Paras air laut telah meningkat sebanyak 10 meter daripada paras hari ini ketika 125,000 tahun yang lalu. Sebuah kajian yang diterbitkan oleh Nature Communications menunjukkan bahawa pencairan ais dari Antartika merupakan pemicu utama kenaikan paras air laut ketika era interglasial yang bermula 10,000 tahun yang lalu.

Kenaikan paras air laut merupakan salah satu cabaran terbesar yang dihadapi oleh manusia. Hal ini berpunca daripada perubahan iklim (climate change) dan ramalan amat penting untuk kita beradaptasi dengan cabaran tersebut.

Kajian menunjukkan Antartika sering dilihat sebagai “gergasi” kenaikan paras air laut yang sedang tidur. Lapisan aisnya mampu berubah dengan cepat dan memberikan implikasi kepada penduduk dan infrastruktur di kawasan pantai di masa hadapan.

Kitaran Bumi terdiri daripada era berais sejuk dan era interglasiel hangat. Era berais sejuk – dikenali sebagai zaman ais – ialah zaman apabila sebahagian besar dunia dilitupi oleh lapisan ais. Era interglasiel hangat pula ialah zaman apabila ais mencair dan paras air laut meningkat.

Bumi pada masa kini sedang menghadapi era interglasiel hangat yang bermula sekitar 10,000 tahun yang lalu. Namun, pelepasan gas rumah hijau sejak 200 tahun yang lalu telah menyebabkan perubahan iklim berlaku dengan lebih pantas dan ekstrim.

Data daripada kali terakhir era interglasiel hangat iaitu sekitar 125,000 hingga 118,000 juta tahun yang lalu diambil dan diperiksa. Mereka mendapati, pada ketika itu suhu 1 darjah Celsius lebih tinggi daripada suhu pada hari ini.

Paras air laut pula pernah meningkat 10 meter lebih tinggi daripada paras air laut pada hari ini. Ais mencair terlebih dahulu bermula di Antartika. Beberapa ribu tahun kemudian, ais di Greenland pula mencair. Paras air laut meningkat sebanyak 3 meter setiap 100 tahun, lebih tinggi daripada 150 tahun yang lalu yang hanya meningkat sebanyak 0.3 meter.

Kehilangan awal ais di Antartika berlaku apabila Lautan Selatan hangat pada permulaan era interglasiel. Ais yang telah mencair itu telah mengubah peredaran air laut Bumi. Seterusnya, menyebabkan pemanasan di kawasan kutub utara dan tercetusnya pencairan ais di Greenland.

Paras air laut terkini secara puratanya dianggarkan meningkat 3 mm setahun. Kadar ini digunakan untuk meramal paras air laut pada tahun 2100 bergantung pada lorong pelepasan gas rumah hijau mana yang kita ikuti.

Ramalan seperti ini biasanya bergantung pada rekod yang dikumpulkan pada kurun ini menggunakan alat pengukur air pasang. Sejak 1990-an, satelit digunakan untuk mengumpul data. Kebanyakan ramalan ini tidak mengambil kira kestabilan tebing ais.

Apabila ais mula sampai ke laut, ais akan terapung dan berakhir di tebing ais. Apabila tebing ais ini menjadi semakin besar, ia akan menjadi tidak stabil dan mudah runtuh. Keruntuhan ini akan meningkatkan perpecahan daratan ais yang akhirnya menuju ke laut. Akhirnya, paras air laut akan meningkat.

Perkara yang mengejutkan tentang apa yang berlaku ketika kali terakhir era interglasiel ialah rekod ketinggian paras dan kecepatan kadar paras air laut meningkat. Suhu pada ketika itu sama dengan apa yang diramalkan berlaku pada masa hadapan Bumi. Ini bermaksud, pencairan lapisan ais di kutub akan memberikan kesan kepada paras air laut dengan lebih dramatik berbanding data yang kita ada.

Senario pada kali terakhir era interglasiel bukanlah senario yang sempurna untuk menggambarkan masa hadapan. Pancaran sinaran solar pada waktu itu lebih tinggi berbanding hari ini kerana perbezaan kedudukan Bumi relatif dengan Matahari. Paras karbon dioksida pula 280 ppm berbanding 410 ppm pada hari ini.

Apa yang penting, pemanasan tidak berlaku pada masa yang sama dia kedua-dua kutub pada era itu. Tetapi kesan gas rumah hijau pada hari ini telah memicu perubahan iklim. Pemanasan dan kehilangan ais berlaku di kedua-dua kutub pada masa yang sama. Ini bermaksud, jika tindakan tidak diambil, apa yang berlaku pada masa lampau hanyalah gambaran kecil bagi masa hadapan.

RUJUKAN:

  1. https://www.sciencealert.com/scientists-looked-at-sea-levels-125-000-years-ago-and-it-s-a-terrifying-look-at-the-future
  2. Rohling, E. J., Hibbert, F. D., Grant, K. M., Galaasen, E. V., Irvalı, N., Kleiven, H. F., … & Schulz, H. (2019). Asynchronous Antarctic and Greenland ice-volume contributions to the last interglacial sea-level highstand. Nature communications10(1), 1-9.

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Zamir Mohyedin merupakan penyelidik di i-Made, Institut Sains, UiTM. Mempunyai kepakaran dalam bidang fizik keadaan pepejal dan fizik bahan. Telah mengarang tujuh buah buku yang berkaitan dengan fizik, falsafah dan psikologi. Salah satu buku beliau - Theoretical Mechanics - telah menjadi rujukan di UiTM. Beliau juga telah mengarang beberapa jurnal saintifik.

Comments are closed.