Saya tidak pasti siapa mula-mula yang mendakwa bahawa peribahasa “Harapkan pagar, pagar makan padi” itu salah dan baginya yang betul adalah pegar.

Saya juga tidak pasti dari sumber mana mereka membuat rujukan dalam membuat dakwaan ini. Apa yang jelas, dakwaan ini timbul dari sangka-sangka sahaja.

Dakwaan ini sebenarnya salah sama sekali. Di sini saya akan membawakan hujah ilmiah mengapa peribahasa “Harapkan pagar, pagar makan padi” itu merupakan satu peribahasa yang betul, bukannya harapkan pegar, pegar makan padi. Hujah saya adalah seperti berikut:-

1) Tiada mana-mana sumber sejarah yang membuktikan bahawa dalam tradisi Melayu, ayam pegar diharapkan untuk menjaga padi. Apakah anda mengira nenek moyang kita dulu terlampau bodoh hingga menjadikan binatang yang memakan padi sebagai penjaga padi???

2) Membuat pagar di sawah padi merupakan satu tradisi penting dalam masyarakat Melayu pada zaman dulu. Malah amalan membuat pagar di sekeliling sawah merupakan satu penekanan undang-undang Melayu silam. Sebagai contoh:-

Hukum Kanun Melaka yang digubal zaman Kesultanan Melaka (awal abad ke15 hingga awal abad ke-16) telah menyatakan seperti berikut:-

Fasal 22 ..Adapun hukum pagar huma (sawah) itu, jikalau sudah orang memagar, maka orang lain itu tiada terpagar olehnya. Jikalau dimakan babi atau dimakan kerbau, mengganti padi itu, kerana taksirnya tiada terpagar olehnya.

Jikalau habis padi itu, diganti semuanya. Demikianlah hukumnya. Adapun orang mencuri pagar huma (sawah) atau tanaman……..dihukumkan hakim

Undang-undang Seri Paduka Tuan pula ialah Undang-undang Negeri Kedah yang digubal pada tahun 1078 H (1667 M). Dalam Undang-undang Seri Paduka Tuan dicatatkan seperti berikut:-

Fasal kelima …Jikalau sudah menanam padi…maka pagar itu dengan siratnya. Maka teguhlah pagar itu kepada undang-undang.”

“Fasal keenam…Barang siapa tiada lagi sudah pagarnya, maka dimasuk oleh kerbau makan padi, tiadalah berganti...”

3) Berdasarkan peruntukan Undang-undang Melayu silam jelas sekali membuktikan bahawa amalan memagar sawah padi bukan saja menjadi satu tradisi zaman dulu, malah menjadi satu penekanan dalam undang-undang.

4) Mereka yang mendakwa bahawa tidak logik pagar boleh makan padi kerana pagar tidak bernyawa. Dakwaan sebegini sama ada muncul dari otak lurus bendul atau kurang pengetahuan terhadap sastera Melayu.

Perkataan-perkataan bahasa Melayu bukan hanya digunakan bagi menunjukkan makna hakiki, tapi ia juga sering digunakan untuk menunjukkan kiasan.

Sebagai contoh, ungkapan “kawan makan kawan”, makan bermaksud mengkhianati. Dalam ungkapan “penvmbuk makan rusuk” pula, ‘makan’ bermaksud mengh3nta4k. Ungkapan “nasihat makan dalam”, makan di sini bermaksud memberi kesan.

Antara contoh peribahasa lain yang menggunakan perkataan ‘makan’ sebagai kiasan ialah “Bagikan pahat, tidak ditukul tidak makan”. Jika gunakan maksud hakiki, pahat juga tidak boleh makan seperti pagar.

Jadi, makan dalam peribahasa “Harapkan pagar, pagar makan padi”, perkataan ‘makan’ di sini tidak boleh diterjemah dengan maksud hakiki, tetapi hendaklah diterjemah dengan maksud kiasan. Maka pagar makan padi dalam peribahasa ini bermaksud pagar memvsnahkan padi.

Bolehkah pagar musnahkan padi? Ya, boleh saja, jika pagar itu roboh tentu saja ia boleh musnahkan padi.

Jadi yang lurus bendul bukanlah nenek moyang kita kononnya menjadikan ayam pegar sebagai penjaga padi. Yang lurus bendul sebenarnya adalah mereka yang memaknai perkataan ‘makan’ dalam peribahasa tersebut dengan makna hakiki.

Amalan memagar sawah padi merupakan satu tradisi Melayu silam. Malah ianya terkandung dalam peruntukan undang-undang yang membuktikannya sebagai satu amalan penting dalam kehidupan masyarakat Melayu pada zaman dulu.

Walaupun ada yang menganggap ini isu remeh, tapi patutkah kita terus biasa dengan kesalahan? Jadi yang benar adalah pagar, bukan pegar!!!

Hasanuddin Yusof
Maktab Penyelidikan
Tamadun Alam Melayu dan Islam


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Memiliki Ijazah Sarjana Pentadbiran Undang-undang Islam (LLM), Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia. Kini sedang menyambung pengajian Doktor Falsafah di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia. Pengarah Maktab Tamadun Alam Melayu dan Islam.

Comments are closed.