Negara-negara di Amerika Selatan sememangnya nasib mereka seperti jatuh ditimpa tangga. Sudahlah ditimpa bencana covid-19 sejak awal tahun lalu, baru-baru ini, negara Amerika Selatan juga terkena badai taufan yang melanda sesetengah negara itu.

Sebagaimana yang kita tahu, wabak covid-19 sememangnya menimbulkan kesulitan bagi semua negara. Menjelang hujung tahun ini juga, negara-negara perlu membentangkan bajet untuk merangsang ekonomi dan mengekang pandemik ini.

Namun, tidak semua bajet yang dibentangkan oleh kerajaan negara masing-masing berpuas hati, malah mereka sanggup memb4k4r bangunan parlimen mereka sebagai tanda protes. Mengapakah ini terjadi?

Protes ini terjadi setelah mereka mendapat tahu bahawa ahli-ahli parlimen negara itu meluluskan perbelanjaan makanan dan kesihatan semasa era covid ini bagi diri mereka sebanyak 65 000 US Dollar. Ini menimbulkan kemarahan mereka apabila ahli parlimen dengan senang mendapat peruntukan, tapi rakyat sendiri sengsara.

Pada masa yang sama, pemotongan bajet bagi rawatan Covid-19 dan hak asasi manusia juga menambahkan lagi kemarahan mereka. Oleh itu, pada Jumaat lepas, rakyat Guatemala telah berhimpun di perkarangan Parlimen mereka dan bertindak untuk membakar Parlimen mereka.

Rakyat Guatemala yang berhimpun kerana tidak bersetuju dengan bajet yang dibentangkan oleh negara itu.

Rakyat juga mendesak agar Presiden Guatemala, Allejandro Giammatei untuk meletakkan jawatan. Giammatei yang menjawat jawatan Presiden sejak Januari lalu berkata bahawa beliau akan berjanji untuk menghapuskan rasuah dan mengekang wabak Covid-19 ini. Namun, lain yang terjadi, rasuah makin berleluasa dan wabak covid-19 semakin merebak di negara itu.

Setakat 25 Oktober 2020, Guatemala telah mencatatkan 119 349 kes sejak awal tahun lalu. Guatemala juga berada di kedudukan 55 di dalam senarai negara yang diser4ng wabak Covid-19 di hadapan negara-negara Amerika Latin yang lain seperti Haiti, Honduras, Venezuela dan Paraguay.

Tindakan Presiden Giammatei yang meluluskan bajet yang begitu kontroversi ini juga turut dikecam oleh timbalannya sendiri, Guillermo Castillo Reyes. Reyes juga turut mendesak agar Presiden Giammatei untuk meletakkan jawatannya. Pada masa yang sama, Reyes juga mengatakan beliau akan meletakkan jawatannya sebagai Timbalan Presiden sebagai tanda protes.

Berhubung dengan keb4k4ran tersebut, Giammatei berkata di dalam ciapannya bahawa beliau akan menangkap sesiapa sahaja yang terlibat di dalam insiden ini dan akan dikenakan hvkvman berat.

Bangunan Parlimen Guatemala yang sedang terbakar.

Kenyataan Giammatei ini seakan-akan menuangkan minyak ke dalam api. Selain rakyat, ketua Agama Kristian Roman Katolik Guatemala juga turut mempertahankan rakyat dan mengecam tindakan Giammatei.

Malah, sebuah ketua agensi hak asasi manusia di Guatemala juga berkata, protes ini ditujukan kepada kerajaan yang korup dan zalim. Beliau berkata lagi, kerajaan yang ada pada ketika ini tidak memikirkan mengenai permasalahan rakyat terutama di dalam wabak covid-19 ini.

RUJUKAN:

Protesters set fire to Guatemala’s Congress building. (2020, November 21). Retrieved November 24, 2020, from https://www.theguardian.com/uk-news/2020/nov/21/protesters-bVrn-part-of-guatemalas-congress-building


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Titanic - Politik - Filem Klasik

Comments are closed.