Selalu kita dengar peniaga meniaga dengan harga yahudi, atau bahasa mudahnya mahukan keuntungan berganda dengan modal yang kecil. Kali ni saya nak tulis satu rekaan bangunan arkitek dari Israel yang menggunakan konsep yang sama. Bangunan nak cantik dengan kos yang sangat minima.

Sistem ini dinamakan Pal-Kal. Ianya ialah rekaan untuk struktur lantai siling untuk bangunan bertingkat yang digunakan secara meluas di Israel. Satu lapisan besi bar (reinforced steel bar) diikat pada dinding kemudian satu lagi lapisan besi bar dengan tambahan plat besi sebagai lapisan lantai. Bahagian diantara dua lapisan besi itu dibiarkan kosong.

Konkrit kemudiannya dituang diatas lapisan plat besi itu untuk membentuk lantai. Lapisan konkrit sangat nipis dengan ketebalan 6cm malah ada juga portal kejuruteraan yang menulis ukuran 1cm. Untuk memperkemaskan bahagian bawah, siling kapur dipasang untuk menutup besi bar yang menjadi asas struktur lantai tu.

Rekaan struktur besi yang dijadikan asas lantai
Bahagian dalam struktur lantai yang kosong

Pemaju dan pereka sistem bernama Eli Ron. Dia ialah seorang ketua jurutera Pentadbiran Kerja Awan Israel (Public Works Administration) sekitar tahun 1970.

Sistem struktur bangunan ni digunakan secara meluas sejak tahun 1980. Beratus bangunan di Israel menggunakan sistem ni termasuk sekolah, dewan keramaian, dan pusat beli belah.

Satu kejadian runtuh4n siling yang meragut ny4wa seorang pekerja yang berada di dalam bangunan itu pada tahun 1995 di Ashdod. Pihak kerajaan Israel melalui jabatan piawaian ( Standards Institute) melantik panel untuk melakukan kajian terhadap rekaan struktur ini. Panel yang dilantik merumuskan struktur binaan ini tidak selamat dan beris1ko.

Pada ogos 1996, kementerian dalam negeri Israel telah mengeluarkan perintah untuk semua pihak berkuasa tempatan supaya tidak lagi menggunakan sistem ini dan arahan mengosongkan bangunan yang dibina dengan sistem ini.

Dua tahun selepas itu, kementerian dalam negeri Israel mengeluarkan memo kedua untuk melakukan pemeriksaan semua bangunan supaya dapat mengenalpasti bangunan mana yang masih menggunakan sistem ini. Kebanyakan pihak berkuasa tempatan dan pemilik bangunan mengabaikan arahan ini termasuklah Perbandaran Jerusalem (Jerusalem Municipality).

Pada tahun 2001, satu bencana telah terjadi di Versailes Hall, di Jerusalem. Kejadian ini mer4gut 23 nyAwa dan menceder4kan lebih 300 orang. Semasa kejadian, satu majlis perkahwinan sedang dijalankan dengan lebih kurang 700 tetamu berada dalam bangunan itu.

Disaat semua orang sedang gembira menari meraikan majlis perkahwinan itu, lantai dewan yang berada ditingkat tiga telah runtuh. Runtuhan membentuk sebuah lubang besar pada lantai. Semua yang berada dibahagian tengah dewan telah jatuh ke tingkat satu bangunan itu.

Terdapat beberapa rakaman video amatur semasa kejadian runtuhan itu berlaku dan boleh ditonton di youtube (lihat rujukan).

Runtuhan pada lantai dewan selepas kejadian
Kerja mencari dan menyelamat dibawah runtuhan sedang dilakukan
Kesan runtuhan pada lantai dewan

Selepas siasatan dilakukan, pihak berkuasa mendapati bangunan ini menggunakan sistem lantai Pal-Kal yang telah dihar4mkan. Pemilik Versailes Hall turut melakukan kesalahan melakukan pengubahsuaian bangunan tanpa kelulusan pihak berkuasa.

Bangunan ini pada asalanya direka dengan dua tingkat saja. Akan tetapi, semasa proses pembinaan bangunan ini, kontraktor dan pemilik bangunan telah menukar rancangan untuk menyamakan ketinggian bangunan bersebelahan. Tingkat ketiga mempunyai ketinggian dinding yang rendah sedikit berbanding tingkat 1 dan 2.

Sebelum kejadian ini juga pemilik dewan ini bertindak membuang dinding pemisah (partition wall) untuk menambah keluasan dewan. Tanpa disedari, dinding ini menjadi penyokong bahagian lantai atas. Selepas itu, lantai siling atas kelihatan melandut namun ianya diabaikan oleh pemilik bangunan.

Pada tahun 2004, pemilik bangunan Versailes Hall iaitu Adi Avraham, Efraim Adiv dan Uri Nissim dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun setengah atas kesalahan kelalaian sehingga menyebabkan kemat1an. Hakim berpendapat mereka sepatutnya meminta nasihat jurutera sebelum melakukan pengubahsuaian bangunan itu.

Pada tahun 2007, Eli Ron dan tiga jurutera syarikatnya iaitu Shimon Kaufman dan Dan Sheffer dan Uri Pessah dijatuhkan hukuman penjara atas kesalahan kelalaian sehingga menyebabkan kemat1an.

Keluarga mangsa yang terlibat dengan kejadian ini menerima bayaran pampasan.

RUJUKAN:

  1. Editor (2001) The Pal-Kal system, New Civil Engineer Website. https://www.newcivilengineer.com/latest/the-pal-kal-system-31-05-2001/
  2. Matthys Levy (FICE, Chairman-Emeritus) (2011) The Pal-Kal Affair—Examining the Versailles Hall Collapse, Structural Engineering International, 21:4, 514-519, DOI: 10.2749/101686611X13131377726162
  3. Ilan Erenbach (2016) 15 Years Later, Versailles Wedding Hall Victims Get Compensation, Hamodia Website. https://hamodia.com/2016/09/28/15-years-later-versailles-wedding-hall-victims-get-compensation/
  4. Anat Georgi (2002) Experts Warned in 90s: Pal-Kal Is Risky, Haaretz Website. https://www.haaretz.com/1.5326163
  5. Video dokumentari runtuhan. https://www.youtube.com/watch?v=5UOb7RBWlak

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Diploma Pengurusan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, Ranaco Education & Training Institute (RETI). Bidang penulisan sebagai pengisian masa lapang. Minat dalam bidang psikologi pekerjaan dan teknologi bangunan. "Hidup tak pernah adil. Tindak balas kita berbeza." - Azam Abu Bakar, 2019

Comments are closed.