Ekonomi dan aliran pemahaman ekonomi tidak sama seperti ‘exact sciences’. Ekonomi mempunyai pelbagai ‘mazhab’, antaranya:

Mercantalism
Libertarianism
Neo-mercantalism
Classical
Neo-classical
Keynesian Economics
Neo-Keynesian Economis
Monetarism 
Saltwater/Freshwater (dan banyak lagi).

Kesemuaya memberi kerangka berlainan kepada pemahaman mekanisme ekonomi, sekaligus pendekatan yang berbeza kepada masalah ekonomi. Ambil contoh, sekiranya keadaan ekonomi semakin tenat: sebilangan falsafah memberi syor agar Kerajaan campur tangan. Sebahagian lagi kata jangan campur tangan langsung, biar ‘invisible hand’ (atau market force) yang akan perbetulkan semula keadaan.

Sebarang campurtangan akan menyebabkan keadaan ekonomi bertambah teruk. Secara kasar – inilah gambarannya, Begitu juga dengan sasaran sebahagian falsafah ekonomi: ada yang mementingkan GDP/KDNK semata-mata. Ada pula yang menekankan kesaksamaan.

Universiti-universiti juga memberikan impak kepada aliran ekonomi (sama seperti hubungan antarabangsa). Universiti Chicago terkenal dengan aliran neo-classicalnya, sehinggakan sekumpulan penasihat ekonomi yang membawa fahaman itu ke Amerika Latin. London School of Politics and Political Science (LSE) pula markas ‘Fabian Society’ di UK, yang berhaluan kiri serta mengenengahkan campurtangan kerajaan dalam ekonomi.

Sama ada hendak ‘peg’ atau ‘float’ matawang negara juga bergantung kepada fahaman ekonomi masing-masing. Bahkan konsep ekonomi juga sering diperdebatkan. Kerana itu berlaku perdebatan sama ada ‘cash handout’ berkesan atau tidak, kesesuaian ‘universal basic income’ dan sebagainya berlaku antara sarjana ekonomi – kerana aliran pemahaman mereka berbeza.

Jadi dalam menilai hujah-hujah para ahli ekonomi, tidak perlu lah label para pensyarah sebagai ‘macai BN’ atau ‘macai PH’. Kalau tak pandai ulas isu ekonomi, jangan lah terus tuduh ‘professor kangkung’ atau ‘professor makan dedak’ hanya kerana kita tidak bersetuju dengan kajian mereka. Simpan sikit ‘kepandaian’ tu, nampak sangat keyboard warrior. Elok kita perhatikan penghujahan para ahli ekonomi, nilai sendiri hujah mereka dan kaji semula perspektif politik kita.

Kalau mereka kata ekonomi semakin bagus, apa penanda arasnya? Mengapa? Kalau sebaliknya pula, mengapa dan bagaimana? Kaji, baca dan faham. Bukan baca ‘headline’ terus share. Ramai di kalangan pensyarah saya dahulu – khususnya dari bidang ekonomi, politik dan pentadbiran mengeluh apabila pelajar bertanya sama ada kenyataan mereka ‘anti’ atau ‘pro’ kepada sesuatu parti. Sedih kerana ramai pelajar yang berfikiran ‘binari’ dan terus terlingkup dalam ruang pemikiran terhad itu.

Buat yang aktif dalam politik pula, pesanan saya – jangan jadikan parti politik itu sebagai iman. Parti politik itu ‘wadah’ perjuangan, bukannya perjuangan. Bezanya nampak kecil, tetapi sebenarnya besar kerana boleh membezakan antara yang berfikiran rasional dan yang menjadi zombi politk.

Gambar: Rolf Lüders Schwarzenberg (tiga dari kiri), mantan Menteri pada zaman Pinochet bersama para ‘Chicago Boys’, yang membawa pendekatan ekonomi neoliberalisme di Chile. Mereka menggesa Pincohet supaya menghentikan kawal seliaan harga, merancakkan penswastaan, dan mengesyorkan pelbagai lagi dasar pasaran bebas kepada Chile.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Syed Nizamuddin bin Sayed Khassim merupakan pegawai tadbir dan diplomatik berkelulusan Ijazah dalam Pentadbiran Awam (Masters in Public Administration) dari Universiti Malaya. Beliau juga turut memperoleh Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sains Pentadbiran dari UiTM Sarawak.

Comments are closed.