Apabila berbincang mengenai panda, mesti anda terfikir haiwan mamalia yang comel dengan bulu lebatnya, berwarna putih dengan tompokan hitam terutamanya di bahagian matanya. Kecomelan haiwan ini terserlah dengan tabiat yang mencuit hati seperti bergolek dan duduk selamba memakan pokok kegemarannya, pokok buluh. Pasti kita tidak terlepas menjadi peminat panda yang hanya ditemui di China, dan kita hanya dapat menyaksikannya di kaca televisyen dan di zoo seperti Zoo Negara.

Namun begitu, asal-usul haiwan comel ini lebih menarik dan sekadar mengetahui ia hanya memakan buluh dan menetap di China semata-mata. Di Eropah, khususnya di barat laut negara Bulgaria, kumpulan pengkaji telah menemui fosil pasangan gigi mamalia. Setelah dikaji dengan teliti, ripanya fosil gigi tersebut adalah milik panda kuno bernama Bulgaria gnashers atau nama saintifiknya ialah Agriarctos nikolovi, sempena nama ahli paleontologi bernama Ivan Nikolovi yang pertama kali mengkaji fosil gigi itu pada tahun 1970-an.

Sebelum teruskan pembacaan, jika anda berminat membaca artikel-artikel sains lebih seronok difahami, jangan lupa beli buku BIOLOGIA. Dengan hanya satu pembelian buku BIOLOGIA, kami membuka jendela baru untuk bantu kalian faham pasal kehidupan. Link pembelian: https://bit.ly/3pbNAam

Panda kuno yang hidup 6 juta tahun ini sebenarnya tidak sama dengan panda yang kita kenal. Bermula dari saiz tubuhnya sehingga ke diet pemakanannya. Saiz panda kuno ini ialah hampir sama dengan saiz panda, berkemungkinan juga saiznya lebih kecil. Habitatnya juga berbeza dengan panda sekarang. Berdasarkan keadaan tanah tempat fosil para saintis temui, panda kuno ini menetap di kawasan hutan yang berpaya, di mana terdapat banyak sumber makanan berbanding hutan yang hanya penuh dengan pokok buluh.

Mengikut fosil gigi yang ditemui itu, pengkaji mengenal pasti bahawa diet panda kuno tidak sama dengan panda China. Haiwan ini memakan tumbuhan yang lembut daun dan batangnya, tidak memakan batang buluh kerana keadaan fosil gigi tidak sekuat gigi panda.

Melalui penelitian ini, ahli paleontologi dari Bulgaria’s National Museum of Natural History, Nikolai Spassov menyatakan bahawa panda Bulgaria gnashers mungkin berevolusi bermula dari perlumbaan antara beruang karnivor, sehinggalah panda mula menjadikan pokok keras seperti buluh menjadi diet baru mereka.

Gambaran ilustrasi panda kuno dari Bulgaria. (Sumber: Science Alert)

Panda boleh dikatakan sebagai ‘fosil hidup’ kerana ciri-ciri yang terdapat dalam haiwan mamalia ini mempunyai perubahan sedikit sepanjang berjuta-juta tahun berevolusi. Ini tidak bermaksud panda tidak mempunyai kepelbagaian spesis. Terdapat banyak spesis haiwan yang berkait dengan panda namun saintis masih lagi mencari kaitan evolusi dengan panda yang kita kenal.

Terdapat dua teori tentang sejarah evolusi panda. Pertama, moyang (common ancestor) kepada panda ialah beruang karnivor yang berasal dari Eropah. Kemudian bermigrasi serta berevolusi ke Asia seiring dengan perubahan ekosistem dan iklim.

Teori kedua pula ialah asal-usul panda ternyata berasal dari Asia, kemudian kepelbagaian spesis ini merebak ke Eropah. Namun sayangnya spesis panda di luar Asia terutamanya Eropah tidak dapat bertahan lama, hanya panda di Asia saja yang masih bertahan sehingga kini.

Teori kedua ini nampak munasabah kerana panda China telah lama hidup selama 8 juta tahun dahulu. Tambahan lagi, fosil gigi haiwan berupa panda yang ditemui di Hungary pada tahun 2017 menunjukkan bahawa usia fosil itu hanya 2 juta tahun dulu.

Akhir kata, beli juga buku terbaru kami bawah imprint fiksyen kami. Ada pra-tempah dan harga diskaun sedang ditawarkan untuk para pembeli. Beli di webstore kami.
Pencari Cincin Sakti: http://bit.ly/CincinSaktiStore
Sate Untuk Jembalang: http://bit.ly/SateJembalangStore
Kombo: http://bit.ly/komboPCSSUJ

Dengan wujudnya fosil gigi panda Agriarctos nikolovi, barulah saintis mendapat gambaran asas tentang dunia evolusi panda yang selama ini kabur untuk saintis sahkan. Ternyata moyang panda adalah beruang karnivor yang pernah bermaharajalela di Eropah, kemudian bermigrasi ke Asia untuk mencari habitat yang lebih panas, kemudian wujudnya panda China yang berwarna hitam putih dan menyukai pokok buluh.

RUJUKAN:

Cassella, Carly. 1 August 2022. Europe Once Had Its Own Giant Pandas, and They Didn’t Eat Bamboo. Science Alert.

Cassella Carly. 8 May 2019. Mostly Vegan Pandas Have a Surprising Carnivorous Quirk to Their Diet. Science Alert.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply