Negeri-negeri di Amerika Syarikat mempunyai pelbagai cara bagi mengingatkan orang ramai tentang bahaya Covid-19 dan apa yang perlu dilakukan semasa pandemik berlaku. Menariknya di Chicago, ada satu papan tanda yang diusahakan oleh Gain Peace menarik perhatian ramai iaitu pendekatan pencegahan wabak yang dibuat oleh Rasulullah s.a.w.

Seperti yang dipaparkan oleh Gain Peace, nasihat Nabi Muhammad mengandungi 3 pesanan.

“Cuci tangan anda dengan kerap, jangan tinggalkan kawasan yang dijangkiti dan jangan mengunjungi kawasan yang dijangkiti.”

Garis panduan ini berdasarkan hadis-hadis Rasulullah s.a.w dan dikongsi secara meluas di kebanyakan platform media sosial sejak wabak Covid-19 mula tersebar ke seluruh dunia. Nasihat ini mula menjadi viral pada saat angka mereka yang dijangkiti Covid-19 terus meningkat lebih daripada 2.4 juta dan membunuh lebih 165,775 di seluruh dunia.

Umat Islam di seluruh dunia juga diingatkan untuk terus mengambil langkah penjarakkan sosial sepanjang bulan Ramadan bagi mengelak penularan bertambah teruk, termasuk larangan mengadakan perjumpaan dan penutupan masjid dikekalkan.

Sebenarnya, terdapat pelbagai hadis dan sirah Rasulullah s.a.w berkenaan pencegahan penularan wabak. Antaranya:

  1. Dalam satu hadis, baginda bersabda, “Orang yang sakit tidak boleh dibawa tinggal bersama dengan orang yang sihat.” Ini bagi mengelakkan penularan penyakit terutama penyakit berjangkit dalam kalangan penduduk yang sihat.
  2. Pada satu ketika, Rasulullah s.a.w menerima seorang lelaki yang mempunyai penyakit kusta di luar Madinah. Walaupun baginda tidak membenarkannya memasuki Madinah berikutan keadaan penyakitnya itu, baginda tetap menerima persaksian dua kalimah syahadah lelaki itu.

Pada waktu sebegini, patuhilah arahan pihak berkuasa dan berusahalah menjaga kesihatan diri. Kerana itu juga merupakan satu sunnah!

RUJUKAN:

Free Malaysia Today. (2020). 3 nasihat Nabi Muhammad terpampang di billboard di Amerika Syarikat. https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/04/21/3-nasihat-nabi-muhammad-terpampang-di-billboard-di-amerika-syarikat/

Fiqh-us-Sunnah. Volume 4. Fiqh 4.1 – 4.48. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. http://www.iium.edu.my/deed/lawbase/fiqh_us_sunnah/vol4/fsn_vol4a.html

The New Arab. (2020). US billboard advertises 1,400 year-old coronavirus advice from Islam’s Prophet Muhammad. https://english.alaraby.co.uk/english/news/2020/4/20/us-billboard-advertises-coronavirus-advice-from-islams-prophet-muhammad


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.