Origin Of Love

0
830
views

“Biar kusingkap, rahsia diciptakan manusia daripada tanah.

Betapa, telah Allah hembuskan kepadanya nafas cinta.”

(Mevlana Rumi)

 

فَإِذَا سَوَّيْتُهُ وَنَفَخْتُ فِيهِ مِنْ رُوحِي فَقَعُوا لَهُ سَاجِدِينَ

 

” Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh dari (ciptaan) Ku, maka hendaklah kamu sujud kepadanya “.

 

(Surah Sod ayat:72)

 

“Jika bukan kerana engkau (Muhammad) tidak akan kuciptakan alam semesta ini.”

 

(Hadis Qudsi. Al-Astar Abadi, Ta’wil Al-Ayat)

 

“Yang paling pertama Allahﷻ ciptakan adalah Nur kekasih-Nya, Muhammad ﷺ. 424 ribu tahun kemudian barulah Dia menciptakan Air, al-‘Arash, al-Kursi, langit, bumi, al-Lauh (mahfuz), al-Qalam, Syurga, Neraka, Malaikat, Adam dan Hawa…”

 

(Saidina Ali)

 

Allah mencipta alam dengan cinta.

 

7 petala langit dan 7 petala bumi wujud dengan cinta. Cinta tanpa syarat, demikianlah Nur Muhammad. Awal kejadian, akhir kenabian. Lantas sempurna syariat, tarekat & hakikat, memimpin kita memeluk Makrifat. Baginda dihantar sebagai rahmat.

 

Cinta Allah ﷻ kepada Muhammad ﷺ ialah genesis terciptanya sejagat alam semesta.

 

Ketika Cinta Bersyahadah

 

Rasulullah bersabda,

 

“…Sesungguhnya, yang pertama diciptakan Allah ialah Nur Nabimu (Nur Muhammad) daripada Nur-Nya.”

 

(Al-Malfuz al-Sharif)

 

Rasulullah bersabda,

 

“Yang pertama diciptakan Allah ialah Nur, dan semua ciptaan diciptakan daripada Nur aku, dan aku daripada Nur Allah.”

 

(Al-Malfuz al-Sharif)

 

Apakah itu Nur Muhammad?

 

Ia adalah ciptaan pertama Allah.

Darinya dijadikan semua kejadian.

Origin of all creation.

 

Mahbub Ilahi Syeikh Abdul Qadir Jailani berkata:

 

Apa yang dimaksudkan sebagai ciptaan permulaan itu ialah ciptaan hakikat kepada Nabi Muhammad s.a.w, Kebenaran tentang Muhammad yang tersembunyi. Dia juga diberi nama yang indah-indah. Dia dinamakan nur, cahaya suci, kerana dia dipersucikan dari kegelapan yang tersembunyi di bawah sifat jalal Allah. Allah Yang Maha Tinggi berfirman:

 

يَٰٓأَهْلَ ٱلْكِتَٰبِ قَدْ جَآءَكُمْ رَسُولُنَا يُبَيِّنُ لَكُمْ كَثِيرًا مِّمَّا كُنتُمْ تُخْفُونَ مِنَ ٱلْكِتَٰبِ وَيَعْفُوا۟ عَن كَثِيرٍ ۚ قَدْ جَآءَكُم مِّنَ ٱللَّهِ نُورٌ وَكِتَٰبٌ مُّبِينٌ

 

“Sesungguhnya telah datang kepada kamu dari Allah, cahaya dan kitab yang menerangkan”.

 

(Al-Maaidah, ayat 15)

 

Dia dinamakan akal yang meliputi (akal universal) kerana dia telah melihat dan mengenali segala-galanya. Dia dinamakan qalam kerana dia menyebarkan hikmah dan ilmu dan dia mencurahkan ilmu ke dalam huruf-huruf.

 

Roh Muhammad adalah zat atau hakikat kepada segala kejadian, permulaan dan kenyataan alam maya. Baginda s.a.w menyatakan hal ini dengan sabdanya, “Aku daripada Allah dan sekalian yang lain daripadaku”. Allah Yang Maha Tinggi menciptakan sekalian roh-roh daripada roh baginda s.a.w di dalam alam kejadian yang pertama, dalam bentuk yang paling baik. ‘Muhammad’ adalah nama kepada sekalian kemanusiaan di dalam alam arwah. Dia adalah sumber, asal usul dan kediaman bagi sesuatu dan segala-galanya.

 

Empat ribu tahun selepas diciptakan cahaya Muhammad, Allah ciptakan arasy daripada cahaya mata Muhammad. Dia ciptakan makhluk yang lain daripada arasy. Kemudian Dia hantarkan roh-roh turun kepada peringkat penciptaan yang paling rendah, kepada alam kebendaan, alam jirim dan badan.

 

ثُمَّ رَدَدْنَٰهُ أَسْفَلَ سَٰفِلِينَ

 

“Kemudian Kami turunkan ia kepada peringkat yang paling rendah”. (Surah Tin, ayat 5)

 

(Sirrul Asrar)

 

Suatu contoh yang mudah, ialah ketika peristiwa Isra’ dan Mi’raj,

 

Ketika Rasulullah dan Malaikat Jibril tiba di Sidratul Muntaha, tiba-tiba Jibril enggan menemankan Nabi untuk pergi lebih jauh. Katanya, “wahai Rasululullah, setiap malaikat ada tempatnya dan peringkat yang tidak boleh ditembusi. Jikalau aku melangkah lagi, nescaya terbakarlah aku dengan Nur Allah.” Lalu Rasulullah pun terbang, masuk melepasi hijab-hijab cahaya, masuk menemui zat Allah. Baginda bisa masuk kerana baginda sendiri diciptakan langsung daripada Nur Allah. Sedangkan Malaikat Jibril dan makhluk yang lain diciptakan daripada Nur Muhammad.

 

Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas, merumuskan suatu syair dalam karyanya Risalah Untuk Kaum Muslimin terbitan Institut Tamadun Antarabangsa Dan Pemikiran Islam (ISTAC):

 

Dan selawat yang tiada berputusan dan salam yang tiada berhabisan kepada abdi dan rasulNya junjungan kita Muhammad, pemilik panji kepujian yang mengikrarkan hakikat namanya sebagai mu’jizat nyata yang terus berlaku; yang

 

Meskipun zahir bentuk bashari,

Bangsanya batin terlalu safi,

Kerana peri haknya ruhani,

Pernah berkata lisannya murni,

Sebagai Nabi aku terkandung,

Dalam rahasia di balai agung,

Padahal Adam masih terapung,

Antara air dan tanah lempumg,

Meskipun rupaku anak Adam,

Darjatku asal terlebih kiram

 

Tatkala Adam belum teringat,

Tatkala Kalam belum tersurat,

Dan Papantulis belum tercatat,

Sudah terpandang oleh kunhi zat,

Seri wajahku di dalam mirat,

 

Sinaran sani cahaya kamalat,

Pancaran murni asma dan sifat,

Rumusan seni segala makhlukat,

Yang zahir pada cermin hakikat-

Dalam diriku semua terlibat.

 

Dari Abi Hurairah r, anhu : Beliau berkata : Bertanya para Sahabat

“ Wahai Rasulullah , Bilakah wajib bagi anda Nubuwah?”.

 

Bersabda  Rasulullah: “sedang  hal Adam diantara Ruh dan Jasad.”

 

(HR At Tarmizi &  Alhadis Al Munthoqah, Al Muhaddis Abdullah bin Muhammad Al Ghumari)

 

Daku Berkata “ Wahai Rasulullah , Bila Anda telah  menjadi Nabi?.

Baginda bersabda ” Sedang Adam diantara Ruh dan Jasad”

 

(HR Imam Ahmad , Al Bukhary dalam Tarikh AtThobarany dan Al Hakim)

 

قد جاءكم من الله نور و كتاب مبين.

 

“ Sesungguhnya telah datang kepada kamu daripada Allah , Satu Cahaya dan Kitab yang nyata”.

 

(QS. Al-Maidah: 15)

Waqaf Saham

 

 

Kitab-kitab Tafsir yang menafsirkan Nur dimaksudkan dalam ayat ini adalah Nur Muhammad:

 

1)Tafsir Athobari.

2)Tafsir Al Qurthubi.

3)Tafsir Ibnu Hatim.

4)Tafsir Baidhowi.

5)Tafsir Jalalain.

6)Tafsir Ibnu Jawzi.

 

وَمَآ أَرْسَلْنَا مِن رَّسُولٍ إِلَّا لِيُطَاعَ بِإِذْنِ ٱللَّهِ ۚ وَلَوْ أَنَّهُمْ إِذ ظَّلَمُوٓا۟ أَنفُسَهُمْ جَآءُوكَ فَٱسْتَغْفَرُوا۟ ٱللَّهَ وَٱسْتَغْفَرَ لَهُمُ ٱلرَّسُولُ لَوَجَدُوا۟ ٱللَّهَ تَوَّابًا رَّحِيمًا

 

“Dan kami tidak mengutus seseorang Rasul melainkan untuk ditaati dengan seizin Allah. Sesungguhnya jikalau mereka ketika menganiaya dirinya datang kepadamu (Muhammad saw.) lalu memohon ampun kepada Allah, dan rasul (Muhammad saw.) pun memohonkan ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang”.

 

(QS. An-Nisa’: 64)

 

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ وَٱبْتَغُوٓا۟ إِلَيْهِ ٱلْوَسِيلَةَ وَجَٰهِدُوا۟ فِى سَبِيلِهِۦ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

 

‘Hai orang-orang yang beriman, hendaklah kalian bertakwa kepada Allah dan carilah washilah….”

 

(QS. Al-Maidah: 35)

 

“Mencari washilah atau bertawassul untuk mendekatkan diri kepada Allah swt. hanya dapat dilakukan oleh orang yang beriman kepada Muhammad Rasulallah saw. dan mengikuti tuntunan agamanya. Tawassul dengan beriman dan taat kepada beliau saw. adalah wajib bagi setiap orang, lahir dan bathin, baik dikala beliau masih hidup maupun setelah wafat, baik langsung dihadapan beliau sendiri atau pun tidak. Bagi setiap muslim, tawassul dengan iman dan taat kepada Rasulallah saw. adalah suatu hal yang tidak mungkin dapat ditinggalkan. Untuk memperoleh keridhoan Allah dan keselamatan dari murka-Nya tidak ada jalan lain kecuali tawassul dengan beriman dan taat kepada Rasul-Nya. Sebab, beliaulah penolong (Syafi’) ummat manusia.

 

Beliau saw. adalah makhluk Allah termulia yang dihormati dan diagungkan oleh manusia-manusia terdahulu maupun generasi-generasi berikutnya hingga hari kiamat kelak. Diantara para Nabi dan Rasul yang menjadi penolong ummatnya masing-masing. Muhammad Rasulallah saw. adalah penolong (Syafi’) yang paling besar dan tinggi nilainya dan paling mulia dalam pandangan Allah swt. Mengenai Nabi Musa as. Allah swt. berfirman, bahwa Ia mulia disisi Allah. Mengenai Nabi Isa a.s. Allah swt. juga berfirman bahwa Ia mulia didunia dan diakhirat, namun dalam firman-firman-Nya yang lain menegaskan bahwa Muhammad Rasulallah saw. lebih mulia dari semua Nabi dan Rasul. Syafa’at dan do’a beliau pada hari kiamat hanya bermanfaat bagi orang yang bertawassul dengan iman dan taat kepada beliau saw. Demikianlah pandangan Ibnu Taimiyyah mengenai tawassul.”

 

(Qa’idah Jalilah Fit-Tawassul Wal-Washilah. Ibnu Taimiyah)

 

Ibnu ‘Abbas r.’anhuma dalam mentafsirkan firman Allah ta`ala:

 

الَّذِي يَرَاكَ حِينَ تَقُومُ وَتَقَلُّبَكَ فِي السَّاجِدِينَ

 

(QS. Asy-Syuara’: 218)

 

menyatakan bahawa maksud ayat tersebut ialah berpindah-pindahnya (nur/ruh) Junjungan Nabi ‘alaihis sholatu was salam daripada sulbi seorang nabi kepada nabi yang lain seperti Nabi Ismail, Nabi Ibrahim, Nabi Nuh, Nabi Syits dan Nabi Adam ‘alaihimus salam. Dalam hal ini (yakni dalam hal berpindah-pindahnya nur/roh Junjungan Nabi s.a.w. daripada sulbi seorang nabi kepada sulbi nabi yang lain) tidaklah ada khilaf padanya.

 

“ Adapun barang yang termasyhur bahawasanya dijadikan beberapa banyak alam ini daripada Nur Nabi kita s.a.w., maka yang zahir bagi hamba bahawasanya bukanlah dijadikan suku-suku nur itu akan alam, hanya dimulakan dia daripadanya dan dijadikan dia dengan sebabnya.”

(Tabshiratul Adaani bi alhaan Bakurah al-Aamaani, Syaikh Wan `Ali Kutan)

 

Antara Ulama’ yang mengakui Nur Muhammad sebagai origin sekalian makhluk:

  1. Syaikh ‘Abdul Qadir al-Jilani, Sulthanul Awliya`;
  2. Syeikh ‘Abdullah ‘Arif;
  3. Imam as-Sayuthi;
  4. Imam al-Qasthalani;
  5. Imam al-Zarqani;
  6. Sayyidisy Syaikh Ja’far al-Barzanji;
  7. Syaikh Yusuf an-Nabhani;
  8. Syaikh Nawawi al-Bantani;
  9. Syaikh Nuruddin ar-Raniri;
  10. Syaikh ‘Abdur Rauf al-Fansuri / Singkel;
  11. Syaikh ‘Abdus Shomad al-Falimbani;
  12. Syaikh Muhammad Nafis al-Banjari;
  13. Syaikh Daud al-Fathani;
  14. Tuan Guru Haji Ahmad bin Haji Yusuf bin ‘Abdul Halim Kelantan;
  15. ‘Allamah Abu ‘Abdullah asy-Syaikh Muhammad bin Ahmad ‘Ilisy;
  16. ‘Allamah Syaikh Muhammad Bashri al-Manzalawi;
  17. Sayyid Utsman bin ‘Abdullah BinYahya;
  18. Syaikh Muhammad bin Ismail Daudi al-Fathani;
  19. Syaikh Zainal ‘Abidin al-Fathani, Tuan Minal;
  20. Syaikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani;
  21. Syaikh Utsman bin Syihabuddin al-Funtiani;
  22. Syaikh ‘Abdul Hamid bin ‘Ali Kudus;

 

Ketika Cinta Berselawat

 

Cinta ialah rahmat. Tanpa rahmat, siapa pun takkan selamat.

 

.. كَتَبَ رَبُّكُمْ عَلَىٰ نَفْسِهِ ٱلرَّحْمَةَ..

 

.. Tuhanmu telah menetapkan atas diri-Nya kasih sayang..

 

(QS. Al-An’am: 54)

 

وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِّلْعَالَمِينَ –

 

“Dan Kami tidak Mengutus engkau (Muhammad) melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi seluruh alam.”

 

(QS: Al-Anbiya’ 107)

 

“Aku pernah bertanya pada Rasulallah saw.: ‘Ya Rasulallah kapankah anda mulai menjadi Nabi?’ Beliau menjawab: ‘Setelah Allah menciptakan tujuh petala langit, kemudian menciptakan ‘Arsy yang tiangnya termaktub Muham- mad Rasulallah khatamul anbiya (Muhammad pesuruh Allah terakhir para Nabi), Allah lalu menciptakan surga tempat kediaman Adam dan Hawa, kemudian menuliskan namaku pada pintu-pintunya, dedaunannya, kubah-kubahnya dan khemah-khemahnya. Ketika itu Adam masih dalam keadaan antara ruh dan jasad. Setelah Allah swt .menghidupkannya, ia memandang ke ‘Arsy dan melihat namaku. Allah kemudian memberitahu padanya bahwa dia (yang bernama Muhammad itu) anak keturunanmu yang termulia. Setelah keduanya (Adam dan Hawa) terkena bujukan setan mereka ber- taubat kepada Allah dengan minta syafa’at pada namaku’ ”.

 

(HR Abul Faraj Ibnul Jauzi)

 

“Setelah Adam berbuat dosa ia berkata kepada Tuhannya: ‘Ya Tuhanku, demi kebenaran Muhammad aku mohon ampunan-Mu’. Allah bertanya, ‘Bagaimana engkau mengenal Muhammad, padahal ia belum kuciptakan?!’ Adam menjawab: ‘Ya Tuhanku, setelah Engkau menciptakan aku dan meniupkan ruh kedalam jasadku, aku angkat kepalaku. Kulihat pada tiang-tiang ‘Arsy termaktub tulisan Laa ilaaha illallah Muhammad Rasulallah. Sejak saat itu aku mengetahui bahwa disamping nama-Mu, selalu terdapat nama makhluk yang paling Engkau cintai’. Allah menegaskan: ‘Hai Adam, engkau benar, ia memang makhluk yang paling Kucintai. Berdo’alah kepada-Ku bihaqqihi (demi kebenarannya), engkau pasti Aku ampuni. Kalau bukan kerana Muhammad engkau tidak Aku ciptakan’ “.

 

(HR As-Suyuthi)

 

Muhammad  ﷺ ialah cahaya cinta yang memancarkan nyawa.

 

Sewaktu Time before times, baginda telah ada. Lambang cinta pencipta kepada alam semesta. Baginda sendiri ialah cinta. Diampunkan Adam berkat namanya. Diturunkan hidayat buat alam buana. Dan nanti di padang mahsyar, syafaat penyelamat baginda yang kita pinta.

 

Dari Abu Said al-Khudri r.a., katanya: Rasulullah s.a.w., bersabda:

“Aku penghulu anak-anak Adam pada hari qiamat, dalam pada itu pengakuanku ini bukan untuk bermegah-megah;  di tanganku panji-panji kepujian, dalam pada itu pengakuanku ini bukan untuk bermegah-megah;  tidak ada seorang Nabi pada hari itu – mulai dari Nabi Adam hingga kepada Nabi-nabi lain – melainkan semuanya bawah panji-panjiku dan akulah orang yang mula-mula terbelah bumi untuk bangkit keluar daripadanya, dalam pada itu pengakuanku ini bukan untuk bermegah-megah”.

 

Baginda bersabda lagi: Kemudian manusia gempar dan haru biru sebanyak tiga kali lalu mereka pergi menemui Nabi Adam … akhirnya mereka datang menemuiku lalu aku pun pergi membawa mereka bersama … kemudian aku terus merumuskan muka sujud,  maka Allah memberi ilham kepadaku untuk memujinya dengan satu cara ucapan puji-pujian; setelah itu dikatakan kepadaku: “Angkatlah kepalamu dan pohonkanlah supaya engkau diberi hajatmu dan kemukakanlah syafaat supaya dikabulkan syafaatmu dan katakanlah apa sahaja supaya diperkenan kata-katamu’,”

 

Kemudian Baginda s.a.w , menerangkan:  “Dan itulah dia pangkat Al-Maqam Al-Mahmud yang Allah menyatakan dengan firman-Nya: (“Semoga tetaplah harapanmu (wahai Muhammad) bahawa Tuhan yang mendidik mu akan mengangkatmu ke satu darjat yang terpuji)”.

 

(HR Tirmizi).

 

Sekalian roh berasal dari titisan Nur Muhammad. Bagindalah nuktah yang dimaksudkan. Kerana ini Muhammad digelar Bapa Roh manakala Adam digelar Bapa Jasad. Meski Nabi Muhammad ialah yang terkemudian dilahirkan, cahaya baginda tersimpan di dahi Nabi Adam kemudian berpindah ke Nabi-Nabi seterusnya sehinggalah Nabi Muhammad dilahirkan.

 

Suatu hari, Syaikh Muhammad Mutawalli asy-Sya’raawi ditanya:

 

Telah warid dalam hadis: “Bahawa Jabir bin ‘Abdullah r.a. telah bertanya kepada Junjungan Rasulullah s.a.w.: “Apa yang awal-awal diciptakan Allah ?”, lalu Junjungan bersabda:”Nur nabimu, wahai Jabir.” Bagaimana disesuaikan/diselarikan hadis ini dengan bahawa seawal makhluk itu Adam dan dia daripada tanah ?

 

Antara jawapan Syaikh Mutawalli:-

 

“Daripada kesempurnaan yang mutlak dan dari segi tabi`ienya, bahawa Allah memulakan penciptaan dengan menciptakan makhluk yang tinggi, kemudian diambil daripadanya akan yang rendah. Tidaklah masuk akal, bahawa diciptakan bahan baku materi / material / unsur tanah (al-maadah ath-thiniyyah) dahulu kemudian baru Dia mencipta daripadanya Muhammad, kerana sesungguhnya insan yang paling tinggi adalah para rasul, dan yang tertinggi daripada mereka adalah Muhammad bin ‘Abdullah.

 

Oleh itu, tidak sah (dikatakan) bahawa diciptakan unsur materi kemudian diciptakan daripadanya Muhammad. Tak dapat tiada bahawa jadilah Nur al-Muhammad itulah yang wujud dahulu, dan daripada Nur Muhammad timbulnya segala sesuatu, dan jadilah hadis Jabir itu benar.”

 

Rasulullah digelar sebagai Habibullah, iaitu kekasih Allah.

 

Dari cinta pertama ini, kita mengenal erti cinta tanpa syarat.

 

Ketika Cinta Bertajalli

 

Berfirman Allah ﷻ: “Aku adalah perbendaharaan yang tersembunyi. Kerana itu aku rindu untuk dikenal. Maka aku ciptakan makhluk, sehingga melalui aku mereka mengenal-ku.”

 

(hadis qudsi. Futuhat makkiyah, ibnu arabi al-andalusi)

 

Sebelum kita dilahirkan, kita telahpun mengenal cinta.

Sebaik kita dilahirkan, tugas kita ialah memanifestasi cinta.

 

“Allah tidak mencintai selain Diri-Nya sendiri di dalam makhluk ciptaan-Nya. Dia adalah zat yang tampak di dalam diri setiap kekasih bagi mata pecinta, dan tidak ada yang lain di dalam makhluk ciptaan kecuali pecinta. Seluruh dunia adalah pecinta sekaligus yang dicintai, dan semuanya akan kembali kepada-Nya.”

 

(hadis qudsi. Futuhat makkiyah, ibnu arabi al-andalusi)

 

Allah mahu diri-Nya dikenali. Maka dia menciptakan alam ini

 

تخلقوا بأخلاق الله

 

“Berakhlaklah kamu dengan akhlak Allah”.

 

(Ihya’ Ulumiddin)

 

Bagaimana mungkin kita berakhlak dengan akhlak-Nya?

Bagaimana mau menampilkan sifat perkasa جلال dan belas kasih جمال ?

 

Bukankah telah diutus kepada kita kekasih-Nya. Nabi Muhammad yang dihidupkan dengan cahaya-Nya sendiri. Rasulullah mengajar kita cinta. Bagindalah punca penciptaan segalanya, bagindalah guru mengajar erti cinta. Semua tindakan baginda adalah wahyu. Rasulullah ialah manifesta akhlak Allah.

 

Cinta tanpa syarat.

 

Seluruh penciptaan mengajarkan erti cinta. Allah mengajarkan kita untuk tidak meletakkan syarat pada harta, kedudukan atau rupa sebagai sebab cinta. Semua yang akan fana’, tidak mampu menanggung cinta. Lihatlah bagaimana Allah menciptakan alam ini dari tiada kepada ada. Sebelum ada harta, kedudukan atau rupa, cinta telah ada. Kasih ar-Rahman kepada Nur Muhammad yang menghidupkan alam ini. Setiap apa yang wujud, semuanya tercipta daripada cinta. Tidak terikat dengan syarat. Kerana syarat bisa lenyap, sedangkan Allah kekal selamanya.

 

Suatu hari Rasulullah ditanya:

 

“Bilakah baru saya beriman?”

 

“Apabila kamu mencintai Allah.” Jawab baginda.

 

“Bilakah baru saya mencintai Allah?” Tanya sahabat tersebut lagi

 

“Apabila kamu mencintai Rasul-Nya.”

 

“Bilakah baru saya mencintai Rasul-Nya?”

 

“Apabila kamu mengikuti jalannya, mengamalkan sunnah, mencintai dengan cintanya, membenci dengan kebenciannya, bersahabat dengan sahabatnya dan bermusuh dengan musuhnya. Manusia berbeza darjat iman melalui sedalam apa rasa cinta kepadaku dan manusia berbeza darjat kufur melalui sedalam apa rasa benci kepadaku. Sungguh, tidak beriman mereka yang tidak mencintaiku! Sungguh, tidak beriman mereka yang tidak mencintaiku! Sungguh, tidak beriman mereka yang tidak mencintaiku!”

 

(Dalail Khairat, Imam Jazuli)

 

Cintailah cinta kerana pencipta cinta iaitu ar-Rahman.

Belajarlah mencintai cinta dari manifestasi cinta iaitu Rasulullah.

Cinta tidak tinggalkan kita, ia selalu ada.

Terpulang, sudikah kiranya membalas cinta itu?

 

Kita membenci Neraka kerana ia tempat yang dipenuhi kesakitan. Dari mana kita mengenal kesakitan? Ya, di dunia. Dari pengalaman hidup. Begitu juga syurga berkenaan kenikmatan. Begitulah cinta. Kita mengenal cinta dari pengalaman hidup. Pedulikan sama ada kesampaian atau tidak. Yang cintanya bersatu seperti Zulaikha akhirnya kembali kepada Allah. Yang cintanya tetap terpisah seperti Rabiatul Adawiyah akhirnya kembali kepada Allah. Bukan soal kesampaian atau tidak cintamu, tetapi ke arah mana kau sampaikan cinta yang kau kenal itu.

 

 

Sebenarnya, mengapa ditipkan rasa cinta di hati kita, ialah untuk kembali kepada pencipta. Allah tidak tinggalkan kita. Diutuskan Nabi Muhammad buat mengajar bagaimana rupa bercinta.

 

Rasa tidak dilihat tanpa rupa.

Rupa tidak bermakna tanpa rasa.

Inilah rahsia kalimah لا إله إلا الله محمد ورسول الله .

Kalimat Nafi & Isbat.

Menyempurna zahir dan batin, rupa dan rasa.

 

Kita tidak sampai kepada Allah, melainkan melalui Rasulullah. Kerana kita dipantulkan daripada cahaya Rasululullah. Baginda menyampaikan cinta, maka tidak hairanlah apabila kita sering rindu untuk kembali kepada cinta. Cahaya tidak masuk jika kita menutup jendela. Cinta tidak menyala jika kita melupakan baginda. Mengapa tidak kita lantunkan selawat & salam saban masa?

 

Saking agungnya cinta,

Sampaikan dalam solat kita, rukun fi’li adalah daripada nama baginda, iaitu احمد .

 

Jadi, apakah origin of love?

 

Jawapannya, cinta berasal dari cahaya.

Jelita, Suci dan Mulia.

 

“Dirimu ialah suatu surah daripada kitab suci. Dirimu ialah cermin terhadap kuasa yang mencipta segalanya. Apa saja yang kau mahu, lihatlah ke dalam diri. Apa saja yang kau cari, hanya bisa ditemui di dalam diri sendiri.”

(Mevlana Rumi)

Rujukan:

  1. Al-Quran
  2. Hadis Nabawi
  3. The Nur Muhammad. Hajah Ayesha Scott
  4. https://www.google.com/amp/s/salafytobat.wordpress.com/2009/07/02/nur-muhammad-menurut-ahlusunnah-dan-ibnu-taymiyah/amp/

Previous articleJangan Samakan UiTM Dengan Dasar Perkauman Di USA
Next articleI Kill Giants (2017): Defense Mechanism
Graduan Darul Quran JAKIM. Ahli grup Pena Ilmiah (sQQr). Pemuisi yang patah hati. Khadam mashayeikh yang gigih bertatih, terjatuh dan bangkit kembali dalam mengenali adab & ilmu. Obses terhadap dunia penulisan, puisi dan sejarah. Believe in love like always do.
SHARE