P3rang Babi Yang Hampir Tercetus

1,435

Hubungan rapat antara Amerika Syarikat dan United Kingdom mula dipandang serius pada awal abad ke-20. Sebelum itu dua saudara ini boleh kata kerap juga bersengketa. P3p3rangan selalu berlaku atas banyak faktor – ekonomi, politik, sosial, dendam dan sebagainya.

Namun Amerika Syarikat dan United Kingdom pernah berper4ng selama beberapa bulan pada tahun 1859 atas sebab yang agak lucu.

Pada 15 Jun, seorang petani Amerika bernama Lyman Cutlar telah men3mb4k seekor babi hitam (spesis sus scrofa domesticus) kerana tidak tahan dengan kerosakan yang dilakukan oleh babi itu terhadap kebunnya.

Tanpa disangka, babi itu dimiliki Charles Griffin daripada Syarikat Hudson Bay daripada Ireland. Griffin membenarkan babi-babinya meliar bebas tanpa halangan kerana sepertimana semua tahu ahli politik juara pen3mb4k babi masih belum lahir lagi pada masa itu. Untuk menyelesaikan masalah, Cutlar menawarkan US$10 (US$280 nilai 2019) sebagai pampasan. Tetapi Griffin tidak berpuas hati dan menuntut US$100.

Berang, Cutlar mendakwa beliau tidak perlu bayar pun kerana babi tersebut menceroboh dan merosakkan kebunnya:

“Dia makan ubi aku!” (It was eating my potatoes!)

Dan Griffin pula membalas:

“Masalah kau lah sebab tak jaga ubi kau dari babi aku.” (It is up to you to keep your potatoes out of my pig.”

Apabila Griffin memanjangkan perkara ini kepada pihak berkuasa, British bertindak untuk memberkas Cutlar. Dan warga-warga Amerika pun memanjangkan hal ini kepada pihak berkuasa mereka.

Kerana seekor babi, Amerika dan British menggerakkan aset masing-masing.

Brigadier-Jeneral William S. Harney (Amerika) menghantarkan Kapten George Pickett dan 66 anggota daripada Rejimen Infantri Kesembilan ke Pulau San Juan dengan arahan supaya halang pendaratan British.

Promosi Buku DTT

Pergerakan ini menggusarkan British. Takut populasi Amerika akan membanjiri San Juan, British pula menghantar tiga kapal perang dibawah Kapten Geoffrey Hornby.

Tanpa diduga, anggota Pickett memasuki radius temb4kan HMS Satelitte. Pickett sempat mengeluarkannya beberapa kilometer di tanah tinggi berhampiran Teluk Griffin dan Selat Juan de Fuca sebelum bergerak ke arah selatan pula.

Hampir sebulan kemudian, situasi semakin tegang. Seramai 461 t3ntera dihantar Amerika Syarikat untuk bersiap siaga menentang lima kapal British yang membawa 2,140 anggota. Gabenor Koloni Vancouver iaitu James Douglas memerintah Laksamana Robert L. Baynes supaya mendarat di San Juan dan menyerang tentera Amerika. Baynes pula enggan berlawan dan dipetik membalas:

“Dua negara besar sedang berp3rang semata-mata sebab seekor babi!” (Two great nations in a w4r over a squabble about a pig.)

Gayanya Amerika pun mempunyai pendapat yang sama. Bersiap-siaga tetapi jangan sesekali melepaskan temb4k4n pertama.

Kedua pihak menunggu satu pihak untuk memulakan tembakan terlebih dahulu.

Selama beberapa hari, Amerika Syarikat dan British berbalas-balas makian. Pihak ini mengutuk sehabis mungkin pihak itu dengan harapan akan dit3mb4k. Namun disiplin ketenteraan kedua-dua pihak sangatlah teguh sampai apa yang diharapkan tidak berlaku. Dan apabila berita babi ini menyapai telinga Washington dan London, kedua-dua pemimpin menepuk dahi dan bergegas untuk tenangkan keadaan bagi mengelakkan krisis kedaulatan besar.

Pada bulan September, Presiden James Buchanan menghantar Jeneral Winfield Scott supaya berunding dengan Gabenor Douglas. Bagi Buchanan, masalah ini terlalu remeh berbanding dengan tekanan sosial yang kian berlarutan. Oleh kerana tekanan ini juga sebuah pep3r4ngan saudara meletus dua tahun kemudian. Rundingan diusahakan Scott berjaya menenangkan keadaan.

Tidak pasti jika Cutlar benar-benar membayar pampasan kepada Griffin. Namun yang pastinya, P3r4ng Babi ini mempunyai suatu kem4t1an sahaja… iaitu babi itu sendiri.

Kerana babi seekor, dua negara besar hampir berp3r4ng. Nasib lah kau babi…

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.