Dalam lipatan sejarah dunia, normal keselamatan para pemerintah kerajaan dikawal oleh pengawal keselamatan. Tetapi amat jarang mendengar pemerintah yang dijaga oleh sekumpulan pengawal wanita seperti pahlawan Amazon yang menjaga ratu mereka dalam filem Wonder Woman. Tetapi itulah yang dicatatkan dalam lipatan sejarah Thailand.

Sekitar abad ke-17, pengawal Raja Siam terdiri daripada orang luar dan berstatus askar upahan. Kebanyakan askar upahan ini berasal dari Eropah terutama Perancis, Parsi dan Jepun. Sesetengahnya terhasil hasil jalinan hubungan luar yang erat antara pemerintah Siam ketika itu, Raja Narai dengan Perancis.

Selain tentera upahan Eropah, samurai Kristian dari Jepun turut diambil sebagai pengawal diraja Raja Siam. (Gambar hiasan)

Namun begitu, ia mencetuskan pemberontakan pada 1688 oleh kelompok bangsawan yang tidak puas hati dengan hubungan rapat baginda dengan Perancis. Pengganti Raja Narai, Raja Phetracha yang menolak kehadiran pihak asing memilih membentuk kumpulan pengawal wanita elit sebagai pengganti pengawal dan tentera asing yang menjaga kerabat diraja Siam.

Kumpulan pengawal Amazon ini dikenali sebagai Krome Klone dan terdiri daripada 400 orang pengawal. Ia dibahagikan kepada empat buah batalion dengan setiap batalion diketuai seorang kapten wanita. Penyerahan tanggungjawab kapten kepada kapten yang lain dibuat menerusi satu proses pemilihan teliti yang dimulakan semasa era Raja Chulalongkorn.

Wanita yang terpilih akan menyertai Krome Klone pada usia 13 tahun sebelum bersara pada usia 25 tahun. Pada usia 25 tahun, mereka akan bersara dan berkhidmat sebagai askar simpanan.

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, KITAB TAMADUN CINA di webstore kami: https://bit.ly/KTCAyman

Selepas menyertai istana, mereka perlu mengangkat sumpah memelihara dara mereka – satu klausa wajib yang perlu dipatuhi semasa menjadi sebahagian daripada Krome Klone. Pengecualian hanya diberi jika salah seorang daripada ahli Krome Klone ini menambat hati Raja Siam dan menjadi isterinya.

Semua calon Krome Klone perlu kelihatan cantik dan kuat terutama semasa memakai pakaian uniform. Semasa upacara-upacara diraja dan kerajaan, senjata pilihan mereka ialah lembing. Tetapi mereka juga turut dilatih menggunakan senjata moden ketika itu seperti senapang lantak dan pistol.

Kemahiran mereka sememangnya menakjubkan lebih-lebih lagi dengan keperluan berlatih terutama dua kali seminggu berhampiran Bangkok. Sekali setiap bulan, latihan mereka dipantau oleh Raja Siam atau ahli kerabat diraja.

Tidak mustahil raja terakhir yang meninjau latihan Krome Klone sebelum ia dibubarkan ialah Raja Chulalongkorn.

Terdapat banyak kelebihan dan pengiktirafan yang diberi kepada ahli Krome Klone. Ahli yang terbunuh akan diberi pengebumian tentera. Sementara tentera yang terselamat akan diarah berpuasa selama dua bulan sebagai tanda syukur dan berdoa bagi tujuan disiplin.  Menariknya, peranan Krome Klone hampir sama dengan peranan kumpulan pengawal yang bertanggungjawab melindungi raja dan ahli kerabat diraja Burma.

Raja Siam tidak akan ke mana-mana tanpa diiringi oleh Krome Klone. Disebabkan peranan mereka sebagai pengawal raja atau kerabat diraja, peranan domestik mereka diurus oleh lima orang wanita bagi setiap pengawal. Ini membolehkan mereka fokus kepada tugas tanpa dibebankan hal-hal remeh.

Tetapi Krome Klone hanya tinggal memori. Selepas bilangan wanita yang menyertai unit tersebut semakin berkurangan, ini mendorong Raja Siam (berkemungkinan era Raja Chulalongkorn) untuk membubarkan unit berkenaan. Walaupun unit keselamatan diraja Thailand terus ditambahbaik sehingga hari ini, kelibat unit pengawal Amazon ini sentiasa menjadi anekdot unik dalam sejarah mereka.

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, GENESIS II di webstore kami: bit.ly/GenesisIIZamir

RUJUKAN

Gupta, R. (2022, 16 Mei). The All-Women Guard of The King of Siam. Amusing Planet.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply