P. Ramlee suka tampil dengan berbaju Melayu untuk ke majlis rasmi baik di dalam negara mahupun di luar negara. Baju kebangsaan itu juga dikenakan oleh P.Ramlee untuk babak-babak yang bersesuaian dalam filem-filem lakonan dan arahannya.

Bagi P. Ramlee, berbaju Melayu adalah penampilan “jati diri” Melayu dan juga “budaya Melayu” yang disanjung tinggi olehnya. P.Ramlee sememangnya mempunyai semangat ke-Melayuan yang sangat tinggi.

“Dengan berpakaian Melayu saya tidak perlu memperkenalkan diri saya berbangsa apa, baju itu sendiri telah menggambarkan indentiti bangsa saya.” Itulah kata-kata yang selalu beliau katakan kepada para wartawan dan pemberita pada ketika itu.

Semasa menerima anugerah “Pelakon Lelaki Terbaik” melalui filem Anak-Ku Sazali di Tokyo, P. Ramlee naik ke atas pentas dengan menggunakan baju Melayu lengkap dan bersampin serta bersongkok.

Apabila muncul sebagai penyanyi undangan di dalam filem Love Parade keluaran Shaw Brothers Hong Kong, P. Ramlee muncul memakai baju Melayu songket dengan menunjukkan “jati diri” Melayunya di dalam sebuah filem Hong Kong yang semua pelakonnya berbangsa Cina. Isterinya Saloma juga mengenakan kebaya songket di dalam filem itu.

Satu keunikan P. Ramlee apabila beliau berbaju Melayu adalah cara beliau mengikat sampinnya dengan bentuk bunga di sebelah kiri pinggangnya, sementara songkoknya pula dimerengkan sedikit.

Perkara ini pernah ditunjukkan oleh P. Ramlee dalam filem Madu Tiga. Saya tertanya-tanya sehingga sekarang, adakah cara itu diperkenalkan oleh P.R amlee atau ianya sudah sering diamalkan oleh masyarakat di zaman itu.

Kalaulah P. Ramlee yang memperkenalkan cara ikatan samping itu sesungguhnya ianya sangat evergreen kerana ianya masih lagi diguna pakai sehingga ke hari ini.

RUJUKAN:

Bulanan Gelanggang Film
Gagak Di-Rimba – Abdullah Hussain
Erti Yang Sakti – Tun Ahmad Sarji


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Hidir Ali Razali seorang peminat tentang sejarah perfileman Melayu klasik. Beliau telah memulakan pengkajian dan mendalami perkembangan sejarah berkaitan sejak 25 tahun yang lalu.

Comments are closed.