Di dalam sejarah politik seorang negarawan bernama Mahathir Mohammad, beliau memang diketahui permainan liciknya di dalam politik hinggalah ke hari ini. Beliau memang diketahui amat mudah untuk menewaskan lawannya. Tetapi, ada satu parti yang beliau amat takuti. Bukan PKR, PAS ataupun DAP. Tetapi, Semangat 46 yang diasaskan oleh Yang Mulia Tengku Razaleigh Hamzah.

Penubuhan Parti Semangat 46 ataupun S46 bermula pasca pemilihan Presiden UMNO pada tahun 1987. Pertembungan pemilihan tersebut terbahagi kepada dua kem, iaitu kem A dan B.

Team A  diterajui oleh Dr. Mahathir Mohammad, Ghaffar Baba, Anwar Ibrahim, Najib Tun Razak, Sanusi Junid, Mohammad Rahmat dan lain-lain manakala Sementara itu Team B dikepalai oleh Musa Hitam dan Tengku Razaleigh, serta mandapat dokongan kuat dari Shahrir Samad, Abdullah Badawi, Ajib Ahmad, Rais Yatim, Harun Idris, Marina Yusuf, Othman Saat, Radzi Sheikh Ahmad dan banyak lagi.

Keputusan pertandingan tersebut menyaksikan hanya Abdullah Badawi sahaja berjaya memenangi jawatan Naib Jawatan dan Tengku Razaleigh tewas tipis dengan 43 undi walaupun beliau menang dari segi moral. Penyokong-penyokong Tengku Razaleigh berasa susah hati tentang pemilihan ini yang mereka berkeras mengatakan telah dimanipulasi.

Mahathir membuat kemarahan mereka bertambah buruk apabila beliau menyingkirkan semua ahli Pasukan B daripada Kabinetnya. Oleh itu, 12 orang ahli UMNO mengemukakan tuntutan mahkamah di Mahkamah Tinggi untuk memperoleh perintah mahkamah yang mengisytiharkan bahawa keputusan pemilihan tidak sah supaya dapat mengadakan pemilihan yang baru.

Plaintif-plaintif itu mendakwa bahawa 78 orang wakil telah dipilih daripada cawangan-cawangan yang tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan dan oleh itu, tidak layak mengundi. Mereka juga mendakwa bahawa beberapa dokumen mengenai pemilihan itu telah “diubah”. Walaupun Razaleigh bukannya antara kedua belas plaintif itu, beliau dipercayai secara meluas sebagai pembiaya dan penyelaras tuntutan mahkamah ini.

Setelah melalui proses mahkamah, mahkamah mengisytiharkan pengharaman Parti UMNO. Tidak lama kemudian, Dr. Mahathir mengumumkan pendaftaran UMNO Baru. Kepimpinan UMNO Baru hampir terdiri pada keseluruhannya daripada ahli-ahli Pasukan A yang kemudian memulakan pemindahan aset UMNO “lama” ke UMNO baru dalam bulan-bulan yang berikut.

Berikut dari peristiwa itulah menyaksikan bahawa tertubuhnya Parti Semangat 46 yang diasaskan oleh kumpulan Team B. Parti ini mendapat sokongan padu daripada kedua-dua bekas Presiden UMNO LAMA yakni, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan Tun Hussien Onn.

Kedua-dua bekas Perdana Menteri Malaysia ini telah menggunakan daya inisatif mereka untuk cuba menubuhkan parti baru yang bernama ‘UMNO MALAYSIA’ bagi menggantikan UMNO LAMA. Namun tidak diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran. Lalu kedua-duanya menyertai kem Tengku Razaleigh.

Pada 5 Mei 1989, secara rasmi parti ini ditubuhkan dan pada 12 Oktober 1989, Mesyuarat Agung Pertama berlangsung dan dirasmikan oleh bekas Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Pilihanraya Umum 1990 menjadi ujian pertama buat parti yang baru ditubuhkan ini. S46 telah membentuk sebuah kerjasama dengan PAS dan dinamakan sebagai Angkatan Perpaduan Ummah.

Sementara disatu pihak lain Semangat 46 menubuhkan juga GAGASAN RAKYAT yang terdiri daripada DAP, PRM, Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Barisan Progresif India (IPF). Inilah idea permulaan yang seterusnya ditiru kembali oleh Anwar Ibrahim untuk menggabungkan parti-parti pembangkang bagi menubuhkan Barisan Alternatif yang akhirnya bertukar menjadi Pakatan Rakyat. Cetusan idea asalnya adalah daripada Ku Li dan ini memang menjadi satu catatan terpenting bagi sejarah Politik Malaysia Moden. Kekuatan Bapa Ekonomi Malaysia ini mampu menyatu padukan gabungan pembangkang.

Di dalam pilihanraya Umum tersebut, APU telah berjaya menewaskan UMNO di Kelantan. Lebih manis, ia juga menandakan pengakhiran bagi UMNO yang telah berkuasa di Kelantan sejak 1978. Walaubagaimanapun, pengaruh S46 hanya tertumpu di Kelantan dan menyaksikan sokongan terhadap mereka merosot di dalam pilihanraya seterusnya walaupun mereka berjaya mengekalkan penguasaan di Kelantan.

Ramai yang tidak mengetahui, mereka yang terlibat di dalam  S46 ini tidak pernah sekali sekali meninggalkan UMNO. Oleh sebab itu, atas nama bangsa Melayu dan perjuangannya, parti ini telah dibubarkan selepas Mesyuarat Agungnya di Hilton Hotel, Petaling Jaya pada 1996. Kebanyakan pemimpin mereka ini pulang semula ke pangkuan UMNO dan kali ini mereka lebih berhati-hati dengan permainan licik Sang Presiden.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Titanic - Politik - Filem Klasik

Comments are closed.