Edward O. Wilson mungkin seseorang yang jarang didengari rakyat Malaysia. Beliau merupakan antara penyumbang penting untuk dunia sains.

Beliau membanting tulang melalui penyelidikan saintifik, bertujuan untuk mencari jawapan bagi persoalan-persoalan penting tentang asal-usul kehidupan. Sebab itulah beliau dikenali sebagai “Darwin Baru”, “Pewaris Darwin”, dan “Charles Darwin Abad Ke-21”.

Dan beliau meninggal dunia pada 26 Disember 2021, berusia 92 tahun, di Burlington, Amerika Syarikat.

Dua tahun lalu…

Sebelum ulas lebih lanjut, kena cakap siap-siap. Wilson tidak pernah berkata manusia hari ini berevolusi daripada beruk. Malah Charles Darwin sendiri tidak pernah berkata sedemikian. Baca di sini untuk faham apa Darwin cakap.

Mendampingi Pokok Dan Serangga

Perjalanan E.O. Wilson bermula di Universiti Harvard pada tahun 1956. Ketika ini, Wilson mendapat ilham yang mungkin berlainan untuk dibandingkan dengan corak pemikiran saintis lain.

Selalunya untuk faham tentang manusia, saintis akan menelaah ilmu antropologi. Walau bagaimanapun, Wilson tunduk ke tanah terlebih dahulu. Senang cakap, untuk faham evolusi organisme besar (macroevolution), kena faham evolusi organisme halus (microevolution) dulu.

Ilmu pengetahuan beliau tentang semut memang tidak boleh ditandingi sesiapa. Kerana sepanjang hidup, beliau sentiasa mencari jawapan.

Contohnya, Teori Darwin (natural selection) tidak boleh diguna pakai untuk faham tentang sifat kerjasama semut. Kalangan semut tiada akal untuk berfikir.

Akan tetapi, koloni semut tidak langsung bersaingan antara satu sama lain.

Ant Man.

Malah semut betina sudi mengabdikan diri untuk memelihara anak-anak ratu… sampai ke tahap menggadaikan kesuburan mereka tanpa menjejaskan kolam genetik (genetic pool) koloni sendiri (Zimmer, 2021).

Untuk menjawab persoalan ini, Wilson sanggup turun padang dan kaji tingkah laku semut secara praktikal. Dari sini, beliau mengenal pasti pengaruh feromon (pheromone) iaitu bahan biokimia digunakan semut untuk menyatukan sebuah koloni (Tenn, 2021).

Cuba bayangkan betapa luasnya pengaruh biokimia feromon dalam alam semut. Macam mana manusia bertutur; macam itulah semut berferomon. Dengan fitrah biokimia inilah semut mencari makanan, meminta pertolongan dan mengenal pasti jika sahabat mereka masih hidup (Sullivan, 2021).

Sama seperti saintis lain, penemuan ini membuka laluan kepada soalan-soalan lain yang dijawab satu demi satu sampai Wilson digelar “Ant Man”.

Antara soalan menarik untuk diulaskan adalah berkenaan Teori Imbangan Spesis. Bersama Daniel S. Simberloff, beliau menghαpυskan semua spesis serangga dalam sebuah kawasan kecil di Florida Keys. Wilson dan Simberloff kemudian mendapati spesis lain (haiwan jenis sama) datang ambil alih kawasan tersebut (Henning, et al., 2017).

Bapa Sosiobiologi

E.O. Wilson telah menemui lebih daripada 400 spesis semut, yang dikaji begitu mendalam. Beliau mendidik orang ramai dengan maklumat dikumpulkan begitu lama.

Apa yang beliau cuba sampaikan sebenarnya mudah. Pembangunan perlu dikawal, untuk menjaminkan kemandirian hidupan liar.

Alam harus dipulihara dengan baik. Sebagai saintis, beliau berkempen dengan gigih untuk meluluskan sebuah akta pro-hutan, yang malangnya gagal apabila sampai pada tangan Kongres Amerika Syarikat

Walau bagaimanapun, kegagalan ini tidak menjadi halangan untuk kaji tentang manusia pula. Kiranya, beliau tidak mengehadkan kajiannya pada pengaruh pemilihan semulajadi dalam dunia serangga.

Dalam buku On Human Nature, beliau mengulas Teori Darwin dengan dapatan lebih lanjut berdasarkan penemuan berteknologi lebih maju. Dalam pengamatan beliau, evolusi meninggalkan jejak yang terbukti dalam bentuk amalan harian manusia seperti sifat berasa terima kasih.

Perginya seorang ilmuwan…

Menarik jika tengok balik macam mana penyelidikan Darwin disambung Wilson. Persoalan sekarang, siapa akan menyambung legasi Wilson?

RUJUKAN:

Henning, J., et al. (2017). The Arising and Established Researchers. Bulletin of the Ecological Society of America. 98 (4): 270-276.

Sullivan, P. (2021, Disember 27). Edward O. Wilson, Harvard naturalist often cited as heir to Darwin, (ditapiskan) at 92. The Washington Post.

Tenn, C. (2021, Disember 27). E.O. Wilson, Renowned Ant Researcher, (ditapiskan) at 92. The Scientist.

Zimmer, C. (2021, Disember 27). E.O. Wilson, a Pioneer of Evolutionary Biology, (ditapiskan) at 92. The New York Times.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply