Pak Menteri, Berhentilah Fitnah Kempen BMBF…

2,585

Menteri KPDNHEP YB Saifuddin kata bahawa kumpulan-kumpulan NGO yang membawa kempen #BMBF dan #BMF ni dah “tukar skrip” selepas mendengar penjelasan melalui berita dan sewaktu dengannya tentang implikasi menjalankan boikot ni.

“Pemikiran mereka telah berubah, Mula-mula mereka kata nak boikot dan kemudian mereka ‘tukar skrip’ jadi ‘Buy Muslim first’. Manakala konteks kita pula adalah kita promot ‘Buy Malaysian First’. [1]

Ni lagi sorang YB ‘cerdik’, macam YB Mujahid jugak.

Tak tahu nak gelak ke nak marah, sebab macam sengal sangat tiba-tiba nak claim kerana penjelasan kerajaan baru NGO ni semua buat kempen ‘Buy Muslim First’ instead of Boikot.

Hello, yang dok kalut ‘promosi’ kempen ‘Boikot’ ni adalah pak menteri sekalian serta YB-YB dalam parti Parti Harapan.

Sebab apa den kata begitu?

NGO tak pernah sebut pun boikot itu dan ini.

Berbuih-buih NGO dan pendokong BMBF explain yang ini bukannya kempen Boikot selama berminggu-minggu..

Boleh tengok sendiri logo-logo mereka dari Day-1 lagi yang memang secara jelas dan nyata mengajak untuk fokuskan pengutamaan barangan Bumiputera dan Muslim.

Takde langsung perkataan BOIKOT.

Yang sebut BOIKOT ni adalah PM, MP² PH, Menteri Usahawan, Menteri Kewangan, Bakal PM-8, dan kamu sendiri yang bertugas sebagai Menteri KPDNHEP.

Masuk TV, masuk paper dsbnya.

Kemuncaknya adalah bila sampai keluar kenyataan rasmi macam ini daripada jemaah menteri yang kononnya ‘Boikot’ memang berlaku.

Sebenarnya yang TUKAR SKRIP itu adalah kamu wahai YB menteri

Orang-orang dalam kerajaanlah yang lancarkan Kempen Boikot Perniagaan Bukan Muslim bila hari ratib boikot, boikot, boikot.

Benda yang tak ada, nak di ada-ada kan.

Bila dah kecoh sampai ada perusahaan bukan Muslim dan Bumiputera dah panik..

Baru kamu acah-acah nak buat kempen ‘Buy Malaysian First’ yang memang dah ada sejak dulu lagi.

Sekian.

RUJUKAN:

[1]Boycotters of non-Muslim products now say buy Muslim products first
https://www.nst.com.my/news/nation/2019/09/519484/boycotters-non-muslim-products-now-say-buy-muslim-products-first

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.