Dunia perniagaan sememangnya mencabar. Bukan strategi perniagaan sahaja yang wajib diaturkan. Terdapat satu masa segala usaha didapati tidak berjaya. Apabila berjaya mengetuk dan mengimpal sampai keuntungan mula masuk, ditimpa masalah pula daripada pihak atasan. Perkara ini adalah biasa. Umumnya, kerajaan Malaysia mempunyai bidangkuasa yang sangat bertoleransi. Malahan, jika seorang peniaga tidak mengikuti proses pun, kerajaan masih lagi memberi muka.

Demikian hari ada seorang pengusaha ditimpa bala kewangan. Apabila baca secara kasar, sebuah kesimpulan mudah dapat ditemui. Dalam kesibukan membina empayar, sekali-sekala peniaga akan terlepas pandang segala pembaharuan baru. Biasanya, kadar cukai sahaja yang akan berubah mengikut ketetapan Belanjawan Tahunan. Namun terdapat beberapa perkara yang sudah lama ditetapkan.

Disini The Patriots berharap segala persoalan mengenai peraturan dan undang-undang. Jika ada dasar yang terlepas pandang, mohon tuliskan dalam komen sebagai penambahan. Asas sebuah perniagaan adalah lesen (RM60 di Kulim). Perkara ini yang mengizinkan sebuah perniagaan dijalankan di tepi jalan mahupun premis mengikut kesesuaian daripada Pihak Berkuasa Tempatan. Sebuah perniagaan tanpa lesen sebenarnya menempuh risiko yang jauh lebih dahsyat berbanding rampasan sebenarnya.

Lesen yang diluluskan Pihak Berkuasa Tempatan biasanya akan mempunyai alamat atau apa-apa rujukan yang boleh digunakan untuk tujuan pendaftaran syarikat (RM90 melalui agen serta pengeposan). Slip pendaftaran SSM merupakan kembar keratan lesen yang sama penting bagi hayat perniagaan. Sebaik sahaja selesai pendaftaran SSM, peniaga perlu menyediakan sebuah cap rasmi dari mana-mana kedai buku yang bertatahkan nama perniagaan, alamat, nombor telefon serta nombor pendaftaran SSM.

Cap rasmi biasanya akan dilihat sebagai perkara remeh. Namun itulah keperluan utama untuk melengkapkan pendaftaran AKAUN SIMPANAN SEMASA. Kerajaan sudah lama menwajibkan penggunaan format semasa dalam apa-apa jua perniagaan, sekalipun dropship atau agen barangan. Peniaga hanya perlu sediakan RM1000 untuk dibuat cagaran, bersertakan syarat-syarat lain yang perlu dibincang dengan bank tertentu. RM1000 ini pula boleh dikeluarkan semula sebaik sahaja akaun didaftarkan.

Perbezaan antara akaun simpanan PERIBADI dan SEMASA sebenarnya bukan pada nama sahaja. Perniagaan akan menyaksikan “masuk” (untung) dan “keluar” (modal) pada setiap hari. Peniaga kecil-kecilan mungkin perlu mengeluarkan RM100 dan mengembalikan keuntungan RM100-RM300 setiap hari. Manakala peniaga stabil seperti tomyam atau lauk campur pula semestinya akan memerlukan modal RM1000-RM1500 untuk menampung perbelanjaan demi keuntungan RM5000 setiap hari.

Cukup bulan sahaja – simpanan dalam akaun simpanan semasa boleh dimasukkan dalam akaun simpanan peribadi. Seorang peniaga boleh saja melakukan perniagaan tanpa akaun simpanan semasa. Namun akan tiba satu masa pihak bank (mungkin Bank Negara Malaysia) akan membekukan akaun, sekaligus semua simpanan kerana menjalankan perniagaan tidak berdaftar. Ruginya sebuah perniagaan tanpa Akaun Simpanan Semasa adalah segala kewangan tersebut TIDAK BOLEH digunakan untuk meluluskan pinjaman rumah (housing loan). Disebabkan inilah pentingnya bagi seorang peniaga untuk mendapatkan lesen.

Kerana lesen akan membuka laluan kepada pendaftaran SSM dan Akaun Simpanan Semasa. Tanpa lesen, segala simpanan keuntungan dalam Akaun Simpanan Peribadi akan mendatangkan risiko besar. Risiko inilah yang menimpa pengusaha perniagaan tersebut (rujuk perenggan kedua). Menurutnya, beliau tidak boleh membuka lagi akaun di mana-mana bank.

Sebaik sahaja selesai membuat akaun, peniaga juga diwajibkan membuka akaun di LHDN. Sememangnya ramai akan berfikir – apakah keuntungan RM36,000 setahun perlu membayar cukai? Tidak. Berdasarkan Belanjawan 2018, peniaga hanya perlu membayar cukai jika pendapatan melebihi RM40,000 setahun (RM3,300 sebulan). Namun peniaga masih lagi WAJIB membuka akaun supaya dapat melengkapkan ‘e-filing’ ketika pengisytiharan cukai, yang akan melayakkan calon pinjaman rumah (housing loan).

Dengan kata pendek, pengisytiharan cukai akan melayakkan seorang pemohon pinjaman. Tanpa pengisytiharan cukai, bank tidak akan meluluskan sebarang permohonan. Setiap rangkaian ini perlu diambil perhatian. Daripada lesen datangnya SSM, Akaun Simpanan Semasa dan LHDN. Cap rasmi juga akan memudahkan pelanggan-pelanggan yang menempah untuk menuntut semula daripada kerajaan. Misalnya, seorang guru boleh menuntut wang katering daripada Pejabat Pendidikan Daerah, yang akan melanjutkan perkara tersebut kepada Kementerian Pendidikan Negara.

Menyentuh tentang perniagaan makanan, terdapat tiga lagi kewajiban yang mesti ditekankan. Peniaga makanan mesti menghadiri kursus makanan untuk mengetahui dasar-dasar KKM (RM50). Selepas itu, peniaga diwajibkan menerima suntikan anti-typhoid dari mana-mana klinik swasta (RM70 biasanya). Tidak lupa juga peniaga makanan mesti membuat pendaftaran kepada FOS1M.

Maka kewajiban seorang peniaga adalah:

  1. Mendapatkan lesen
  2. Melengkapkan pendaftaran SSM
  3. Membuat cap rasmi untuk membuka AKAUN SIMPANAN SEMASA
  4. Mendaftarkan perniagaan di LHDN
  5. (makanan sahaja) Menghadiri kursus makanan
  6. (makanan sahaja) Mendapatkan suntikan anti-typhoid
  7. (makanan sahaja) Membuat pendaftaran pada FOS1M

Jika peniaga melaksanakan tujuh perkara ini, nescaya kerajaan tidak akan mengganggu langsung. Maka peniaga haruslah mencari nafkah berdasarkan rukun-rukun yang ditetapkan oleh kerajaan adil. Tiada satu pun dalam perkara di atas merupakan satu kezaliman, terutamanya sekali pendaftaran LHDN.

Diharapkan tunjuk ajar ini dapat memberikan setiap peniaga manfaat. Keralatan kita jangan dilaknatkan pemimpin pula – kerana ribuan peniaga yang berjaya menggunakan sistem ini. Jika segala perintah dituruti, kerajaan akan mempunyai tanggungjawab untuk menepati segala amanah. Hakikat ini adalah pengalaman penulis sendiri, yang menjual Nasi Daging di Stesen Bas Kulim.

BERNIAGA MENGIKUT UNDANG-UNDANG.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.