Bittersweet adalah satu nama band indie yang tidak asing lagi dalam pendengar muzik tempatan. Lagu-lagu seperti Kucing Hitam, Capital E, Hilang dan yang terbaru single bertajuk Racun Dunia (2019). Band yang memainkan genre British rock yang menjadi kegilaan anak muda. Ditubuhkan pada tahun 2004 dan kebanyakan lagu mereka berbahasa inggeris. Bittersweet percaya pengaruh bahasa yang mudah difaham semua itu boleh menjadi pendekatan terbaik untuk meluaskan pasaran sehingga ke peringkat antarabangsa.

Band ini dianggotai Hafizan Razali (vokalis), Herri Hamid (gitar), Munzir Azmi (gitar) dan Fadhilul Iqmal (keyboard) – 2018. Pasti anda tertanya-tanya di mana hilangnya Pijie iaitu vokalis Bittersweet yang asal? Masih ada, dan kini dia berkecimpung di dalam perniagaan bundle. Menurut Pijie, bundle kini adalah ‘muziknya’.

Sound yang dihasilkan dari Bittersweet mempunyai gabungan dari band rock British. Oasis, The Stone Roses, dan The Beatles. Mereka bereksperimentasi bunyian brit rock dan garage pop dipengaruhi dari Britain sekitar 70-an, 80-an dan 90-an, mencipta niche stail muzik mereka tersendiri. Lirik mereka berkisar realiti hidup yang menginspirasi mereka untuk mencipta muzik.

Pada tahun 2016, Bittersweet merilis album pertamanya iaitu ‘Perfect Match’ yang memuatkan 10 buah lagu di bawah label History Records.  Debut pertama mereka memberi impak pada band Brit-Rock di Malaysia.

A Perfect Match (2006)

  1. A Perfect Match
  2. Simone
  3. Come On
  4. It’s Monday
  5. In Bloom
  6. Get In On
  7. Going Into The
  8. Big Black Hole
  9. Capital E
  10. Kucing Hitam

Dengan sokongan dari peminat muzik tempatan, mereka berjaya merilis album kedua yang bertajuk ‘Empire Transition’. Ia seolah-olah mempunyai magis tersendiri apabila berjaya memukau peminat seluruh Asia.

Empire Transition (2011)

  1. Untitled
  2. Four Years
  3. Ceritera
  4. Burn It Down
  5. Knights of The Round Table
  6. 1234
  7. What I’ve Been Looking For
  8. Midnight Tripping
  9. Older Than Before
  10. Secret
  11. Shiver
  12. Next Aidilfitri
  13. Getaran Jiwa

Dan sehinggalah ke album BTSWT yang memuatkan tujuh buah lagu.

BTSWT (2016)

  1. Revelation
  2. Down To Me
  3. Control
  4. Inspire Desire
  5. Let It Fall
  6. Lukisan
  7. Hilang

Bittersweet telah membuat tour di Jakarta, Bandung, Singapura dan seluruh Malaysia. Mereka juga adalah duta rasmi Puma Malaysia.

Pahit manis band ini dengan keluarnya Pijie dari band, penerimaan Fizan sebagai vokalis baru, Herri kemalangan jalan raya, dan lain-lain lagi mematangkan perjalanan band dari Ipoh ini. Penulis begitu terkesan mendengar lagu Hilang kerana vokalisnya adalah Herri sendiri.

Dan berita gembira buat peminat Bittersweet, kemungkinan album baru mereka akan dilancarkan pada tahun 2020. Mereka sedang dalam proses merekod lagu-lagu baru.

RUJUKAN:

Laman Rasmi FB Bittersweet


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Mirza Danish merupakan seorang copywriter yang bekerja di syarikat swasta. Seorang pembaca dan juga penulis cerpen. Masa lapangnya diisi dengan bermain gitar, membuat vlog dan juga pergi ke gig pada hujung minggu. Juga merupakan seorang fanclub 'Hujan' yang digelar Raingers. Graduan dari UiTM Pasir Gudang dalam bidang kejuruteraan awam.

Comments are closed.