Lebih 70 tahun yang lalu, kerajaan Poland telah mengisyiharkan per.ang terhadap negara yang merupakan rakan baiknya sendiri sejak beberapa dekad sebelum itu.

Pada 11 November 1941, kerajaan Poland yang dalam buangan di London mengirimkan pengisytiharan per.ang kepada Jepun. Apa yang menarik, Jepun bertindakbalas dengan menolak tawaran Poland secara baik menunjukkan bahawa cadangan itu tidak serius sepenuhnya.

Walaupun kedua-dua pihak tak pernah bersemuka dalam pertem.puran besar, situasi per.ang (state of w.ar) berterusan sehingga tahun 1957, menjadikannya salah satu peper.angan paling pelik pada abad ke-20 yang bergelora.

Presiden Republik Poland, Władysław Raczkiewicz dan Perdana Menteri, Władysław Sikorski.

Pengisytiharan per.ang Poland adalah lebih pelik kerana ia tidak mengisytiharkan per.ang ke atas dua negara yang menyer.angnya pada tahun 1939 iaitu Re.ich Ketiga (Jerman) dan Kesatuan Soviet.

Tetapi pengisytiharan per.ang sebaliknya dilancarkan terhadap Empayar Jepun, sebuah negara yang tidak ada kon.flik khusus dan bahkan telah menikmati kerjasama yang membuahkan hasil dan hubungan mesra dengan Poland walaupun selepas 1939.

Kerjasama Poland-Jepun bermula pada awal abad ke-20 semasa Per.ang Rusia-Jepun, di mana aktivis kemerdekaan Poland bekerjasama dengan perisikan Jepun dalam menentang Rusia. Apabila Poland mencapai kemerdekaannya, kerjasama ini terus berkembang.

Semasa Peran.g Rusia-Jepun meletus, rakyat Poland yang berada di bawah belenggu Tsar Rusia melihat konfl.ik ini sebagai peluang untuk mereka mencapai kemerdekaan.

Sebahagian rakyat Poland dilaporkan bertindak hingga ke tahap sanggup menggantung gambar Heihachiro Togo, komander Armada Gabungan Tentera Laut Imperial Jepun pada masa itu bersebelahan dengan gambar Virgin Mary dan Jesus Christ di mezbah keluarga mereka.

Ramai orang Poland mengucapkan tahniah kepada Jepun atas kemenangannya terhadap Rusia, pada masa yang sama mereka membina harapan penuh untuk mencapai kemerdekaan Poland.

Sejurus selepas meletusnya Per.ang Rusia-Jepun, dua pegawai Poland dihantar ke Jepun. Salah seorang daripada mereka ialah Jozef Pilsudski, pemimpin Parti Sosialis Poland yang kemudiannya menjadi ketua negara pertama Poland.

Jozef Pilsudski.

Beliau bersungguh-sungguh menawarkan bekerjasama dengan Jepun, Pilsudski dan pengikutnya mencadangkan penubuhan “Legion Poland of Poles” untuk mem.erangi tentera Rusia bersama-sama tentera Jepun.

Kumpulan Pilsudski memikirkan idea membekalkan Jepun dengan kepakaran perisikan mereka untuk membantu Jepun menentang Rusia.

Mereka juga merencanakan projek untuk meminta orang Poland yang telah dikerah ke dalam Tentera Rusia agar menyerah diri secara rela kepada Tentera Jepun, memandangkan kehilangan askar Poland pada fasa kritikal pertemp.uran akan memberi tamparan hebat kepada Tentera Rusia.

Individu Poland lain yang datang ke Jepun ialah Roman Dmowski, seorang ahli politik Poland yang sederhana dan realis.

Melalui pegawai-pegawai Jepun seperti Kolonel Genjiro Akashi, Dmowski bertemu dengan Jeneral Gentaro Kojima dan Jeneral Yasumasa Fukushima, yang merupakan anggota pejabat Ketua Turus Bersama Jepun.

Dmowski terlibat dalam usaha merangka kenyataan kerajaan Jepun yang menyeru askar Poland dalam Tentera Rusia untuk berpaling tadah dan menyertai tentera Jepun.

Di pihak Kolonel Akashi pula akan menyediakan sokongan di sebalik usaha warga Poland mencapai kemerdekaan, Akashi menyediakan bantuan kepada pemberont.ak Poland dengan cara menyumbang dana kepada Poland untuk membeli se.njata.

Di atas sumbangan ini, kemenangan Jepun dalam Per.ang Rusia-Jepun harus difahami dengan lebih baik. Kemenangan itu bukan milik Jepun sahaja, tetapi adalah hasil daripada Perikatan Inggeris-Jepun dan kerjasama daripada warga Poland.

Pada tahun 1919, apabila seorang pegawai Jepun datang ke Warsaw, beliau mengemukakan alasan berikut untuk mengukuhkan kerjasama ketenteraan:

“Memandangkan kalian berjaya mengekalkan bahasa dan budaya sendiri semasa pemisahan, kalian tentu mempunyai struktur kekeluargaan yang betul dan peraturan yang sesuai untuk membesarkan anak-anak. Nilai penting bagi kalian ialah: menghormati tradisi dan peraturan, memperingati nenek moyang kalian yang sudah tiada dan prinsip-prinsip yang mereka pegang, kesetiaan mereka kepada tanah air.”

Jeneral Fukushima Yasumasa

Pandangan romantis tentang sifat nasionalis warga Poland ini mungkin datang dari Jeneral Fukushima, Yasumasa yang pada akhir abad ke-19 mengembara melalui tanah Poland dengan menunggang kuda.

Dia melaporkan pandangannya tentang Poland dengan penuh semangat dan rasa kagum terhadap Istana Diraja dan tragedi pemisahan, serta kebangkitan mereka melalui pemb.erontakan.

Berdasarkan laporannya jugalah lagu Memory of Poland telah ditulis, yang pada awal abad ke-20 menjadi lagu yang hit di Jepun dan membangkitkan sentimen simpati terhadap Poland.

Poland mencapai kemerdekaannya daripada Rusia pada November 1918, tahun ketujuh Era Taisho, selepas berakhirnya Pera.ng Dunia Pertama. Pada 22 Mac tahun berikutnya, hubungan diplomatik Jepun-Poland telah ditubuhkan secara rasmi.

Jepun menyokong usaha Poland untuk menyertai League of Nations. Sebagai balasan, orang Poland telah dihantar ke Jepun untuk memintas dan memecahkan isyarat radio Soviet, yang telah menjadi masalah bagi Jepun selama lebih setahun.

Orang Poland hanya mengambil masa beberapa minggu dan mereka kemudiannya berjaya melatih pakar perisikan radio Jepun.

Tentera Jepun mempelajari teknologi utama iaitu kriptografi dari Poland dengan menjemput pegawai tentera Poland ke Jepun pada tahun 1923, dan kemudian pegawai Tentera Jepun dihantar belajar di Poland untuk mencapai penguasaan dalam kemahiran penyulitan kriptografi.

Bagi mana-mana negara, memberikan pengetahuan kepada negara lain tentang apa yang diperlukan untuk menguasai teknologi kriptografi adalah mustahil boleh berlaku jika tiada tahap kepercayaan yang tinggi antara kedua-duanya. Poland jelas mempunyai keyakinan yang luar biasa terhadap Jepun.

Selepas meletusnya Per.ang Dunia Kedua, kerjasama terus berkembang malahan dilanjutkan. Rangkaian pengintipan Poland telah diwujudkan di kedutaan Jepun di Berlin, ejen dan diplomat Poland mengembara menggunakan pasport yang disediakan oleh Jepun. Di Tokyo, kedutaan Poland berfungsi seperti biasa.

Hanya tekanan kuat dari Jerman saja yang memaksa Jepun menutup kedutaan pada Oktober 1941. Walau bagaimanapun, Poland terus dibekalkan dengan pasport diplomatik Jepun.

Ser.angan Jepun ke atas Pearl Harbour.

Walau bagaimanapun segala-galanya berubah selepas ser.angan Jepun ke atas Amerika Syarikat di Pearl Harbour, Hawaii, pada 7 Disember 1941.

United Kingdom serta-merta mengisytiharkan per.ang ke atas Jepun bersama-sama ja.jahan tak.luknya dan kerajaan bersekutu dalam buangan, termasuk Belgium, Belanda dan Jawatankuasa Pembebasan Kebangsaan Perancis. Venezuela, Colombia, Mesir, Mexico dan Greece juga memutuskan hubungan diplomatik.

Pada 11 November, kerajaan Poland (dalam buangan) di bawah pimpinan perdana menteri Władysław Sikorski turut sama termasuk dalam senarai tersebut dan mengisytiharkan per.ang ke atas Jepun secara terpaksa.

Hideki Tojo

Tindak balas Tokyo lebih bersifat rasa ingin tahu. Selepas menerima pengisytiharan per.ang, Perdana Menteri Jepun Hideki Tojo jelas tidak berhasrat untuk menerima cabaran itu dan hanya menjawab:

“Kami tidak menerima cabaran Poland. Poland yang berjuang untuk kebebasan mereka itu hanya mengisytiharkan per.ang terhadap kami kerana menerima tekanan dari United Kingdom.” Hideki Tojo

Walaupun dalam keadaan per.ang, kerjasama antara ejen-ejen diteruskan. Perisik Poland terus bergerak ke seluruh Eropah menggunakan pasport yang disediakan oleh Jepun, dan pertukaran maklumat tentang Kesatuan Soviet dan Jerman diteruskan.

Walaupun per.ang sebahagian besarnya hanyalah kekal di atas kertas, sebahagian kecil orang Poland ada yang benar-benar menentang Jepun, namun kebanyakannya di bawah bendera negara lain.

Juruterbang pesawat pejuang, Witold Urbanowicz, yang terkenal dengan kepahlawanannya dalam Skuadron 303 Poland, telah dihantar ke Amerika Syarikat untuk mendapatkan sokongan daripada orang Poland yang tinggal di Amerika.

Dia tidak lama kemudian berjaya menyertai skuadron elit Flying Tigers yang berkhidmat di China, di mana dia berjaya mencatatkan sekurang-kurangnya enam angka kor.ban terhadap tentera Jepun.

Kerana meme inilah aku teringat kenbali sejarah ini.

Per.ang antara Poland dan Jepun berlangsung secara rasmi sehingga 1957, apabila perjanjian untuk memulihkan hubungan normal antara Republik Rakyat Poland dan Jepun ditandatangani.

Perjanjian ini menamatkan ‘per.ang’ selama 16 tahun yang mungkin layak dipanggil per.ang yang paling pelik dalam sejarah moden kedua-dua negara ini.

RUJUKAN:

Kuromiya, H., & Peplonski, A. (2009). The Great Ter.ror: Polish-Japanese Connections. Cahiers Du Monde Russe.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.