Dua pakar forensik yang juga saksi pakar bagi prosiding inkues kematian pegawai bomba Muhammad Adib Mohd Kassim membuat laporan polis berhubung ugutan serta cubaan mempengaruhi penilaian mereka membabitkan kes terbabit.

Salah seorang pakar forensik mendakwa seorang lagi saksi pakar telah cuba meyakinkannya serta seorang lagi saksi lain untuk menandatangani surat persetujuan bahawa kecederaan di dada kanan dan di lengan atas, sebelah kanan Adib, berpunca daripada pintu kiri kenderaan EMRS.

“Saya membuat laporan ini kerana beliau telah cuba pujuk dan yakinkan saya dan Dr XX, di luar prosiding mahkamah, untuk bersetuju mengesahkan kecederaan di dada kanan dan lengan atas kanan berpunca dari pintu kiri kenderaan EMRS.

“Selain itu saya merasa tidak berpuas hati dengan kata-kata beliau “jika tidak bersetuju either you going down or i’m going down…,” menurut laporan terbabit.

Kejadian berlaku pada April 11 iaitu ketika ketiga-tiga pegawai terbabit hadir ke Balai Bomba Subang Jaya bagi memeriksa kenderaan EMRS serta melihat proses rekonstruksi.

Sementara itu laporan polis kedua yang dibuat seorang lagi saksi pakar mendakwa cubaan untuk mempengaruhi penilaian mereka bukan sahaja boleh menjejaskan integriti mereka sebagai saksi bahkan dilihat sebagai satu perbuatan yang tidak menghormati mahkamah.

Kedua-dua saksi pakar terbabit membuat laporan polis di ibu pejabat polis Subang Jaya pada Sabtu lepas.

Dalam pada itu Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat mengesahkan laporan polis terbabit.

Kata beliau pada jam 9.28 malam 20 April 2019 Sabtu lalu, dua doktor pakar daripada Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur telah membuat laporan polis di Balai Polis Subang Jaya.

“Kedua dua mereka adalah saksi doktor pakar dalam inkues kematian Mohammad Adib Mohd Kassim.

“Kes diklasifikasikan dibawah Seksyen 189 Kanun Keseksaan iaitu ugutan Bencana kepada seseorang Penjawat Awam. Tiada sebarang kenyataan lanjut akan dibuat (polis) memandangkan inkues sedang dijalankan,” tegas beliau.

Dua pakar forensik yang memberi keterangan dalam inkues Adib adalah Dr Ahmad Hafizam Hasmi dan Datuk Dr. Md Shah Mahmood.

Manakala seorang lagi pakar yang dipanggil adalah Prof Shahrom Abdul Wahid.

#Justice4adib

RUJUKAN:
Pakar forensik saksi inkues Adib buat laporan polis dakwa diugut saksi lain. https://malaysiagazette.com/blog/2019/04/23/pakar-forensik-saksi-inkues-adib-buat-laporan-polis-dakwa-diugut-saksi-lain?fbclid=IwAR2QWULgfEy-Hnmifvg0oSSixRdB2s7YIZeSZEYqgFCMO-pqeABiDNGgcVU


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Khairul Azri mula menceburkan diri dalam bidang pelaburan dan pasaran kewangan semenjak 7 tahun lalu. Mulai dikenali kerana tulisan-tulisan berkaitan ekonomi di Facebook pasca PRU14 lalu dalam bahasa yang mudah difahami berserta sumber dan rujukan yang tepat.

Comments are closed.