Machiavellian dalam kalangan wanita tak ramai yang muncul. Paling tidak, tak ramai yang aku kenali.

Tokoh wanita dalam politik memang ramai. Dalam peperangan pun ramai. Tokoh dalam perang agak ramai berbanding politik. Tetapi susah juga nak jumpa yang betul-betul Machiavellian.

Kebetulan aku cuma kenal 6 orang ini saja.

1. Cleopatra

Cleopatra merupakan antara pemerintah terakhir Mesir dinasti Ptolemy. Kuasai banyak bahasa dan berpengetahuan dalam bidang perubatan. Dia juga seorang diplomat. Komander tentera pada umur 21 tahun.

Ahli sejarah gambarkan Cleopatra mempunyai fizikal yang cantik dan mempunyai kemahiran memukau dan sangat manipulatif. Mana taknya, dia mampu jadikan Caesar dan Anthony sebagai boneka dalam pergelutan politiknya.

Cleopatra kahwin dengan adik dia sendiri, Ptolemy XIII dan memerintah Mesir secara bersama setelah ayah mereka meninggal dunia.

Ptolemy XIII tidak bersetuju dengan wasiat ayah mereka lalu Cleopatra dibuang negeri. Ptolemy XIII mahu Caesar iktiraf dirinya sebagai pemerintah tunggal Mesir.

Masa inilah Cleopatra ambil kesempatan memanipulasi Caesar dan akhirnya Cleopatra menaiki takhta. Ptolemy XIII dibunuh dalam pertempuran.

Ptolemy XIII digantikan oleh adik Cleopatra iaitu Ptolemy XIV, tetapi Cleopatra bunuh juga. Kemudian diganti oleh adik perempuannya, Arsinoe IV yang juga turut dibunuh sehinggalah Cleopatra sendiri menjadi pemerintah bersama dengan anaknya sendiri, Caesarion.

Walaupun Cleopatra agak kejam dengan kerabatnya, pemberontakan rakyat Mesir tak pernah berlaku ketika pemerintahannya. Dia jugalah yang memastikan supaya tiada berlaku rasuah dalam kalangan menteri.

Dia jugalah yang telah memajukan ekonomi Mesir masa itu sehingga Republik terpaksa bergantung padanya. Iya, dia disayangi rakyatnya.

2. Queen Elizabeth I

Machiavelli pernah cakap dalam karyanya, nak dapat kuasa ini ada tiga bentuk iaitu dengan kekuatan sendiri, dengan kekuatan orang lain dan dengan ‘fortuna’ (luck).

Elizabeth ini adalah penguasa yang berada dalam golongan ‘fortuna’ iaitu golongan yang sukar untuk ditemui dalam sejarah. Kerabat diraja England masa itu berebut takhta.

Seorang-seorang kena hukum pancung dan dibunuh dalam perebutan tersebut. Tetapi Elizabeth selalu bernasib baik kerana dapat melarikan dari kancah perebutan ini sehinggalah tiada siapa pun yang tinggal.

Akhirnya, dia sendiri menaiki takhta tanpa sebarang perebutan lagi. Elizabeth tak pandai sangat berpolitik sewaktu di zaman mudanya.

Tapi yang cerdiknya Elizabeth ini dia melantik penasihat dan menteri yang betul-betul dia percaya, efisyen dan memberikan kepentingan kepada negara seperti Wiliam Cecil dan Francis Walsingham (kebetulan, Cecil dan Walsingham ini Machiavellian).

Antara sebab inilah yang membuatkan Elizabeth sering terlepas daripada sebarang bentuk pembunuhan (assassination) dan ancaman ke atasnya oleh keraba diraja Scotland dan ekstremis agama.

Zaman Elizabeth ini jugalah England mula menjadi kuasa imperial dunia selepas menang perang besar ke atas Sepanyol. Ini pun ahli-ahli sejarah cakap, sepanjang pemerintahan Elizabeth, banyak nasib baik (luck, fortuna) yang berlaku ke atas Elizabeth.

Elizabeth seorang yang sederhana dan tak terlalu ekstrem. Elizabeth juga sangat cermat dalam mengendalikan polisi luar dengan kuasa-kuasa besar seperti Sepanyol dan Portugal.

3. Empress Wu Zetian

Wu Zetian merupakan seorang gundik Maharaja Taizong dari Dinasti Tang. Dia seorang yang cantik dan berpendidikan. Taizong nampak Wu Zetian ini cerdik, lalu dia dilantik menjadi setiausaha.

Masa inilah Wu belajar selok-belok politik dan mula ada hubungan dengan Putera Li Zhi (Maharaja Gaozong). Mereka juga dikurniakan cahaya mata.

Semasa menjadi gundik utama Maharaja Gaozong, Wu ‘eliminated’ kesemua halangan yang membuatkan anaknya terhalang daripada menaiki takhta.

Isteri Maharaja Gaozong, Lady Wang diceraikan dan dibuang negeri kerana dituduh membunuh anak Wu dan Maharaja. Tetapi sebenarnya Wu sendiri membunuh anaknya supaya dapat menuduh Lady Wang.

Wu juga memanipulasi keadaan dan menuduh Lady Xiao, gundik kegemaran Gaozong, mengamalkan sihir sehingga dia dibunuh. Wu amalkan pendekatan yang licik dan manipulatif untuk berkuasa.

Akhirnya, dia menjadi Maharani pertama China selepas kematian Maharaja Gaozong sebab sakit. Ia, Wu Zetian merupakan Marahaja Wanita China yang pertama selepas beribu tahun.

Semasa jadi Maharani, Wu pernah membuang anak pertamanya kerana cuba untuk mengambil kuasanya. Lalu Wu jadikan anak keduanya sebagai pewaris takhta. Tetapi Wu letakkan anak keduanya dibawah kawalan yang sangat ketat seperti penjara.

Semasa Wu memerintah, Empayar China semakin membesar dan pernah berperang dengan Korea. Wu juga memberikan sokongan penuh kepada pembangunan intelektual seperti falsafah.

4. Catherine de’ Medici

Catherine tak pernah menjadi penguasa Perancis, tetapi sebagai pemangku diraja. Catherine diakui oleh ahli sejarah sebagai seorang Machiavellian yang membuatkan takhta Perancis begitu kuat ketika tiga orang anaknya yang sangat lemah memerintah selama 30 tahun.

Tidak seperti 3 orang yang lain aku dah tulis, Catherine tidak mempunyai fizikal yang cantik. Jadi, Cahterine tak dapat berbahagia dengan kuasa suaminya, Raja Henry II kerana dibayangi oleh gundik Henry II iaitu Diane.

Catherine mula mendapat kuasa dan autoriti tinggi setelah kematian suaminya dan anaknya mula memerintah. Anak-anak Catherine sangat bergantung pada ibunya dalam urusan pentadbiran.

Masa ini Perancis mengalami konflik dan perang saudara yang teruk. Catherine memastikan kerajaan Perancis berada dalam keadaan stabil.

Catherine pernah uruskan perkahwinan anaknya supaya dapat membunuh para tetamu dalam kalangan Protestan untuk menghentikan perang agama di Perancis.

Pembunuhan ramai-ramai ini dikenali sebagai ‘St. Bartholomew’s Day of Massacre’ yang tumpah pada tahun 1572.

Ahli sejarah cakap Catherine merupakan permaisuri yang kejam dan sanggup buat apa saja untuk memastikan takhta Perancis bertahan.

Dikatakan, takhta Perancis akan jatuh tanpa Catherine pada masa itu. Catherine dilabel sebagai wanita paling berkuasa di Eropah pada kurun ke-16 sehingga zamannya digelar sebagai Zaman Catherine.

5. Olympias

Olympias merupakan ibu kepada Alexander the Great. Sebelum kelahiran Alexander, Olympias pernah bermimpi kandungannya disambar petir. Ini yang Olympias selalu dakwa anaknya merupakan anak kepada Zeus.

Olympias juga dikenali sebagai ahli yang taat kepada kultus Dionysus iaitu kultus penyembahan ular sampai dikatakan Olympias selalu tidur dengan ular.

Olympias merupakan penyumbang kekuasaan Alexander di Macedonia. Itulah, Alexander ini sebenarnya tak hebat mana pun.

Sewaktu Philip dibunuh, Olympias telah membunuh isteri Philip yang lain iaitu Eurydice dan anaknya supaya Alexander dapat menaiki takhta.

Olympias juga telah meracuni Phillina, seorang lagi isteri Philip dan anaknya, atas sebab yang sama iaitu takhta untuk Alexander.

Olympias selalu pengaruhi Alexander tentang kepentingan nasabnya yang berasal dari Achilles yang memberikan kesan besar kepada Alexander.

Semasa Alexander pernah dihalau oleh ayahnya, Olympias cuba nak bekerjasama dengan abangnya supaya menyerang Philip. Tapi Philip sempat bertindak dengan lakukan perdamaian.

Dikatakan kematian Philip dirancang oleh Olympias untuk memastikan Alexander naik takhta.

Setelah kematian Alexander, Olympias cuba nak jadikan cucunya Alexander IV sebagai raja. Dia pernah berperang dengan pemangku diraja sampai ramai dibunuh. Tapi dia kalah juga akhirnya.

6. Tamar

Tamar menaiki takhta atas kehendak ayahnya, George dan dia berharap bangsawan-bangsawalain dapat menerima Tamar sebagai penguasa.

Setelah George meninggal dunia, memang dijangka bangsawan-bangsawa ini tak dapat menerima Tamar, seorang wanita, memerintah. Tamar membunuh bangsawan-bangsawan yang menentangnya supaya kuasanya selamat dipertahankan.

Tamar pernah menceraikan dan membuang negeri suaminya sendiri iaitu Yuri kerana sering menimbulkan masalah dalam pemerintahan.

Dia berkahwin dengan orang lain, David Soslan untuk memastikan Yuri tidak pulang semula ke kerajaannya.

Tidak semua bangsawan yang dia bunuh, dia juga cuba dapatkan sokongan daripada bangsawan lain supaya autoritinya kuat di takhta.

Para pemberontak di kerajaannya sama ada dibunuh ataupun kekayaan mereka ditarik. Tamar pernah menipu untuk berunding dalam pertempuran dengan pemberontak tetapi sebenarnya dia cuba untuk kumpulkan tenteranya.

Sepanjang pemerintahannya, Georgia berada pada zaman keemasannya dan banyak pembaharuan telah dilakukan.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Zamir Mohyedin merupakan penyelidik di i-Made, Institut Sains, UiTM. Mempunyai kepakaran dalam bidang fizik keadaan pepejal dan fizik bahan. Telah mengarang tujuh buah buku yang berkaitan dengan fizik, falsafah dan psikologi. Salah satu buku beliau - Theoretical Mechanics - telah menjadi rujukan di UiTM. Beliau juga telah mengarang beberapa jurnal saintifik.

Comments are closed.