Panduan Memakai Busana Melayu

345

https://bit.ky/kombowww

“Mahal tak kos sepersalinan Busana Melayu?”

Yalah, kebelakangan ini dah ada #trend untuk berbusana Melayu kan?

Jadi, kami nak cerita sedikit dalam artikel ini.

1) Sepersalinan Busana Melayu lengkap terdiri daripada 5 perkara utama iaitu:

i. Destar

ii. Baju

iii. Seluar

iv. Kain Samping

v. Keris

2) Destar ini bermaksud hiasan kepala. Boleh jadi #Tanjak , Tengkolok, Getam, Semutar, Songkok atau Justar.

Jadi tak semestinya kena bertanjak baru dikira berbusana Melayu.

Asalkan berdestar sudah memadai.

Perbezaan jenis-jenis Destar abang akan cerita dalam artikel yang lain.

3) Baju.

Dekat sini banyak yang keliru tentang baju apa yang dikira sebagai Busana Melayu.

Sebenarnya, baju asas ada dua sahaja: iaitu Baju Kurung Cekak Musang, atau Baju Kurung Teluk Belanga. Sekarang ini kalau disebut Baju Melayu.

4) Dulu Baju Kurung ini merujuk kepada kedua-dua pakaian lelaki dan perempuan.Sekarang baju kurung biasa merujuk kepada baju perempuan. Kami sertakan gambar perbezaan potongan Baju Kurung Cekak Musang dan Teluk Belanga.

5) Seluar

Kebiasaannya seluar bagi Baju Kurung tidak datang dalam bentuk sedodon ataupun mempunyai warna yang sama bagi sepasang baju. Ini kerana baju sedondon adalah pakaian kebiasaan bagi Raja-Raja, Kerabat atau Bangsawan, kecuali di #Johor yang sedikit berbeza adatnya.

6) Seluar Busana Melayu ada berberapa potongan,disebut sebagai Gunting Cina,Gunting Acheh dan sebagainya.Tapi kebiasaannya ia besar,lebar,tidak sempit dan tidak menutupi buku lali.

7) Kain Samping.

Itu sebutan sebenarnya, bukan #sampin!

Sebab kain ini dipakai sebagai ‘sampingan’ iaitu kain yang lebih selain kain baju dan seluar.Juga dinamakan samping sebab ia dipakai di samping baju dan tidak melekat terus pada tubuh seperti baju atau seluar.

8) Kain samping tidak semestinya songket. Boleh sahaja berkain samping dengan kain pelikat atau kain sarung, boleh juga dengan kain tenun dan boleh juga guna kain batik.’

9) Keris.

Ini sebagai pelengkap busana sahaja, namun sekiranya tidak ada tidak mengapa. Secara adatnya di sebahagian tempat, hanya orang tertentu dibenarkan berkeris, orang kebanyakan akan memakai badik atau tumbuk lada.

10) Akan tetapi kena faham tidak semua keris sesuai digayakan dengan Busana Melayu dan disisipkan di pinggang, pada bahagian depan tubuh. Misalnya ‘Ladrang’ atau keris Jawa, biasa disisipkan ke bahagian belakang tubuh di atas punggung, bukan di hadapan!

11) Jadi bila faham 5 elemen Busana Melayu, baru kita akan mengerti sebenarnya kos sepersalinan bergantung pada jenis pakaian, fabrik dan gaya persalinan yang dipakai. Misalnya Busana Melayu ala Pattani ini sangat sederhana dan tidak mewah.

12) Jadi bolehlah mula berbusana Melayu dengan mengikut kemampuan kita,dan tak semestinya berbusana dengan pakaian yang serba mewah dan mahal.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.