P3rtempuran Karánsebes: Kisah Austria Meny3rang Sesama Sendiri Kerana Ar4k

692

https://shopee.com.my/thepatriotsasia

“Kalau anda rasakan bahawa anda membuat kesilapan, ingatlah pada 1788 tentera Austria meny3rang sesama sendiri dan keh!langan 10, 000 ny4wa. Semuanya berlaku kerana ar4k!”

Dua tiga hari ni isu ar4k kembali hangat berikutan kes pemandu m4buk menjadi punca kehilangan nyawa pengguna jalanraya lain yang tak berdosa. Namun tindakan susulan dilihat amat perlahan seolah-olah mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang melakukan kesalahan memandu dalam pengaruh alk0hol ni boleh melemahkan negara. Dan kebetulan, sejak kebelakangan ni banyak sangat berita pemandu m4buk melanggar orang.

Jadi aku nak tulis balik satu kisah yang patut dijadikan pengajaran kita semua, betapa ar4k ini penyebab sebuah bencana semasa zaman pasca pertengahan. P3rang yang dikenali sebagai Austro-Turkish W4r berlangsung pada 1787–1791, pep3rangan ini sebenarnya berpunca dari konflik antara Empayar Uthmaniyah dengan Empayar Russia yang kemudiannya disertai oleh Austria dibawah Monarki Habsburg.

Dalam pep3rangan ini ada satu p3rtempuran yang aku pun tak tahu nak gambarkan dalam perasaan sedih, gembira mahu pun kelakar. tapi bukan pasal p3rang Austro-Turkish ini secara keseluruhannya yang aku nak cerita, tapi pengajaran yang aku nak ambil dari peristiwa P3rtempuran Karánsebes saja. Ia bermula ketika rombongan ekspedisi sejumlah besar kira-kira 100,000 pasukan tentera Austria dari pelbagai etnik tiba di Caranberes, sekitar Sungai Timis di Romania.

Ketumbukan ini terdiri dari beberapa kumpulan dan semuanya memutuskan untuk mendirikan kem di sekitar kota tersebut. Manakala satu kontinjen ‘hussars’ (unit berkuda) keluar untuk melakukan tugas tinjauan, yang kemudiannya terserempak dgn sekumpulan konvoi gipsi Romania. Selepas bertanya tentang beberapa perkara berkenaan kota itu, orang Romani gipsi tersebut menawarkan ‘schnapp’ (sejenis ar4k) buat ask4r-ask4r Austria ini. Oleh kerana mereka terlalu ramai jadi mereka memutuskan untuk memborong semua minuman air kencing setan itu.

Biasalah kalau dah minum banyak mesti m4buk punya. Akhirnya ask4r-ask4r ini m4buk kritikal. Dah nampak bintang beputar atas kepala,  tanpa menyedari mereka didatangi satu kumpulan lagi ask4r Austria yg lain cuba menjenguk keadaan rakan-rakan mereka tu, Namun ask4r-ask4r yang masih dalam pengaruh alk0hol yang teruk ini menjadi panik kerana menyangkakan kawan-kawan yang mendatangi mereka tu adalah 4skar Turki Uthmaniyah.

Panik tercetus dalam sekelip mata, hanya beberapa jar4k saja jauh, terdengar jeritan “Turci! Turci!”, tanpa sebarang amaran akhirnya berlakulah tembak menembak dan meny3rang sesama sendiri. Baik, anda rasa ini dah cukup bangang? Sabar. Seperti yang saya maklumkan di permulaan cerita ini, kontinjen 4skar Austria ini dianggotai oleh 4skar dari pelbagai etnik yang bercampur aduk. Antaranya Croat, Serbs, Jerman, Itali. maka, semasa dalam keadaan huru-hara kelam-kabut itu ada seorang 4skar Austria berbangsa Jerman menjerit;

“Halt! Halt!” (dalam bahasa Jerman) , namun ask4r-ask4r yang masih m4buk itu menyangkakan ask4r Austria Jerman tu menjerit “Allah!! Allah!! Allah!!”. Kalimah itu menyebabkan persepsi mereka bahawa mereka sedang bert3mpur dengan tentera Uthmaniyah semakin bertambah lebih lebih lagi dalam keadaan m4buk. Kejadian ini diceritakan oleh ask4r Austria yang berjaya survive dari tragedi ini. namun kejadian ini masih diperdebatkan kebenarannya kerana ia diceritakan oleh seorang ask4r yang m4buk dan lari dari pert3mpuran.

Dua hari kemudian peronda tentera Turki Uthmaniyyah yg tiba di tempat kejadian melaporkan telah menemui hampir 1,200 m4yat tentera Austria dan sebahagian yang tercedera telah ditawan tentera Turki. Namun, terdapat klaim dari penulis biografi Emperor Holy Roman Empire yang bertegas mengatakan jumlah kasar k0rban jiw4 dan ced3ra akibat pert3mpuran sesama sendiri itu mencecah 10,000.

Tapi tak kisahlah berapa ramai yang m4ut tapi betapa dahsyatnya kesan m4buk alk0hol, hingga mampu menjadi penyumbang pembentukan sejarah. mampu merosakkan battalion tentera. Ar4k itu merosakkan komuniti, memisahkan anak dengan ibu bapa, meruntuhkan moral, meruntuhkan akhlak, meruntuhkan ketamadunan. Akhir kata, ar4k itu RAJA SEGALA KEJAHATAN.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.