir bersuara dan menulis beliau akan tetap terus berjuang. Bahkan beliau berkongsi pernah kehilangan suaranya beberapa kali sebelum ini, namun diberikan semula suara buat kali ketiga dan beliau beranggapan suara itu dikurniakan semula kepadanya untuk beliau bersuara dalam isu ICERD ini.

Sebak melihat hebatnya semangat perjuangan Tun Abdul Hamid, mantan ketua hakim negara kita. Beliau datang dengan ambulans, sanggup berucap di atas pentas demi menyedarkan anak bangsa tentang bahaya ICERD, lalu beliau pun pulang dalam keadaan berambulans.

Kalau dalam sebegini sakit pun, beliau gagah untuk berjuang, maka betulah kata pepatah orang Melayu kita iaitu “patah sayap , bertongkat paruh jua ke mari.” Biar patah tongkat, biar kaki tidak mampu berdiri, dengan katil ambulans juga beliau gagah ke mari.

Tanya pada diri kita yang sihat walfiat ini, kalau beliau dalam segering ini juga berjuang, apa yang kita lakukan selepas melihat agama, bangsa dan negara kita sedang diratah oleh puak sana?

Kata-kata yang perlu disematkan oleh kita anak Melayu selepas kemenangan pertempuran pertama kita melawan ICERD:

“Kita mungkin memenangi satu pertempuran, tetapi belum lagi peperangan.” – Tun Abdul Hamid 

Jangan berhenti berjuang, teruskan julang agama, bangsa dan negara kita ke tempat tertinggi!

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Comments are closed.