DI zaman moden ini, passport antarabangsa adalah salah satu daripada dokumen penting sekiranya seseorang itu hendak ke luar negara.  Tanpanya tiada sesiapa yang boleh menyinggah ke negara oranglain di seluruh dunia.

Itu ceritanya zaman sekarang yang mana manusia semakin jelas akan hak-hak mereka sebagai warganegara.  Dalam pada itu mungkin ramai tidak mengetahui bahawa ketika Sarawak dibawah pemerintahan hampir 100 tahun dinasti keluarga Brooke juga turut mempunyai sistem imigresen yang sistematik iaitu dengan mengeluarkan passport antarabangsa untuk rakyatnya.  Namun pada masa itu, penggunaan passport digunapakai berdasarkan kepada kaum yang ada di Sarawak.

Menurut sejarahnya penggunaan passport ketika era Sarawak Kingdom adalah yang pertama kalinya dikeluarkan untuk masyarakat dayak di Sarawak dengan bernombor siri 001 adalah untuk seorang anak Iban yang bernama Epeh anak Garang pada tanggal 12 Julai 1928. Beliau yang berasal dari Rumah Mugoh, Lamanak, Simanggang menurut ceritanya telah dihantar oleh pejabat pentadbiran Sarawak Kingdom untuk bertugas sebagai pasukan pengukur tanah di Colonial Survey Section di Johor Bharu, Johor.

Jika sekarang keperluan untuk mendapatkan passport hanya dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen namun suatu waktu dahulu passport Sarawak Kingdom dikeluarkan oleh Pejabat Daerah Kuching dengan bayaran sebanyak $5 sahaja.  Dan adalah dipercayai pasport ini juga perlu diperbaharui sepertimana passport yang kita gunapakai sekarang.

-HB-

#KamekSayangSarawakBah!

Rujukan:

  1. CSO/2/7 Pasport subject application and renewal in Brooke Record Sarawak Gazette.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Memartabatkan sejarah Sarawak dan Borneo agar mampu diketahui sebaik mungkin oleh masyarakat Malaysia merupakan visi dan misi yang utama di dalam penulisannya. Seorang jurutera automatif yang terjun ke dunia penulisan bagi memvariasikan kebolehan dirinya.

Comments are closed.