Moving Forward As One

Pandemik Yang Berlarutan Selama 15 Juta Tahun

2,188

PayLater by Grab

Pandemik Covid-19 sememangnya merupakan pandemik moden yang dahsyat. Bermulanya sekitar akhir tahun 2019 di wilayah Wuhan di China, kini ia merupakan ancaman global. Malah untuk langkah-langkah pencegahan drastic seperti lockdown dan sebagainya. Di Malaysia juga, ancaman pandemik Covid-19 telah menyaksikan beribu-ribu kes. Ditambah pula dengan kemunculan varian baru hasil mutase virus tersebut, sememangnya tidak dinafikan betapa dahsyat virus Covid-19.

Tetapi pandemik Covid-19 serta pandemik-pandemik dahulu seperti SARS, Spanish Flu dan Black Death amatlah seketika jika dibandingkan dengan pandemik yang pernah melanda bumi 33 juta tahun dahulu ketika zaman Oligocene. Menariknya pula, dahsyatnya pandemik ini kerana menurut kajian saintis, pandemik virus ini berlangsung selama 15 juta tahun.

Saintis tahu kewujudan pandemik ini kerana pada tahun 2001, biologis menjumpai kewujudan fosil molecular virus tersebut didalam genom kita sendiri. Tidak mampu untuk dibayangkan betapa kerapnya pandemik tersebut sehingga DNA virus itu sendiri menjadi sebahagian daripada kita.

Diberi nama ERV-FC, ia merupakan sebahagian daripada sisa retrovirus purba yang pernah menjangkiti sel sperma atau ovum. ERV-FC itu sendiri sebahagian dari Endogenous Retrovirus (ERV). Kita akan tertanya-tanya, macam mana sisa DNA virus masuk ke dalam genom kita ?

Retrovirus sememangnya menjangkiti dengan memasukkan genomnya ke dalam genom kita dan melalui proses itu, retrovirus akan mula menghasil virus-virus melalui replikasi. Namun begitu, untuk virus terus tertanam dalam genom perumah amatlah sukar kerana situasi yang diperlukan perlu berlaku pada masa yang betul dari segi integrasi virus ke dalam DNA sel sperma atau ovum perumah tanpa menyebabkan sel tersebut mati atau tidak berfungsi kepada perlunya sel tersebut menjadi subur dan membolehkan ERV disebarkan kepada generasi seterusnya. Malah virus tersebut juga perlu terus menerus menyebarkan DNAnya ke generasi seterusnya meskipun organisma perumah sentiasa berevolusi dan beradaptasi.

Figura 1 : Proses jangkitan oleh HIV, salah satu retrovirus

Menariknya, selama berjuta-juta tahun, kejadian yang jarang berlaku ini berlangsung cukup kerap untuk meninggalkan rekod fosil virus dalam DNA kita. Malah ERV sangat biasa, dianggarkan sebanyak 8% genom manusia terdiri daripada ERV, malah ia 4 kali lebih tinggi dari dari genom gene yang ciptakan protein kita. Pendek kata, dari segi konten DNA, kita 8% virus dan 1-2% gene. Lawaknya kita lebih virus dari gene sendiri.

Fosil DNA viral susah untuk digambarkan kerana kebanyakan jujukan mereka telah mengalami banyak mutasi dan telah dirombak melalui evolusi organisma perumah menyebabkan mereka berserpihan dan sukar untuk dikenal-pasti. Namun untuk kes ERV-Fc, jujukan virus tersebut menceritakan kisah pandemik global purba yang telah menjangkiti pelbagai spesies organism.

Pada tahun 2016, sekumpulan Biologis dari Boston College berupaya mencantumkan semula sejarah virus purba tersebut. Melalui genom 50 spesies mammalia, separuh daripadanya memiliki fosil DNA virus ERV-Fc dalam genom mereka. Menariknya (atau dahsyatnya) jangkitannya bukan berlaku sekali tetapi berkali-kali secara bebas menjangkiti spesies berlainan dan DNA virus tersebut tetanam dalam genom perumah berkali-kali.

Sebagai contoh, dalam 12 mammalia yang dikaji termasuk manusia, beruang panda dan anjing, kesemuanya memiliki lebih dari satu jujukan genetik ERV-Fc yang berbeza. Hal ini memberi gambaran terdapat banyak jangkitan yang berlaku secara bebas oleh strain virus-virus berbeza apabila ia berevolusi sambil merebak ke serata dunia di kesemua benua kecuali Australia dan Antartika. Menggunakan teknik yang dinamakan molecular clock beserta dengan pembentukan susur galur strain virus dari berbagai-bagai spesies mammalia, saintis mendapati virus tersebut berasal ketika 33 juta tahun dahulu dalam era Cenozoic dan berlangsung selama 15 juta tahun.

Figura 2 : Spesies mammalia yang didapati memiliki ERV-Fc

Jadi virus ERV-Fc itu virus apa sebenarnya? Untuk menjawab soalan tersebut, saintis mengkaji struktur genetic virus tersebut dengan membandingkannya dengan virus moden yang terdekat dan mendapati virus ini merupakan sebahagian daripada kumpulan genus virus purba yang dipanggi Gammaretrovirus. Kini, kumpulan tesebut termasuklah virus Murine leukimia dalam tikus dan virus Feline leukemia dalan kucing. Dan salah satu implikasi yang paling biasa dari kumpulan virus ini adalah oncogenesis iaitu pembentukan barah kanser, memberikan kemungkinan bahawa ERV-Fc menyebabkan kesan yang sama, iaitu menyebabkan barah kanser.

Dan sepertimana banyak kajian yang dijalankan kini membolehkan lebih banyak spesies genom dijujukan, kemampuan kita untuk menguraikan sejarahnya akan bertambah mantap kerana ERV-Fc hanyalah salah satu dari banyak lagi fosil-fosil viral dalam DNA kita. Tanpa rekod tersebut dalam genom kita, kita tidak akan akan tahu kewujudan pandemik zaman purbakala ini. Malah serpihan fosil virus purba bukan boleh menbantu kita memahami kisah silam malah juga membantu kita memahami bagaimana virus-virus baru merebak. Kerana hakikatnya pandemik virus sememangnya sebahagian dari sejarah kehidupan di Bumi. Suka atau tidak, pandemik juga merupakan sebahagian dari masa hadapan kita.

RUJUKAN

  1. https://www.youtube.com/watch?v=-M3L_Kykl6w
  2. Diehl, W., Patel, N., Halm, K. and Johnson, W., 2016. Tracking interspecies transmission and long-term evolution of an ancient retrovirus using the genomes of modern mammals. eLife, 5.

Ruangan komen telah ditutup.