Imaginasi manusia kadangkala tiada batasan. Semua perkara perlu dibayangkan, dengan pelbagai jenis persoalan mesti ada jawapan. Ada yang tertanya-tanya: berapa banyak spesis hidup di seluruh dunia?

Setelah selongkar ilmu sains, barulah dapat jawapan. Rupanya Bumi didiami 8.7 juta spesis, jelas sekali begitu banyak.

Tetapi apakah sains mampu jawab soalan antara pasir di Bumi dan bintang di langit? Cuba bayangkan: mana satu lagi banyak?

Selalunya golongan yang menikmati keindahan di tepi pantai pada waktu malam saja akan terbayang soalan luar biasa sebegini. Sementara kaki mencungkil pasir, mata pula berkilauan dalam kerdipan bintang.

Dalam menunggu musim Perintah Kawalan Pergerakan ini, mungkin ramai berminat untuk mengetahui jawapan… kerana sains sudah menjawab.

Seorang pakar sains bernama David Blatner telah menulis buku Spectrums yang mengupas tentang kegigihan sekumpulan penyelidik daripada Universiti Hawaii. Mereka terlalu suka pada pantai sampai sanggup mengira setiap butir pasir.

Dengan menggunakan satu sudu teh, mereka cuba mendapatkan satu angka sebagai purata saiz. Contohnya, satu sudu teh pasir dikira saiz setiap butir. Kemudian semua saiz ini dibahagikan dengan jumlah butir pasir.

Bagaimana Pasir Terhasil

Pasir ialah sumber yang sangat penting dalam sejarah peradaban manusia. Inilah sumber bagi projek pembangunan piramid-piramid agung yang sabar merentasi laluan masa.

Golongan hamba yang rela mencurahkan peluh di bawah panas matahari ibaratkan diludah pada muka, kerana ramai dalam kalangan manusia hari ini percaya bahawa piramid dibina makhluk asing.

Bukan mudah untuk angkut pasir hingga menjadi mercu mewah. Pasir yang serba halus lagi banyak sebenarnya tidak begitu dihargai sebagai sumber alam.

Sebenarnya pasir terbentuk secara semulajadi melalui satu proses yang memakan masa sangat lama. Setiap butir yang berhinggapan pada kulit ketika berbaring di tepi pantai itu ialah saksi alam ini.

Bak kata pakar alam sekitar Rachel Carson, setiap butir pasir ialah kisah Bumi yang indah ini. Kerana pasir mempunyai banyak asal-usul.

Antaranya ialah batu. Dalam tempoh ribuan hingga jutaan tahun, batu akan terh-akis sendiri oleh kerana cuaca dan hujan. Hak-isan-haki-san ini secara perlahan tiba di laut. Sungai menjadi perantara terbaik dengan pantai.

Sekalipun sesuatu batu terletak 1,000 kilometer jauh daripada laut terdekat, pasir ini tetap akan sampai jua. Tiba di laut, proses belum selesai. Faktor pasang surut dan ombak menyambung proses ha-kisan hinggalah menjadi pasir.

Warna menceritakan asal-usul setiap pasir. Hitam selalunya berasal daripada bahan gunung berapi seperti basalt atau lava.

Kerdipan Bintang Melalui Cahaya

Seperti pasir menjadi saksi di Bumi, bintang pula menatap daripada langit. Tidak kira 1,000 tahun akan datang, atau sejuta tahun lalu, bintang dan pasir bersilih ganti.

Cuma bintang yang dilihat pada permukaan langit hanyalah cahaya merentasi masa. Proxima Centauri contohnya ialah bintang paling hampir dengan Matahari, terletak 40.2 trilion kilometer yang mustahil dengan teknologi semasa.

Proxima Centauri mengeluarkan cahaya merah yang bergerak laju. Sekalipun laju, cahaya tersebut memerlukan 4.2 tahun untuk merentasi jarak 40.2 trilion kilometer.

Bermakna Proxima Centauri terletak 4.2 tahun cahaya jauh daripada Bumi. Jika bintang paling hampir sudah begini jauh, bagaimana pula dengan bintang paling jauh?

Memperkenalkan Icarus yang ditemui Teleskop Hubble… terletak sembilan bilion tahun cahaya daripada Bumi. Bermakna cahaya malapnya memerlukan sembilan bilion tahun untuk tiba.

Kebanyakan bintang menyala selama 1 hingga 10 bilion tahun. Bermakna ada kebarangkalian yang Icarus sudah tiada di tempatnya (cuma cahayanya masih sampai ke Bumi). Contohnya jika kelmarin Icarus lenyap, manusia perlu tunggu sembilan bilion tahun lagi untuk tahu.

Jawapan Persoalan Pasir dan Bintang

Menggunakan purata yang dibuat, saintis sekadar menggandakan dengan jumlah pantai dan padang pasir di Bumi. Jawapannya, secara kasar, Bumi mempunyai 7,500,000,000,000,000,000 butir pasir (7.5 quintilion).

Bintang di langit mungkin dalam lingkungan beberapa ribu sahaja. Jadi pasir menanglah, bukan? Salah. Bukan semua bintang dapat dilihat di langit.

Alam Semesta mempunyai terlalu banyak galaksi sana sini – menggunakan Teleskop Hubble dan kalkulator, saintis mendapati bahawa Alam Semesta secara kasar sebenarnya… tidak terhitung.

Berdasarkan kiraan matematik, bintang di langit sebenarnya 70,000,000,000,000,000,000:

7,500,000,000,000,000,000

70,000,000,000,000,000,000

Jadi senang kata, bintang menanglah.

Lebih menarik perhatian, Blatner mengatakan jumlah bintang di langit sebenarnya sama dengan jumlah molekul dalam 10 titisan air. Jadi persoalan sekarang, siapa lagi banyakantara molekul air dan bintang?

RUJUKAN:

Business Standard. (2019, Oktober 14). Nasa’s Hubble telescope captures image of Icarus, farthest star ever seen.

Krulwich, R. (2012, September 17). Which is greater, the number of sand grains on Earth or Stars in the Sky? NPR.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.