Amirul Mukminīn Moulay Ismail al Alawi adalah pemerintah keempat dari Dinasti Alawiyyin. Baginda merupakan raja yang berketurunan Rasulullah ﷺ melalui Sayyiduna al Hasan Bin Ali عليهما السلام.

Baginda dipandang sebagai seorang lagenda kerana jasa beliau yang membangunkan kota Meknes yang megah, memodenkan peradaban dan tamadun, serta mengekalkan kestablian negara dari sebarang ancaman sepanjang pemerintahannya hingga eranya digelar sebagai “The Golden Age”.

Perlu diketahui bahawa permulaan Moulay Ismail untuk membina kegemilangannya tidaklah mudah seperti monarki yang lain. Setelah kemangkatan kakandanya ; Moulay Rashid Bin Ali akibat kemalangan semasa menunggang kudanya di Marrakesh pada 1672 M, baginda terus menuju ke kota Fes untuk mengisytiharkan dirinya sebagai sultan untuk membendung negara dari kancah fitnah dan polemik yang melanda ketika itu.

Hal ini menimbulkan ketidakpuasan hati sebahagian kerabat diraja seperti anak saudaranya ; Ahmad Bin Mehrez yang mengisytiharkan dirinya sebagai sultan di Marrakesh. Bermula pada tahun tersebut hinggalah pada awal 1700an, baginda terpaksa berkonfrontasi dengan pelbagai cabaran dan halangan.

Bermula dengan pemberontakan Bin Mehrez dan ancaman lanun kabilah-kabilah Barbar di pergunungan & gurun sekitar Maghribi, khususnya di sempadan Sijilmasah & Rif hingga mengorbankan nyawa pedagang & mereka yang bermusafir. Pengkhianatan beberapa orang kerabat diraja yang mahu menggulingkan baginda melalui revolusi rakyat, ditambah dengan ancaman tentera salib dari Sepanyol di utara Maghribi. Pergolakan dan konfrontasi inilah yang dihadapi oleh Moulay Ismail dalam membina empayar baginda.

Dalam situasi ini baginda telah berjaya menubuhkan pasukan militer yang terkuat di Afrika Utara yang dipanggil sebagai “Ābīd al-Bukhāri” atau “The Black Guard”. Pasukan ketenteraan ini diposisi oleh 150 ribu orang berkulit hitam.

Setelah berjaya menumpaskan musuh politik & ancaman pemberontak dari kabilah² Barbar pada pertengahan 1680an, Moulay Ismail telah melancarkan ekspedisi jihad untuk menawan kembali wilayah² yang dijajah oleh Sepanyol.

Bermula dengan pembukaan Al-Araish (Larache) pada 1689, tentera Alawiyyīn berjaya menawan lebih dari 1500 tentera & lebih 40 buah meriam milik Sepanyol. Pada 1691 M, kota Asilah berjaya ditawan. Dengan ini, seluruh wilayah utara kembali dibawah jajahan takluk Maghribi (setelah pembukaan Tonjah pada 1681 M). Baginda juga hampir menawan Sebtah (Ceuta) & Melilia, namun dek kekuatan pertahanan Sepanyol, tentera Alawiyyīn berundur untuk misi menawan kabilah di Sanhajah.

MEMPUNYAI HAMPIR SERIBU ANAK

Disamping masyhur sebagai seorang lagenda, Moulay Ismail juga terkenal kerana mempunyai ratusan yang hampir mencecah empat angka.

Moulay Ibn Zaydan di dalam “al-Manza’ al -Lathif” telah menaqalkan dari Abu al-Qasim az-Zayyani :

“Dikatakan menurut khabar yang mutawatir adalah Moulay Ismail mempunyai 500 orang anak lelaki, dan angka yang serupa (atau hampir) dari anak perempuan…”

Pada perenggan yang sama juga Ibn Zaydan telah menyatakan zuriatnya tersebut adalah hasil dari hubungan baginda dengan isteri & ratusan jariyah yang dimiliki baginda seperti mana yang maklum mengenai hukum-hakam bagi hamba jariyah.

Perlu diketahui, para jariyah pada zaman tersebut juga seperti jariyah pada zaman Uthmaniyyah ; duduk di dalam istana dan diberikan hak yang sewajarnya.

Kebanyakkan zuriat Moulay Ismail yang dapat dijejaki dan ditemui direkodkan di dalam rekod istana, khususnya pada bahagian rekod nasab & jurai keturunan. Hal ini masih berlangsung pada zaman Sultan Sidi Muhammad Bin Abdullah dan Sultan Moulay Sulaiman al-Alawi.

Perhubungan ini bukanlah seperti yang difahami oleh orang awam pada hari ini ; menggambarkan ianya bagai – “habis madu sepah dibuang”. Moulay Ismail tetap menjaga kebajikan ahli keluarga dan zuriatnya.

Cukuplah kami menaqalkan dari Ibn Zaydan bahawa perbelanjaan makanan pihak istana melebihi 70 KG bagi setiap tepung, daging, lemak, rempah ratus, minyak dan sebagainya. Hal ini berlaku pada SETIAP HARI di istana sepanjang pemerintahan baginda.

Ibn Zaydan juga menyebutkan bahawa harta yang ditinggalkan oleh Moulay Ismail setelah kemangkatannya ( 1727 M ) adalah 700 ribu dirham perak & sedemikian jua bagi dinar emas.

Jadi tidak hairan baginda mampu menampung perbelanjaan isi rumahnya kerana memang beliau seorang “billionaire”. Bahkan salah seorang raja Afrika ; Mansa Musa juga seorang “billionaire” bahkan lebih seperti yang maklum mengenainya dalam lipatan sejarah.

MENJAWAB FITNAH

Antara retorik yang dimainkan oleh sebahagian pihak khususnya orientalis barat adalah dakwaan bahawa baginda seorang zalim & haus darah. Kami mempunyai pelbagai pandangan pada perbahasan ini.

Pertama, ianya adalah fitnah dan romantisme yang dimainkan oleh para orientalis sebagai “character assasination” terhadap Moulay Ismail. Sepertimana yang pernah mereka gambarkan terhadap tokoh² besar dunia Islam seperti Salahuddin al-Ayyubi, Muhammad al-Fateh & Sultan Abdul Hamid II.

Kedua, mungkin yang dimaksudkan puluhan ribu nyawa melayang dibawah pemerintahannya adalah nyawa para pemberontak dan penjenayah yang mampu mengancam kedaulatan dan kestabilan negara seperti yang maklum dalam dunia fiqh.

Adakalanya ketegasan & kekerasan diperlukan dalam suasana genting dan gawat seperti yang telah dikisahkan. Perlakuan lembut & “rahmah” pada awal pembangunan sebuah empayar dalam situasi kekacauan dan fitnah yang berleluasa memungkinkan seseorang kalah lebih awal.

Adapun hukuman mereka yang memandang ahli keluarga baginda dengan hukuman yang luar tabi’i adalah suatu fitnah dan fiksyen yang tidak masuk akal kerana para isteri dan jariyah baginda hanya menetap di dalam ruang istana yang mempunyai sistem pertahanan yang kukuh (lihat benteng kota Meknes).

Sebarang keperluan untuk bergerak memerlukan keizinan khas dari baginda, dan keperluan mereka hanya dipenuhi melalui khadam dan hamba sahaya.

SULTAN YANG ALIM & WARAK

Disamping menjadi seorang lagenda, Moulay Ismail juga masyhur disisi mayarakat sebagai seorang sultan yang warak, alim bahkan dikira sebagai seorang wali Allah di Maghribi, khususnya kerana mempunyai pertalian nasab dengan Rasulullah ﷺ.

Baginda bertanggungjawab membangunkan madrasah, masjid, zawiyyah ahli sufi dan kubah² makam pada wali sekitar Maghribi. Antara jasa baginda yang terkenal adalah melakukan restorasi dan pembesaran makam Moulay Idris al-Akbar, sultan Maghribi pertama di pergunungan Zerhoun & makam Moulay Idris al-Azhar di Fes.

Moulay Ismail juga adalah orang pertama yang memulakan tradisi membaca hadith “Al-Insath” sewaktu khatib keluar untuk berkhutbah Jumaat pada 1120 H.

Berkata Duta Raja Louis XIV kepada Moulay Ismail ; François Pidou de Saint Olon (w 1720) :

“Karakter terunggulnya (Moulay Ismail) adalah keteguhannya dalam mengamalkan agamanya. Beliau tidak lalai dalam melaksanakan kewajipannya, sentiasa menggunakan dalil dari al-Quran dalam setiap tingkahnya & mengorbankan dirinya semata-mata untuk mengembangkan agama dan meninggikan syiarnya.

Beliau seorang yang alim dalam agamanya. Bermazhab dengan mazhab Maliki, dan berpuasa diluar Ramadan selama dua bulan tambahan dalam setahun. Beliau langsung tidak pernah meminum arak sepanjang hayatnya & bergantung kepada Allah dalam setiap perbuatannya…” – Ithaf / Ibn Zaydan.

Ibn Zaydan menambah, pernah suatu ketika Maghribi ditimpa kemarau pada 1680 M, Moulay Ismail telah keluar dari istana dengan berkaki ayam dan tidak mengenakan serban lalu turut serta menunaikan solat istisqa’.

Antara kegemaran baginda adalah mengelilingi setiap masjid di kota Meknes di samping melihat keadaan rakyat jelatanya. Baginda juga bertanggungjawab dalam menitahkan agar menulis semula kitab-kitab peradaban dari timur untuk dikembangkan di Maghribi seperti Baitul Hikmah dizaman Abbasiyyah.

Namun kesemua keperibadian ini tidak dapat menandingi keberanian baginda mengutus surat kepada Raja England ; James II, mengundangnya untuk memeluk Islam dengan hujah² yang dikemukakan di dalam suratnya.

Moulay Ismail mangkat pada 1727 M dan dimakamkan berhampiran seorang wali Allah yang masyhur ; Sidi Abdul Rahman al-Majzub. Sebuah kompleks pemakaman telah dibina dan menjadi tarikan di Meknes.

Banyak je lagi aku nak tulis pasal Moulay Ismail ni, tapi takut jadi buku. Apa-apa rujuklah kat lampiran yang aku letak. Itupun aku rasa sesuai dan memadai untuk dirujuk kerana penulisnya merupakan imam para sejarawan di Maghribi, bahkan kerabat Moulay Ismail sendiri. Mestilah ahli keluarga lebih tahu pasal sejarah keturunan mereka..

Wallahu a’lam.

Muhammad Hud Saleh Ar-Rembawiyy
Bāhith separuh masa.
25 Oktober 2020 / 8 Rabiul Anwar 1442
Salé – Morocco

RUJUKKAN :

* إتحاف أعلام الناس بجمال أخبار حاضرة مكناس – مولاي عبد الرحمن ابن زيدان العلوي الحسني.

* المنزع اللطيف في مفاخر المولى اسماعيل ابن الشريف – ابن زيدان العلوي الحسني.

*سلوة الأنفاس ومحادثة الأكياس بمن أقبر من العلماء والصلحاء بمدينة فاس( ج 2) – محمد بن جعفر الكتاني.

* النبذة اليسيرة في تاريخ الدولة العلوية الشهيرة – محمد عبد الحي الكتاني.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Comments are closed.