Sampai hari ini tak boleh hilang ketawa lepas baca coretan Sherard Osborn berkenaan pontianak. Pontianak disangka pari-pari baik?! Sama ada beliau mengambil terlalu banyak candu pada malam itu atau masih sukar mempercayai apa yang dilihatnya itu benar-benar berlaku. Bagi orang Slavik pula, mereka percaya tentang kewujudan sejenis pari-pari yang dipanggil vila.

Sekali pandang, vila nampak tak merbahaya dan lawa depan mata. Tetapi jangan terpedaya dengan kecantikan makhluk ini seperti yang berlaku kepada Osborn. Ini kerana makhluk mitologi ini mempunyai hubungan suka-benci dengan manusia. Ada ketikanya, ia mampu membunuh orang atau memusnahkan tanaman pertanian. Tetapi ada kalanya, ia membantu manusia terutama pahlawan dalam mendapatkan objek-objek ajaib.

Vila mempunyai banyak nama bergantung kepada wilayah orang Slav mana yang dirujuk. Di Poland, ia dipanggil dengan nama wila. Manakala bagi orang Bulgaria pula, terdapat banyak gelaran yang diberi iaitu  diva, juda, samovila, samodiva dan samojuda. Sementara orang Czech pula menggelar vila sebagai divozenka.

Yang pasti, dalam kebanyakan legenda vila, wanita-wanita yang menjadi pari-pari ini dikatakan mempunyai masa silam yang buruk. Kebanyakan wanita yang menjadi vila ini ialah wanita yang tidak sempat berkahwin atau tidak sempat menjalani proses pembaptisan sebelum mati. Jadi, kononnya sebagai balasan untuk mereka yang gagal berkahwin atau mengikut ajaran gereja, roh-roh wanita ini ditukar menjadi vila dan mereka berlegar antara dunia nyata dengan alam barzakh.

Peminat kisah-kisah mistik dipelawa membeli buku MISTIK ALAM MELAYU melalui:
https://shopee.com.my/The-Patriots-Mistik-Alam-Melayu-i.238336777.6038256542

Kebanyakan maklumat tentang vila ini datangnya daripada cerita pendek dan sajak-sajak Slavik dan Poland. Kebanyakan semua karya sastera ini berkongsi mesej yang sama kepada para pembaca mereka: hati-hati dengan vila atau padah menanti mereka.

Ini disebabkan perihal vila ini sama dengan satu lagi makhluk mitologi era Yunani, siren. Siren ialah makhluk yang menyerupai wanita-wanita cantik dan menggoda sasaran mereka yang berada di atas kapal dengan nyanyian dan bunyi muzik agar kapal mereka karam. Sementara vila pula menggoda lelaki muda untuk menari dalam bulatan sehingga sasaran mereka itu mati akibat keletihan.

Jika tidak menggoda sasaran mereka untuk menari, vila akan bertindak menculik kanak-kanak dan menggantikannya dengan makhluk halus lain yang dipanggil changeling. Changeling merupakan sejenis pari-pari menyerupai manusia yang ditinggalkan dengan pasangan manusia sebagai tukaran kepada kanak-kanak yang diculik dan dibawa ke dunia makhluk halus.

Vila mampu menculik bayi atau kanak-kanak dan menggantikannya dengan sejenis makhluk halus lain yang dipanggil changeling.

Disebabkan tempat tinggal mereka ialah kawasan gunung-ganang dan hutan belantara, vila digambarkan sebagai makhluk yang suka bersendirian dengan pakaian berupa jubah yang mampu meniup udara dan dilitupi dengan kain. Tetapi dalam sesetengah penampilannya, vila juga tampil di hadapan mangsanya dalam keadaan tanpa seurat benang sama ada bagi meraih simpati atau menaikkan nafsu lelaki yang melihatnya.

Vila dianggap berbeza dengan pari-pari dalam banyak segi. Pertama, pari-pari sebenar lebih suka bermain-main dengan manusia termasuk ‘meminjam’ barang mereka sebelum memulangkannya di tempat yang ganjil. Tetapi bagi vila, makhluk ini lebih suka memaksa manusia menjadikannya sebagai pasangan atau untuk balas dendam. Dan bila makhluk ini naik angin, ia mampu menghasilkan ribut kuat yang menghancurkan semua musuh mereka.

Vila hanya membantu dalam dua keadaan sahaja iaitu semasa peperangan dan bila vila menunjukkan belas kasihan terhadap manusia.

Vila hanya membantu manusia dalam dua keadaan sahaja iaitu peperangan atau menunjukkan belas kasihan terhadap mereka. Tetapi ia boleh saja berubah dengan membunuh manusia tanpa berfikir dua kali lebih-lebih lagi jika orang yang dibantu menimbulkan kemarahannya.

Atas sebab itu, mana-mana individu yang mengembara diingatkan agar sentiasa menjaga diri mereka semasa merentasi gunung-ganang dan hutan belantara. Ia dibuat bagi memastikan mereka tidak mencetuskan kemarahan vila yang menghuni kawasan-kawasan ini.

Ironinya, cara menghalang vila ini hampir sama dengan cara memerangkap pontianak. Seperti mana paku yang dipasak pada leher atau ubun pontianak yang menukarnya menjadi manusia biasa, sama juga dengan wila. Cuma bezanya, tak payah paku. Hanya perlukan sehelai rambut vila dan bila itu berlaku, vila akan mati atau berubah dalam bentuk nyata. Dan itu cukup untuk memerangkap makhluk halus itu. Selain helaian rambut, secebis kulitnya juga cukup untuk menghalang vila daripada mengejar orang yang mengambilnya.

Selain dua barang ini, vila juga boleh ditenangkan sekiranya ia dalam keadaan tertekan atau jika merasa ingin tahu. Antara perkara yang mampu menenangkan vila ialah buah-buahan segar dan kek berbentuk bulatan. Di samping itu, vila juga boleh ditenangkan dengan reben dan bunga sebagai hiasan pada rambut mereka.

Dengan mengambil kira semua ini, mungkin ada merasakan vila boleh dijinakkan seperti mana pontianak. Tetapi ianya merupakan sesuatu yang tidak berbaloi lagi-lagi dengan barannya yang tidak menentu. Kot ya nak sangat pasangan, carilah yang hidup di dunia sebenar. Jangan jadi macam Khuda, tetap nak kahwin puteri bunian walaupun telah ditegah. Tak pasal-pasal satu Kampung Pisang huru-hara sebab kesilapannya!

Kami juga ada karya-karya fiksyen khas untuk para peminat pelbagai genre. – https://shopee.com.my/thepatriotsasia

RUJUKAN

Kononenko, N. (2007). Slavic Folklore: A Handbook. Greenwood Press.

Winters, R. (2022, 25 Jun). Beware the Wandering Wilas of Slavic Mythology. Ancient-Origins.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply