Pasca-ICERD: Jangan Menang Sorak, Kampung Tergadai

26

Saya menyambut baik kenyataan media dari Jabatan Perdana Menteri dalam isu Ratifikasi ICERD, tetapi saya tidak mahu memuji mereka atas keputusan yang muncul secara tiba-tiba ini.

Saya meminta sahabat-sahabat meneliti semula terlebih dahulu makna perenggan ini daripada kenyataan media Jabatan Perdana Menteri itu :

“Kerajaan Pakatan Harapan tidak akan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Diskriminasi Kaum. Kerajaan akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dimana didalamnya termaktub kontrak sosial yang telah dipersetujui wakil semua kaum semasa pembentukan negara ini.”

Maka betulah agenda Ratifikasi ICERD ini memang melanggar perlembagaan persekutuan? Tidakkah itu maksudnya? Ini secara tidak langsung memperakui bahawa kebangkitan rakyat menentang dan membantah ICERD adalah SATU KEBENARAN!

Yang dipuji seharusnya rakyat yang ikhlas bangkit menyuarakan bantahan dalam hal ini, dan mereka adalah sebenar-benarnya Pejuang yang mempertahankan negara. (Terima kasih sahabat-sahabat semua bersama menentang ICERD ini!)

Sebaliknya,

Mereka yang memperjuangkan ICERD ini adalah pengkhianat negara. Bukankah itu mesej yang disampaikan disebalik makna prosa ayatnya? yang terang-terangan melanggar Perlembagaan Negara!

Maka,

Dengan ini SAYA sebagai rakyat Malaysia anak Melayu jati tanah tumpah darah ini berpendirian, bersama dengan TUNTUTAN bahawa tindakan-tindakan berikut hendaklah diambil merujuk dari kenyataan media tersebut :

1. Tindakan tegas hendaklah diambil terhadap kumpulan ‘pengkhianat negara’ yang telah membawa usul memperjuangkan Ratifikasi ICERD ini. Bahkan ratusan Laporan Polis telah dibuat memohon dibuka siasatan.

2. Pelaku-pelaku pengkhianatan ini hendaklah didakwa. Pendakwaan hendaklah dijalankan dan terus dibawa ke Mahkamah untuk perbicaraan. Bukankah bukti-bukti sudah banyak menerusi kenyataan akhbar, dan juga di Parlimen kumpulan pengkhianat negara itu berkata-kata?

3. Satu pengisytiharan hendaklah ditandatangani oleh semua pemimpin parti politik di Parlimen dan bersetuju bahawa isu ICERD ini hendaklah DITUTUP buat selama-lamanya, dengan makna Malaysia MENOLAK cadangan agenda dari PBB ini.

Dan akhir sekali,

4. MENGEMBALIKAN KUASA YDP AGONG dan MAJLIS RAJA-RAJA MELAYU yang telah dipinda seperti berikut :

4.1 Perkara 66 berkenaan kuasa perkenan oleh YDP Agong dan Yang DiPertuan Negeri (YDPN) ke atas Rang Undang-Undang (RUU) yang diluluskan oleh Dewan Rakyat bagi Perlembagaan Persekutuan, dan Dewan Undangan Negeri bagi Perlembagaan Negeri.

4.2 Perkara 150 berkenaan dengan Perisytiharan Darurat, ia kekal dibawah kuasa YDP Agong untuk mengisytiharkannya bersama Majlis Raja-Raja Melayu, TANPA PERLU nasihat kabinet.

Untuk makluman, sebelum krisis 1983, segala RUU yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat akan dipersembahkan untuk mendapat perkenan daripada YDP Agong. Jika YDP Agong tidak memberi perkenan, maka RUU tersebut nyata tidak sah.

Ini kerana menurut Perkara 38(4)2 yang menyebut bahawa sebarang pindaan mengenai kedudukan Raja-Raja Melayu mestilah mendapat persetujuan daripada Majlis Raja-Raja Melayu terlebih dahulu. Ini kerana kedua-dua pindaan tersebut ada kaitan dengan kedudukan Raja-Raja Melayu.

Ini bertepatan dengan gesaan Sultan Ibrahim Iskandar dari Johor pada 16 Mei 2016, 33 tahun kemudian yang mendesak supaya kerajaan MENARIK BALIK PINDAAN TIGA DEKAD lalu ke atas Perlembagaan Malaysia yang menghapuskan kuasa veto Raja-Raja Melayu terhadap undang-undang dan kekebalan undang-undang mereka.

Dalam titah ucapan baginda :

“Tidak wajar mengehadkan atau menghapuskan kuasa Raja atau Sultan dalam memeriksa dan memberi Perkenan Diraja bagi undang-undang. Ini hanya mengurangkan peranan Raja dan Sultan sebagai pak turut semata-mata untuk mengesahkan undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN),” titahnya ketika merasmikan Persidangan Speaker Parlimen dan DUN Malaysia 2016 di Johor Baru pada Sabtu (7 Mei).

https://www.google.com/…/sultan-johor-mahu-kuasa-raja-dikem…

KESIMPULANNYA

Walaupun Tun Mahathir telah menyatakan kononnya pindaan ini bukanlah bertujuan untuk menghapuskan Perlembagaan yang mencakup Hak Keistimewaan orang Melayu, tetapi pada jangka masa panjang Tun Mahathir telah memberi banyak ruang kepada ‘mereka-mereka’ yang mempunyai agenda untuk menulis semula Perlembagaan Malaysia dalam menjayakan agenda jahat konsep Malaysian Malaysia.

Konsep Malaysian Malaysia tajaan dan merupakan wawasan DAP jelas menentang sistem Raja Berperlembagaan, pembahagian masyarakat antara Bumiputera dan bukan Bumiputera, Hak Keistimewaan Orang-orang Melayu, Islam sebagai agama persekutuan dan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. DAN SEKARANG AGENDA JAHAT RATIFIKASI ICERD INI PULA!!

Dengan perkembangan isu Ratifikasi ICERD ini berlaku, tidak mustahil sistem Raja Berperlembagaan BAKAL TERHAPUS perlahan-lahan secara halus, disebabkan tindakan oleh golongan seperti ini.

Tempoh perkenan YDPA selama 30 hari boleh dimanipulasikan oleh kumpulan berkepentingan ini untuk menulis semula Perlembagaan Malaysia yang baharu sebagai undang-undang negara tanpa sekatan dari YDP Agong. Bahkan boleh memanipulasi kuasa YDP Agong dalam pengisytiharan darurat!

Ingatlah!

Negara ini adalah negara berbilang kaum dan agama, namun pemerintahan negara ini WAJIB KEKAL bertunjangkan Melayu dan Islam, serta berpayung di bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda YDP Agong, dan Raja-Raja Melayu!

YDP Agong dan Raja-Raja Melayu adalah benteng terakhir bangsa Melayu dan agama Islam di negara ini. Dengan hilangnya sistem Raja Berperlembagaan, maka hilanglah ‘Hak Keistimewaan orang Melayu, Bumiputra Sabah dan Sarawak’ serta ‘Islam sebagai agama persekutuan’ seperti di dalam Perlembagaan Persekutuan, dan ICERD ini adalah PEMBUNUHNYA!

Inilah usaha halus disebalik isu Ratifikasi ICERD ini cuba diketengahkan oleh kumpulan pengkhianat negara ini.

Sesungguhnya… PENENTANGAN terhadap Ratifikasi ICERD oleh sebahagian besar jutaan orang-orang Melayu WAJIBLAH DITERUSKAN selagi TUNTUTAN dalam perkara 1, 2, 3, 4(1) dan 4(2) tidak dilaksanakan.

Kita orang-orang Melayu tunjang negara Malaysia ini boleh menganggap bahawa Kenyataan Media ini adalah satu kejayaan kecil sahaja.

Ingatlah!

Jangan sesekali kita mudah bersikap “ibarat menang sorak kampung tergadai”. Baru baca kenyataan media ini kita dah happy anggap kita sudah menang!

Sekali tertipu, janganlah ditipu berkali-kali lagi!

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

لاَ يُلْدَغُ الْمُؤْمِنُ مِنْ جُحْرٍ وَاحِدٍ مَرَّتَيْنِ

“Tidak selayaknya seorang mukmin dipatuk ular dari lubang yang sama sebanyak dua kali.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Cukuplah retorik banyak sembang yang sudah banyak kali berlaku dengan aksi U-Turn 360° kebelakangan ini!

#SuaraHati
#HadirSokongTeruskan
#PerhimpunanAman8Disember
#TolakICERD
#BantahICERD
#MelayuBangkit
#RajaRajaBangkit
#SelamatkanIslamMelayuTanahair
#SelamatkanMalaysia
#AkhirZaman

Artikel kredit kepada Sahruddin Esa

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.