Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Kalau diperhatikan pakaian yang disarungkan oleh anggota perubatan semasa mengendalikan kes Covid-19, ianya menutup setiap inci tubuh dari atas ke bawah.

Ya. Memang panas dan membuatkan mereka berpeluh, tapi itulah yang perlu dilakukan. Mereka juga manusia yang perlu mengelak daripada jangkitan virus. Mereka ada keluar dirumah yang perlu disara. Jika mereka terdedah kepada virus, keluarga mereka juga berisiko pendedahan.

Bermula dari atas, kepala mereka dipakaikan hud untuk menutup bahagian kepala hingga ke tengkuk. Penutup muka(visor) berwarna jernih akan melindungi muka mereka . Topeng muka akan dipakai untuk melindungi mereka daripada terhidu masuk virus berbahaya. Gaun/scrub dan seluar khas akan disarung ke tubuh. Sarung tangan getah untuk memastikan virus itu tidak melekat pada tangan mereka. Bahagian kaki akan dipakai but/sarung kaki khas sebelum memasuki bilik pesakit.

Gaun/scrub mestilah melepasi piawaian ditetapkan (ISO 17025, ISO 15190 etc), kalis cecair dan pakai buang. Sarung tangan yang diperbuat daripada bahan latex dipakai dengan dua lapisan. Rasa kelemasan tu tak boleh nak cerita, kena rasa sendiri baru tahu kot.

Cara untuk membuka pakaian ini bermula dengan membuka sarung tangan lapisan luar. Kemudian goggle atau pelindung muka(visor), gaun/scrub kemudian diakhiri dengan sarung tangan lapisan dalam. Petugas perubatan kemudian perlu mencuci tangan dan mengamalkan amalan hiegene tangan yang baik. Mengendalikan PPE yang telah digunakan semasa merawat kes penyakit berjangkit tanpa menggunakan PPE adalah tidak dibenarkan (Casanova, et.al 2008).

Ada bilik khas atau kawasan bertanda untuk proses memakai peralatan ini(donning). Begitu juga perlu ada kawasan/bilik khas untuk menanggalkan pakaian ini(doffing) selepas tamat shift/selesai tugas. Perlu ada seorang yang terlatih untuk mengawal selia kedua proses ini supaya tidak berlaku kesilapan yang boleh mengancam nyawa (CDC Guidelines).

Kesilapan semasa proses ini boleh menyebabkan jangkitan kepada petugas kesihatan. Virus dan bakteria yang melekat pada mana-mana bahagian PPE semasa mengendalikan pesakit masih aktif.

Akibat terlalu banyak pesakit dan kekurangan Alat Perlindungan Diri (PPE), doktor di China terpaksa merawat pesakit tanpa menggunakan topeng muka kerana ketiadaan bekalan topeng muka yang mencukupi. Bayarannya enam petugas kesihatan China meninggal dunia kerana jangkitan virus ini (Berita Harian,2020).

Dalam satu kenyataan WHO, berdasarkan bukti yang ada, virus COVID-19 adalah disebarkan melalui hubungan rapat (close contact) dan cecair yang keluar dari mulut pesakit(droplet contain virus), bukan melalui udara (airborne). Orang yang paling berisiko jangkitan adalah mereka yang mempunyai hubungan rapat dengan pesakit atau yang menjaga pesakit COVID-19.

WHO juga telah menggariskan panduan untuk etika pakaian dan PPE semasa mengendalikan kes Covid-19.

Dalam satu keratan akhbar pada bulan Januari lalu menyatakan kesiapsiagaan KKM untuk mengendalikan kes Covid-19, bekalan PPE yang mencukupi untuk petugas kesihatan. Peningkatan kes yang saban hari kian meningkat makin membimbangkan. Harapnya kita tidak berhadapan situasi kekurangan PPE seperti apa yang terjadi pada China.

Sama-sama kita hentikan penyebaran wabak Covid-19. Semoga petugas kesihatan kita berada dalam keadaan baik untuk terus menjadi barisan hadapan yang kukuh untuk melawan wabak ini.

RUJUKAN:

  1. Berita Harian Online (2020) 6 kakitangan kesihatan China maut, 1,716 dijangkiti COVID-19
    https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2020/02/655661/6-kakitangan-kesihatan-china-maut-1716-dijangkiti-covid-19
  2. Casanova, L., Alfano-Sobsey, E., Rutala, W. A., Weber, D. J., & Sobsey, M. (2008). Virus transfer from personal protective equipment to healthcare employees’ skin and clothing. Emerging infectious diseases, 14(8), 1291–1293. https://doi.org/10.3201/eid1408.080085
  3. Guidance on Personal Protective Equipment (PPE) To Be Used By Healthcare Workers during Management of Patients with Confirmed Ebola or Persons under Investigation (PUIs) for Ebola who are Clinically Unstable or Have Bleeding, Vomiting, or Diarrhea in U.S. Hospitals, Including Procedures for Donning and Doffing PPE. Centers for Disease Control and Prevention, https://www.cdc.gov/vhf/ebola/healthcare-us/ppe/guidance.html
  4. Rational use of personal protective equipment for coronavirus disease 2019 (COVID-19), WHO Interim Guidance. https://apps.who.int/iris/bitstream/handle/10665/331215/WHO-2019-nCov-IPCPPE_use-2020.1-eng.pdf

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Diploma Pengurusan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, Ranaco Education & Training Institute (RETI). Bidang penulisan sebagai pengisian masa lapang. Minat dalam bidang psikologi pekerjaan dan teknologi bangunan. "Hidup tak pernah adil. Tindak balas kita berbeza." - Azam Abu Bakar, 2019

Comments are closed.